22 Mei 2008

Ke mana arah Mukhriz?

Oleh Zulfikar Samsuri

eseiLangkah Mukhriz untuk tidak mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai suatu langkah yang mempunyai niat di sebaliknya. Bagai sang udang berada di sebalik batu.

Menurut laporan akhbar atas talian Malaysiakini, Mukhriz Tun Mahathir bertindak sedemikian (enggan untuk keluar parti) kerana ingin membuat perubahan dari dalam. Walaubagaimanapun beliau mendesak Pak Lah supaya meletakkan semua jawatan UMNO, BN dan terutamanya jawatan di kerusi panas perdana menteri.

Pelbagai akhbar, baik yang di atas talian mahupun yang tidak melaporkan bahawa beratus-ratus cawangan UMNO di Kedah dan Johor telah dibubarkan, mengikut jejak langkah Mahathir tetapi tidak anak lelakinya itu.

Baru hari ini (21/5/08) abangnya pula, Mokhzani Tun Mahathir bertindak keluar parti, mengikut jejak langkah Mahathir dan isterinya Tun Siti Hasmah yang telah lama bertindak sedemikian.

Menurut Amin Iskandar atau lebih mesra dipanggil Black, seorang blogger dan sukarelawan pemantau pilihan raya, “Dr. Mahathir hari ini menerima tamparan hebat apabila anak bongsunya, Mukhriz Mahathir tidak mengikut jejak langkahnya untuk keluar dari Umno.”

Beliau berkata demikian di blognya di http://aminiskandar.wordpress.com posting pada 21/5/08. Beliau yang sudah sampai ke Filipina, Bangkok, Nepal dan Sri Lanka bagi tugas-tugas memantau pilihan raya juga berkata, “Mukhriz boleh dikatakan belot kepada bapanya.”

Sambungnya lagi, “[j]ika Mukhriz tidak berani mengikut jejak bapanya, siapa lagi yang berani? Kasihan Mahathir. Nasib baik isternya Siti Hasmah dan Sanusi Junid tetap setia.”

Sementara itu A Kadir Jsin di dalam blognya The Scribe berpandangan, “ada di kalangan mereka (para anggota UMNO) akan kekal dalam parti dan kerajaan untuk memperjuangkan perubahan, termasuk mengubah kepemimpinan parti dan kerajaan, dari dalam.”

Yang disebutkan saru sahaja tadi ialah salah satu reaksinya sebaik selepas Tun Mahathir bertindak keluar UMNO dan mungkin pandangannya itu ditujukan kepada Mukhriz anak Tun Mahathir sendiri.

Mungkin ada betulnya kata The Scribe yang menyatakan bahawa 'mereka' ingin membawa perubahan dari dalam kepada UMNO.

Namun, pertanyaan daripada seorang blogger kepada Mukhriz amat menarik sekali. Adihamka di hujung sebuah postingnya yang bertajuk "Apa Langkah Mukhriz?" menanya Mukhriz "[a]pakah beliau akan menyahut cabaran ayahnya agar ahli-ahli Umno turut serta meninggalkan Umno, ataupun beliau akan mengikuti jejak langkah Allahyarham Tun Hussien Onn sewaktu Almarhum Dato’ Onn keluar Umno pada tahun 1951 untuk terus berada di dalam parti dan ‘menjajat ke puncak dalam diam’."

1 ulasan:

KPPM (Kelab Penyelidikan Politik Malaysia) berkata...

macam bukan esei sebab pendek sangat. lebih pada komentar ringkas. saya suka baca sam ahmad yang beridea, seperti yang saya pernah jumpa dan baca.