18 Jun 2008

Sanglang akan ada pilihan raya kecil


Oleh Malaysiakini

Hashim mendakwa, beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berasaskan kepada perjumlahan undi dalam manakala Abdullah pula memperolehi 3,286 undi, dan dengan itu, menang dengan majoriti 47 undi.

Sanglang akan ada pilihan raya kecil
Jun 18, 08 12:48pm


Oleh Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kangar hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) adalah pilihanraya umum lalu dikosongkan.

Ini berikutan keputusan mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya Pas bagi kerusi itu.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan bekas calon PAS, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.

Kes tersebut didengar oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani

Keputusan itu bakal menyaksikan pilihanraya kecil untuk kawasan tersebut.

Hashim, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihanraya, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defenden, demikian menurut laporan Bernama.

Abdullah, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan pemenang DUN Sanglang dengan majoriti 149 undi selepas memperolehi 3,384 undi berbanding 3,235 undi yang diperolehi Hashim, yang merupakan penyandang kerusi tersebut sejak dua penggal lalu.

Hashim memfailkan saman asal pada 17 Mac untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah pemenang kerusi DUN tersebut.

Hashim mendakwa, beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berasaskan kepada perjumlahan undi dalam manakala Abdullah pula memperolehi 3,286 undi, dan dengan itu, menang dengan majoriti 47 undi.

Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Mastika Junaidah Husin.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi oleh calon PAS, Rus'selle Ezlan di DUN Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi.






1 ulasan:

Suhaimi Said berkata...

What kind of judgement is that. SPR yang salah kira, tapi menjadi mangsanya ialah calon pembangkang.

Dah tu kenapa disimpan kertas undi sehingga perbicaraan. Destroy aje lah kalau tak nak kira semula.

Bangsat betul sitem keadilan dibawah BN ni!