
Apa halnya? Karpal Singh menyatakan bahawa pertukaran pegawai Kerajaan adalah bidang kuasa Kerajaan Negeri, dan dia menyatakan bahawa Raja Berperlembagaan bertindak diatas nasihat Menteri Besar (dalam kes Kerajaan Negeri).
Apakah itu boleh diistilahkan sebagai menderhaka atau mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja? Jangan bersikap tertutup. Karpal langsung tidak mempersoalkan tentang kedaulatan Raja-Raja.
Saya dulu mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja semasa Dr Mahathir mahu mengurangkan kuasa Raja-Raja di bawah pindaan Perlembagaan Persekutuan. Ucapan-ucapan Menteri-Menteri Kerajaan pada waktu itu benar-benar menghina Raja-Raja dan mempersoalkan kuasa Raja-Raja. Tak sepatah pun dari pimpinan UMNO yang mempersoalkan kebiadaban
pemimpin-pemimpin UMNO pada waktu tu.

Marilah kita bersikap lebih terbuka, dan jangan bermain dengan sentimen. Tak elok padahnya.
1 ulasan:
Maksud Karpal bercakap tentang pelembagaan sebagai seorang peguam. Bukan dia nak menjadi derhaka kepada Sultan tetapi dlm bab agama di bwh SUltan sebagai ketua agama .... jadi kisahnya kena selanjutnya .... kes pecat aja.... yang kes siti fatimah dah rasmi kuar islam ... apa cerita .... lagi besar kes tue ....
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis.
Catat Ulasan