Malah dalam isu air ini juga dilaporkan ada pertemuan YB Datuk Dr. adakan dengan Tan Sri Rozali Ismail atau pihaknya tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Benarkah?
Shahrul Haziq Abd Rahman
Shah Alam, Selangor
eMail : airmataselangor[AT]gmail[DOT]com
25 Jun 2008
Kepada
YB Datuk Dr. Hassan Ali
PENGERUSI J/KUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM,
ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT
KERAJAAN NEGERI SELANGOR,
TINGKAT 2, BANGUNAN SSAAS,
40503 SHAH ALAM
eMail : HASANALI[AT]SELANGOR[DOT]GOV[DOT]MY
YB Datuk Dr ;
Salam buat YB Datuk Dr. diharap dalam lindungan Allah di pelihara semangat juang yang tinggi.
Sejak kebekangan ini ada banyak desas desus yang kedengaran berkaitan nama YB Datuk Dr Hassan Ali yang agak kurang enak didengari. Cerita ini mungkin timbul ekoran ketidaksenangan teman – teman BN terhadap sokongan rakyat terhadap kejayaan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan jayanya dan kegusaran mereka jika Kerajaan Pakatan Rakyat benar – benar berjaya dibentuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan yang PAKATAN yang lain.
Persoalan ini seolah terawang awang dikalangan penyokong PAKATAN dan rakyat Selangor dan ia amat bahaya jika dibiarkan dan mungkin menjadikanya fitnah yang tidak baik pada sosok YB Datuk Dr. dan masa depan PAKATAN juga. Mungkin YB Datuk Dr. tidak punya ruang dan alasan untuk menjawab khabar angin. Saya rasa kehadiran surat terbuka ini memberikan YB Datuk Dr. ruang untuk menjawab antara khabar angin yang bertiup itu.
Soalan pertama benarkah selepas keputusan 8 Mac 2008 diumumkan YB Datuk Dr. Hassan Ali bersungguh – sungguh untuk menempatkan diri sebagai MB Selangor? Kesungguhan ini sehinggakan YB Datuk Dr. turut mengadakan pertemuan dengan pemuka Umno untuk membincangkan jawatan MB juga beberapa kali naik turun Istana dalam cubaan mempengaruhi DYMM Sultan Selangor?
Ramai yang mengatakan YB Datuk Dr. Hassan Ali terlibat untuk menghantar maklumat beberapa perkara yang YB Datuk Dr. tidak puas hati kepada Ezam Md Nor. Jika tidak secara langsung ia dihantar secara tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. Malah selepas berita ini muncul dan beberapa pimpinan bertanya kepada YB Datuk Dr. dan oleh kerana rasa tertekan sekali lagi secara lansung atau tidak langsung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. memaklumkan kepada Ezam betapa YB Datuk Dr. tertekan dan kononya ini boleh dijadikan bukti bahawa PAKATAN berpecah kerana kononya tidak percaya kepada YB Datuk Dr. Benarkah?
Ada yang mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak bersama dengan dengan Kerajaan Selangor dalam cubaan menyelesaikan isu air. YB Datuk Dr. sering mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak mengetahui apa-apa tentang air Selangor dan diketepikan dalam hal menyelesaikan pemberian air percuma. Malah YB Datuk Dr. turut memaklumkan kepada beberapa pimpinan PAS bahawa betapa kerajaan negeri mengenepikan dan tidak menghormati PAS dalam banyak keputusan. Namun mengikut maklumat yang diperolehi, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat Kerajaan Negeri yang memainkan peranan penting menyelamatkan maruah PAKATAN dalam isu air telah sekurang kurangnya dua kali mengadakan pembentangan mengenai isu air ini kepada exco Kerajaan Negeri Selangor, malah berdasarkan maklumat kami ada perkara yang YB Datuk Dr. bangkitkan jelas kelihatan memihak kepada Puncak Niaga (Tan Sri Rozali Ismail).
Malah dalam isu air ini juga dilaporkan ada pertemuan YB Datuk Dr. adakan dengan Tan Sri Rozali Ismail atau pihaknya tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Benarkah?
Tidakkah YB Datuk Dr. tahu betapa Tan Sri Rozali ini ialah agen kapitalis BN, yang mengaut keuntungan dari dasar pengswastaan yang menzalimi rakyat. Dia merupakan kawan rapat malah ada yang mengakatan dia ialah proksi Senator Muhammad Muhd Taib. Dia juga ialah penipu besar yang telah memperdayakan peneroka Sungai Buaya yang sehingga kini kes tanah penduduk Sungai Buaya terbiar tanpa penyelesaian?
Harap YB Datuk Dr. dapat menjelaskan beberapa perkara yang dinyatakan di atas. Saya amat mengharapkan bahawa khabar – khabar angin ini merupakan khabar palsu dan tidak punya asas. Namun saya menulis surat ini memohon penjelasan apabila setelah saya sendiri siasat terdapat sedikit keraguan untuk menafikan kesemuanya terus.
Kemungkinan penafian sumpah atas nama Allah dan kenyataan YB Datuk Dr. bahawa YB Datuk Dr. juga berikrar untuk terus bersama dengan aspirasi PAKATAN dalam merialisasikan kerajaan PAKATAN yang benar mampu berkhidmat untuk rakyat Selangor dan mungkin PAKATAN peringkat pusat jika perancangan pengambil alihan diizinNya.
Akhirnya janganlah YB Datuk mengaanggap saya menyerang peribadi tetapi ini ialah cetusan kegusaran saya yang setiap hari dihentam persoalan dari kawan – kawan yang selama ini saya kempen habis habisan. Selepas ini saya juga ingin meminta penjelasan daripada YB Teresa Kok kerana timbul desas desus bahawa beliau ada ‘mendesak’ sebuah syarikat kenalanya untuk mendapat hak membekalkan meter air kepada rakyat Selangor jika siasatan lanjut saya mendapati ada keraguan untuk menafikan sepenuhnya khabar angin itu.
Sekian dan salam perjuangan.
1 ulasan:
Usaha sdr sungguh murni. Ini untuk mengelakkan sebarang keraguan, dan fitnah. Keterbukaan adalah permulaan ketelusan. Moga-moga Pak Dr juga akan menerima dgn baik.
Catat Ulasan