kolumDalam tempoh dua bulan ni senak jugak aku tgk ekonomi negara Malaysia tercinta ni. Mula-mula beras, lepas tu petrol ngan diesel lepas ni letrik pulak. Lepas tu kita buat demotrasi aman buat penentangan tentang kekejaman yang dibuat oleh org BN.
Adakah keluo statemant suruh rakyat bijak berbelanja.bawak kerete tak melebihi 100 km sejam. Jgn pasang air-corn, makan ubi ganti nasi; adakah itu cara penyelesaiannya. Adakah itu keluar daripada mulut menteri yg IQ tinggi. Adakah patut kerajaan mengesyorkan kepada rakyat dengan idea bodoh sebagai sebuah negara pengeluar gas dan petroleum di Asia yg mana sumber petroleum berkualiti A.
Bagaimana dengan Brunei, Nigeria,Venezuela, bagaimana dengan Iran; negara-negara ini adalah pengeluar petroleum dunia yg mana harga petrol dan dieselnya lebih lebih murah berbanding Malaysia kalu tak silap tak sampai RM 1 pun.
Apa yg dimaksudkan subsidi yg diberikan oleh kerajaan? Kenapa perlu diSOGOK dengan wang ringgit kepada rakyat supaya kezaliman dapat dilindungi.
Aku pun tak paham dengan ORG MELAYU. Mentah-mentah kene TIPU. Masih lagi kata bagus. Bila Malaysia menaikkan harga minyak dengan alasan minyak pasaran dunia tinggi dan kerajaan tidak mampu menanggung subsidi yg tinggi. Puak-puak UMNO dan BN setuju .
Adakah kita tahu minyak dunia membuat urus niaga menjual petrol dengan sistem apungan atau erti kata lain meniagakan petrol yg tidak ujud, dengan meletakan harga 2 hingga 5 tahun akan datang future market? Adakah di dalam Islam halal utk membuat urus niaga yg tiada bentuk fizikalnya? Adakah di dalam Islam Hadhari halal?
Bagaimana SIngapura dapat melihat kelemahan pemimpin Malaysia yg hanyut dengan korupsi skandal seks pembunuhan altantuya mengambil peluang merampas pulau batu putih daripada perairan malaysia yg mana kaya dengan sumber petrol dan gas.
Adakah singapura akan membeli petrol daripada negara luar pada masa akan datang.adakah Singapura akan menindas seperti pemimpin negara Malaysia.
Rakyat Malaysia mengharapkan satu pemimpin yg beriman, tulus adil dan saksama. Pada hari ini kita lihat menteri yg ada membuat potongan 10% daripada elaun keraian.
Adakah mereka sedar mereka mereka inilah merupakan perompak besar bagi rakyat. Adakah mereka sedar gaji mereka itu dibayar dengan duit rakyat? Adakah mereka sedar sesuap nasi dan air yg mereka minum adalah daripada duit rakyat? Adakah mereka sedar petrol, tol, kerete, baju seluar dan semua sekali di bayar oleh rakyat.betepa hinanya pemimpin ini menaikkan harga sesuka hati menindas rakyat di mana peluh yg diperah hasilnya masuk ke kocek seluar mereka. Menteri mendapat elauan rm 500 ribu setahun.
Kenapa mesti dipotong hanya 10% sahaja, kenapa tidak 100%. Dahlah gaji puluhan ribu, elekrik dibayar oleh rakyat, air dibayar oleh rakyat, petrol dibayar oleh rakyat, tol pun dibayar oleh rakyat. Aku tau lah sebab bapak saudara aku pun dalam bidang ni pada zaman Mahathir.
Woi! Rakyat sedarlah kome semua, dah kena tipu bulat bulat. Basah kepala. Aku cadangkan pada kerajan BEE END ni agar semua menterinya, semua bayar bil telifon, air, tol, petrol, elektirk sendiri. Baru tau bebannya macamana. Bila kamu melakukan dosa dengan Allah maka mintalah ampun daripada Nya.
Jika kamu melakukan kezaliman, dosa sesama manusia mintanlah ampun dengan manusia. Dalam hal ini aku mati hidup balik takan ampunkan pemimpin UMNO dan BN yg mana terlalu zalim penipu dan menjadikan rakyat seperti anjing suruhan.
Mana tidaknya; dah habis duit masa pilahan raya, habis semua barang naik. Pemimpin suruh naik barang yg rakyat malaysia ni pun lurus bendul ikut jugak. Tu sebab Pak Lah tak susah hati jadi PM semua dah jadi LB: Lurus Bendul. Tgk India, Indonesia, Thailand ke, agak tak kene, mampuslah pemimpin!
Ahli Pas Seumur Hidup adalah cuma salah seorang pemerhati politik tanah air. Beliau mengambil berat terhadap segala macam isu politik tanah air. Seorang anak muda, menguruskan syarikat besar dan terkenal milik kelurganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan