Oleh Ezam Mohd Noor
Salam saudara,
suratTerima kasih kerana kiriman artikel oleh Khalid Jaffar. Saya akan terlepas pandang sekiranya sdr tidak memanjangkannya kerana saya tidak membaca blog beliau.Terlalu banyak blog lain yg lebih manfaat untuk saya baca dalam waktu saya yang amat terbatas. Beliau bebas untuk membuat analisa dan ulasan berdasarkan pengamatan dan pembacaanya dalam segala kisah purbakala dan sebagainya.
Saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara yang jelas tidak benar.samada fitnah atau beliau tidak tahu saya serahkan perkara tersebut antara beliau dan Allah swt.
1) Gambaran saya hilang semangat dan longlai selepas tandatangan surat mendakwa Tan Sri Rahim jelas tidak tepat. Hakikatnya sa ya terus berjuang dan lebih "bersemangat" daripada ramai yang lain. Malah dikalangan staff DSAI saya lah satu2nya staff DSAI yang ke penjara dan mungkin beliau keliru..saya masuk dua penjara selepas tandatangan surat itu bukan sebelumnya.
2) Ya. Saya mengambil sedikit masa untuk tandatangan surat tersebut kerana implikasi mendakwa ketua polis negara pada masa itu tentunya besar dalam keadaan keluarga saya masih di Malaysia. saya ambil masa kerana untuk buat pangilan telefon kepada keluarga saya untuk persiapkan mereka. Hakikatnya sekali lagi.. Saya yang tandatangan surat berisiko tinggi itu. Pegawai DSAI yang kononnya lebih kanan dan hari ini menjadi panglima hebat DSAI tidak satu pun yang berani berbuat demikian!
3) Dakwaan Yusmadi saya tulis surat kepada DS Abdullah Badawi tidak benar sama sekali dan kalau benar minta dibuktikan. Ini contoh satu amalan fitnah yang menjadi makanan harian sebahagian pemimpin dan MP PKR sekarang.
4) Dakwaan saya di turnover juga satu telahan dangkal dan jahat. Saya kendurkan serangan kepada Dr Mahathir selepas saya keluar penjara kerana mahu selamatkan nyawa DSAI yang kritikal pada masa itu. Apatah lagi setelah pengalaman saya di dalam penjara, saya dapat rasakan keperitan dan kepayahan sakit di dalam penjara. Justeru tumpuan saya memang fokus 100% untuk cari jalan bebaskan DSAI sekurang-kurangnya untuk rawatan di luar negara dan semua perjumpaan bersama pimpinan Umno saya lakukan dalam pengetahuan DSAI dan DSWA! (seperti yang saya nyatakan di dalam interview MalaysiaKini tempohari).
Dan hari ini saya ingin nyatakan.. Ini termasuk percubaan jalin hubungan dan berunding bersama Tun Mahathir (masa itu beliau PM) melalui anaknya Mokhzani. Saya cadangkan Khalid Jaafar jumpa DSAI untuk dapatkan pengesahan beliau dan KISAH SEBENARNYA.
Apapun nawaitu saya pada masa itu untuk menyelamatkan nyawa seorang sahabat dengan segala upaya saya dan tentunya bukan tanda kelemahan tekad saya berjuang begitu juga DSAI.
Justeru, saya ingin cadangkan kepada sahabat saya saudara Khalid untuk benar-benar dapatkan cerita sebenar kisah perjuangan reformasi selain asyik menelaah kisah purbakala dan lain-lain. Kisah zaman reformasi juga hebat dan penuh dengan ketulusan dan kemurnian persahabatan dengan syarat saudara Khalid menelaahnya dengan objektif bukan dengan kacamata serong dan prajudis terutama kepada saya yang tidak pernah kaya dan tidak pernah berbakti wang ringgit kepada beliau tidak seperti sahabat beliau dan staff DSAI lain.
Ya..saya terima saya digelar berbagai gelaran hodoh dan sebagainya kerana itu hak beliau. Cuma saya ingin tegaskan DENGAN NAMA ALLAH, keputusan saya buat bukan kerana mengikuti watak-watak jahat dan hodoh yang digambarkan tetapi kerana saya seorang Islam dan setia saya kepada prinsip Islam dan rasul-rasulnya mengatasi kesetiaan saya kepada yang selain daripadaNya. Sampai waktu dan ketikanya saya akan nyatakan secara terperinci apa yang saya maksudkan.
wassalam
Ezam
Nota: Ini merupakan jawapan dari Saudara Ezam terhadap tulisan bertajuk Babad Pendekar Jawa yang disiarkan di dalam blog saudara Khalid Jaafar pada 29 Jun lalu. Jawapan ini dibuat berikutan email yang diterima Ezam dari salah seorang penyokong beliau.
2 ulasan:
Dari sekarang kami nak tengok apa anda nak buat dalam UMNO, hanya nak hentam PKR dan DSAI atau ada agenda perjuangan positif.
mana rahsia yg ezam nak dedahkan dulu tu? siakap senohong gelama ikan duri...
Catat Ulasan