23 Jun 2008

Rentak Juara kumpulan Aisunam

Oleh: Kosmo!

Rancangan yang disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 itu menyaksikan kumpulan Aisunam mendendangkan dua buah lagu sendiri iaitu Kedamaian Terakhir dan Bisikan.

SHAH ALAM - Kumpulan Aisunam dinobatkan sebagai juara rancangan Rentak Juara - Rhythm of Champions sekali gus menewaskan tujuh kumpulan yang lain dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta sijil dan trofi di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.

Rancangan yang disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 itu menyaksikan kumpulan Aisunam mendendangkan dua buah lagu sendiri iaitu Kedamaian Terakhir dan Bisikan.

Tempat kedua diraih oleh kumpulan Cherish 2000 yang mempamerkan persembahan bertenaga dengan lagu ciptaan sendiri iaitu Haru Biru.

Mereka berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, sijil dan trofi kemenangan manakala tempat ketiga yang menawarkan wang tunai berjumlah RM20,000, sijil dan trofi dimenangi oleh Carbolic Smoke- balls.

Mereka menyanyikan tiga buah lagu iaitu Engkau Pergi, Sempurna dan The Pretender, kumpulan itu tetap bersyukur walaupun hanya berada di tangga ketiga.

Kumpulan ini turut memenangi kategori Kumpulan Paling Popular yang dipilih seratus peratus menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi dan sijil.

Bagi pemenang sagu hati pula, mereka diberi habuan sebanyak RM3,000 untuk setiap kumpulan di samping trofi dan sijil penyertaan.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Datuk A. Rahman Hassan.


2 ulasan:

Unknown berkata...

Album AISUNAM telah siap untuk edaran.
album hanya ada dijual di FGI STUDIO,
no 6b,jalan 2/12,bandar baru selayang,68100 batu
caves,selangor darul ehsan. buat masa ini.


utk keterangan lanjut sila hubungi;

Farhan:017-3492191

Tanpa Nama berkata...

Kepada netters semua, Album Aisunam (Juara RTM Rentak Juara/ Juara Malaysia Yamaha AsiaBeat 2008) telah berada di pasaran. Untuk Pesanan Terus, SMS atau call pada Farhan 017-3492191. Bonus Track dari The Federated.