26 Jun 2008

Presiden PAS: Itu semua fitnah!

Oleh: Intan Abdullah Foto Wan Zahari Wan Salleh (Harakahdaily.net)

"Ia adalah suatu perkara yang menjadi kebiasaan antara pemimpin-pemimpin parti tanpa suatu agenda tertentu yang membabitkan keputusan dasar parti,"



KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Presiden PAS hari ini membidas kenyataan yang dimainkan sesetengah pihak berhubung isu kerjasama PAS dan Umno dengan penegasan bahawa ianya merupakan fitnah semata-mata.

Dalam satu sidang media di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa beliau berkata, akibat tindakan pihak media tersebut menyebabkan "PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakantimbul kecurigaan dan kebimbangan umum khususnya ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat.

"PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi," ujarnya.

Jelasnya dengan tegas bahawa tiada sebarang rundingan kerjasama dibuat parti itu dengan Umno-BN.

Malah, beliau turut menafikan desas-desus sesetengah pihak yang mendakwa berlaku pertemuan antara pihaknya dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di London baru-baru ini yang kononnya memberi peluang kepada perbincangan mengenai kerjasama kedua-dua parti itu berlaku.

"Ia merupakan suatu dakwaan yang tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan berunsur fitnah kerana tujuan saya ke sana adalah untuk menghadiri seminar mewakili parlimen Malaysia," katanya tegas.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang enggan mengadakan kerjasama dengan Umno-BN tetapi tidak menolak bertemu dengan mana-mana pemimpin parti itu, Nasharudin turut menyokong pandangan tersebut.

"Ia adalah suatu perkara yang menjadi kebiasaan antara pemimpin-pemimpin parti tanpa suatu agenda tertentu yang membabitkan keputusan dasar parti," jelasnya.

PAS juga ujarnya sedang meneliti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit yang telah mencetuskan kekecohan serta memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak menafikan ia mungkin suatu strategi untuk mewujudkan kontroversi pada Pakatan Rakyat terutamanya di kalangan penyokong bagi mengalih perhatian rakyat dengan kelemahan kerajaan yang sedia ada," katanya lagi.

Tambahnya, kemenangan yang diperolehi daripada Pilihan Raya Umum ke-12 adalah merupakan harapan seluruh rakyat untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.

Dalam kenyataan tersebut juga, Ustaz Hadi mengalu-alukan sokongan semua pihak bagi merealisasikan usaha Pakatan Rakyat menyelamatkan negara daripada terus dihimpit oleh kesempitan hidup akibat daripada polisi kepimpinan negara yang tempang dan tidak bertanggung jawab.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Bendahari, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

1 ulasan:

Suhaimi Said berkata...

Tidak ada kenyataan yang lebih jelas dari Kenyataan Presiden Pas yang menolak perbincangan PAS-UMNO, apatah lagi kerjasama PAS-UMNO.

UMNO memang sudah tergila-gila sekarang ini untuk mencari jalan kerjasama dengan PAS. Mereka tu dah gila!

Seorang kawan saya yang baru balik dari pertemuan dengan bekas Menteri Besar Selangor mendapat info bahawa kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan tumbang.

Tetapi cara tumbangnya bukan pula kerana kerjasama diantara PAS-UMNO, tetapi kononnya seramai 10 orang wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang akan menyertai BN terdiri daripada wakil-wakil rakyat DAP dan PKR.

Kawan saya itu terbelahak ketawa mendengar berita itu, rupa-rupanya bekas MB Selangor itu masih termimpi-mimpi nak jadi MB semula.

Politik Selangor sudah maju kedepan. Rakyat Selangor sudah berpuas hati dengan usaha Khalid merakyatkan ekonomi Selangor dan stage pertama yang membuat BN Selangor betul-betul out ialah kesungguhan MB Baru merakyatkan bekalan air Selangor. Free 20 meter padu beb! Kerajaan-Kerajaan BN Negeri lain usahkan nak bagi air free, meter air pun berbayar.

Jangan harap PAS nak berkerjasama dgn UMNO. Dan PAS tidak lupa kepada tindak-tanduk UMNO semasa PAS berada didalam BN.

Mana boleh disengat 2 kali dari satu lubang. Nganga lah UMNO!