07 Mei 2008

DSAI desak Raja Petra dibebaskan

beritaDalam kenyataan singkatnya di blog kepunyaannya di anwaribrahimblog, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mendesak pihak berkuasa supaya melucutkan dakwaan atau menarik balik segala pertuduhan ke atas Raja Petra Raja Kamaruddin (Pet) yang semalam di tahan kerana dakwaan di bawah Akta Hasutan.

Dakwaan tersebut berikutan sebuah artikel tulisannya yang mengaitkan pembunuhan kejam seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shariibu dangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (DSNR) dan Datin Seri Rosmah binti Mansur (DSRM).

Kata DSAI, "Pet diugut kerana mempersoalkan kebuntuan penyiasatan dan proses keadilan kes pembunuhan kejam Altantuya."

Beliau berkata demikian di dalam posting bertajuk "[b]ebaskan Raja Petra," bertarikh 06 Mei 2008.

Sebelum itu, di dalam posting yang sama beliau turut berkata, "[r]akyat dimungkiri lagi! Janji lunak PM Abdullah, Umno dan BN setelah dikejutkan dengan kebangkitan rakyat 8 Mac lalu ibarat madu yang disuntik racun."

1 ulasan:

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Raja Petra ada prinsip yang perlu kita belajar….beliau tidak takut akan segala ugutan daripada pihak kerajaan ….. dia sudah biasa dengan mahkamah …. dengan kes ngan mike tyson … kes dengan UUM ….. beliau bijak dalam caturan permainan politik mainan kerajaan …. beliau tidak mahu bayar ikat jamin …. beliau sanggup dibicara …. ini pejuang yang perlu kita ikuti dan pelajari …. ingat rakan2 …. terbukti satu lagi kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat …. Raja Petra menggeluarkan pandangan untuk percepatan kes ini … ini melibatkan pembunuhan kejam ….. yang melibatkan maruah negara ….. yang melibatkan mainan politik ….. jadi marilah rakan-rakan sekalian berdoa agar Raja Petra akan memenangi kes ini …..

Bebaskan Raja Petra …. Saksikan pictures pada malam semalam yang sempat aku snap di Penjara Sungai Buloh dalam blog aku….. Disebalik perjuanganmu tersirat keikhlasanmu ……. Ya Allah Kaula Maha Besar, Selamatkanlah Raja Petra dari segala ketidakdilan dan kekejaman ini, Berikanlah Raja Petra keteguhan dan kesebaran iman beliau dalam ujianMu ini Amin ….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis.