12 Jun 2008

“Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN”

Milis Anwar Ibrahim Club

Posted: Fri Jun 06, 2008 12:18 pm Post subject:

Surat terbuka kepada Pak Lah

suratKepada Pak Lah, PM kesayanganku.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah kerana menaikkan harga minyak. Selepas ini, apebila harga minyak naik, harga barang lain juga akan naik. Saya akan mengubah tabiat saya dari makan ikan kembung yang dah merah mata dan pecah perut kepade ikan kering sahaja.

Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN. Anak saya yang seramai 5 orang itu boleh bekerja selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN .

Saya akan mengubah bilik-bilik yang ada di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik. Saya terpaksa tanam dalam bilik kerana saya tinggal kat rumah flat.

Rebet yang diberikan kepada saya memang melebihi dari keperluan saya. Apabila saya congak: saya hanya menggunakan 20 sen saja duit minyak moto sehari. Ada untung 21 sen. Saya tak pakai kereta, sebab bile minyak naik saya jual Datsun kotak mancis saya. Dapat gak duit..

Anak-anak saya, saya akan suruh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik basikal ke sekolah; sejauh 5 km. Walaupon saya berpendapatan RM1000 tetapi bagi saya ia terlebih cukup untuk keluarga saya.

buat permulaan untuk mengubah kehidupan saya, saya tidak akan menggunakan gula, tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot atau cekodok. Akan menggantikan beras dengan ubi.

Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pada hari-hari yang dilarang) dan saya akan buat minyak masak sendiri.

Itu antara cara saya mengubah gaya hidup saya. Ada banyak lagi cara. Semuanya akan saya lakukan demi UMNO dan BN.

Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi harga minyak yang ada. Bukan tu aje, diminta menaikkan lagi harga tol kerana orang sebelah rumah saya ni orang pembangkang dan dia selalu ikut highway. Bior padan dengan muka dia!

Mungkin Pak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepada saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti. Insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah tapi jangan lupa, Pak Lah tandatangan yerk.

Janan lupa Pak Lah,. naikkan lagi harga minyak!
Jangan turunkan gaji menteri-menteri dan tuan penasihat 25%!
Saya tetap menyokong Pak Lah.

Akhir kata biar Pak Lah senang, janji kami susah. Hidup UMNO! Hidup BN!

Sekian, terima kasih..

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

1 ulasan:

muor76 berkata...

surat asal kat
http://muor76.blogspot.com/2008/06/surat-penyokong-umno-untuk-pak-lah.html