Walaupun tumpas pada set pertama, pasangan beregu negara itu berjaya bangkit untuk menang set kedua dan seterusnya membuktikan mereka berupaya untuk mengekang gegak gempita laungan penyokong tuan rumah
Beregu negara, Mohd. Farizizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif berjaya muncul juara dua kali berturut-turut Terbuka Indonesia selepas mengalahkan pasangan beregu handalan Indonesia/Amerika Syarikat, Candra Wijaya-Tony Gunawan 19-21, 21-18, 21-14 sebentar tadi.
Sorakan dan laungan peminat tempatan di Stadium Istora Senayan, Jakarta, Indonesia tidak melemahkan pasangan beregu ketiga negara untuk membenam Chandra-Tony.
Walaupun tumpas pada set pertama, pasangan beregu negara itu berjaya bangkit untuk menang set kedua dan seterusnya membuktikan mereka berupaya untuk mengekang gegak gempita laungan penyokong tuan rumah.
Dalam perlawanan perseorangan pula menyaksikan jaguh tuan rumah, Sony Dwi Kuncoro mengalahkan rakan sepasukan Simon Santoso 19-21, 21-14, 21-9. -- Utusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan