Kelihatan Sepanyol dan Belanda agak gah di pusingan awal. Jerman kelihatan tersentak tatkala tewas mengejut di tangan Croatia.
Biarpun berada dalam keadaan sibuk;berceramah, berseminar baik di dalam negeri mahupun di luar negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masih lagi mempunyai peluang untuk mengikuti perkembangan Euro 2008 secara ringkas.
Dalam blognya bertarikh hari ini, 16/6/08 beliau secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Portugal yang dikatakan sebagai Brazil Eropah.
"Saya meminati corak permainan Brazil, justeru dalam Euro 2008 saya memilih ‘Brazil Eropah’ untuk menjadi Juara Euro 2008. Siapa lagi kalau bukan Portugal!" katanya dalam posting yang bertajuk Portugal untuk Euro2008.
Walaupun Portugal tewas kepada Greece pada final edisi lepas namun menurut DSAI inilah masa terbaik untuk Portugal memanfaatkan skil Cristiano Ronaldo dan Deco yang sudah pastinya akan menggegarkan kejuaraan pada kali ini.
Katanya lagi pada kejohanan kali ini Sepanyol dan Belanda memulakan saingan dengan agak gah sementara Jerman pula terpaksa berputih mata apabila kalah mengejut dengan Crotia. Mereka terpaksa menanti di perlawanan terakhir kumpulan untuk memastikan bahawa mereka juga layak untuk ke suku akhir.
Pada akhir posting tersebut, "[b]iarpun skuad Portugal mungkin gusar dengan perpindahan Scolari ke Chelsea selepas siri Euro ini, perjuangan perlu terus!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan