
Menurut beliau lagi, "kita tidak mahu badan badan kehakiman kita membuat pendakwaan terpilih."
Beliau berkata demikian di dalam sidang parlimen yang pertama selepas pilhan raya umum ke 12 ketika membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agung.
Katanya lagi, "kami (pihak Pakatan Rakyat) berada dalam kegelapan mengenai keputusan yang akan dibuat oleh suruhanjaya VK Lingam." Selepas dari satu tarikh ke satu tarikh ia ditangguhkan dan hingga sekarang masih belum diputuskan siapa yang bersalah beliau berkata.
Selain daripada itu beliau turut menyeru kerajaan supaya menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kewangan ketenteraan negara di mana beliau membangkitkan tentang isu komisen pembelian jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene yang bernilai lebih 500 juta ringgit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan