29 Mei 2008

Anwar ulas Ezam masuk UMNO

beritaDalam kenyataan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di blognya beralamat anwaribrahimblog mengatakan bahawa beliau telah lama dengar desas desus ini (Ezam masuk UMNO).

Kalangan pembaca blognya dan orang ramai juga menurut beliau tak sabar-sabar menanti kenyataan atau reaksi dari beliau.

“Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu,” katanya di dalam posting Cuma mempunyai tiga para itu.

Beliau juga menyifatkan bahawa keputusan tersebut (masuk UMNO) adalah hasrat peribadi Ezam sendiri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi kami yang langsung tak kenal dengan Ezam tak ada kesan apa-apa, Ezam masuk UMNO ke, dia pro Pak Lah anti Mahathir ke, tak menjejaskan kami.

Ezam ni siapa?