Analisis oleh: Asmawi Mohamad
" Saya pernah bersembang dengan beberapa tokoh politik dari satu team dalam MCA, dan mereka nampaknya, pada pengamatan saya, agak terbuka untuk beralih sokongan kepada parti lain selain dari BN, jika itu menjamin survival yang lebih baik untuk perjuangan MCA di masa depan."
Ini merupakan segmen kami yang terbaru. Setiap edisi akan menampilkan analisis tentang isu semasa yang telah berlaku di sekeliling kita. Buat edisi yang pertama ini kami membawakan isu SAPP dan fenomena lompat parti.
Tetamu yang akan kami bawa kali ini, tak ramai yang kenal. Tetapi pandangannya di kolum Suara Rayat begitu menarik. Beliau dengan disokong fakta begitu yakin dengan kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ada 30 orang MP BN ingin melompat parti.
Petikan pendapat sdr Asmawi yang disiarkan dikolum Suara Rakyat, “…dan saya katakan ini berdasarkan maklumat-maklumat dalaman PR dan juga BN, bahawa isu 30 orang MP BN melompat parti ini adalah merupakan satu isu serious dan wajar diberikan perhatian oleh semua.
“Bagi saya ia bukan setakat isu luaran seperti alasan untuk penyatuan saf PR dan juga setakat memporak-perandakan kesatuan saf BN, meskipun kedua-dua alasan ini juga ada meritnya. Pada pemerhatian saya, isu fundamental iaitu memang ada 30 orang yang akan cross-over adalah satu isu yang penuh merit.
“…seawal petang Ahad itu 9/3, sudah ada cakap-cakap dan maklumat di dalam UMNO sendiri, bahawa DSAI telah memulakan langkah pemujukan untuk cross-over itu. Dan teori yang saya dengar ialah, mereka hanya memerlukan 10 kerusi sahaja di peringkat permulaan, bagi memulakan satu "domino effect" yang akan menyaksikan lebih dari 30 kerusi akan berpaling tadah dari BN kepada PKR atau Pakatan Rakyat.
“Selepas itu, lebih dari 50 kerusi akan dapat diperolehi, untuk membentuk satu kerajaan yang selesa, kerana ramai MP tidak mahu berada di pihak yang kalah.”
Di bawah merupakan transkrip perbualan kami yang menjurus kepada isu tersebut:
Wawancara dibuat pada petang 19/06/08
Blok bebas
Zulfikar Samsuri (ZS): Apa komen sdr pada keadaan yang berlaku sekarang, maksud saya pendirian SAPP (hendak menyokong vote of no confidence)?
Asmawi Mohamad (AM): Bagi saya ia adalah suatu pernyataan keingkaran "dissenting statement" dari SAPP. Tidak lebih dari itu. Umpama seorang isteri yang mula menunjukkan kedegilannya dengan harapan suatu hari nanti dia akan diceraikan suaminya. Barangkali SAPP harap pernyataan kedegilan/keingkaran itu akan menggalakkan pernyataan yang serupa dari kalangan parti komponen lain.
ZS: Ada kemungkinan mereka akan keluar dari BN tak? Pak Lah akan jumpa SAPP petang ini, boleh jadi tak mereka kena singkir?
AM: SAPP bercita-cita mewujudkan satu blok sendiri di kalangan beberapa parti SABAH. Blok inilah yang akan decide samada akan join BN, PR atau wujud sendiri sebagai bebas. Jadi pertemuan dengan Pak Lah mungkin hanya satu bargaining strategy. Kalau dapat apa yang dia nak, dia tak akan keluar dari BN, atau Pak Lah tak akan pecat SAPP. Pak Lah pun amat diketahui dengan dasar flip flopnya, so anything can happen
Sokongan Melayu
ZS: Jadi betullah apa yg dikatakan oleh Anwar selama hari ni? Ada parti dari Sabah yang mahu keluar barisan (Barisan Nasional).
AM: Yang itu saya rasa memang betul dan bukan setakat SAPP sahaja (yang akan keluar).
ZS: Dekat negeri-negeri lain mungkin ada kot (yang keluarBN)? Ada dengar cerita?
AM: Tak ada pulak saya dengar. Di semenanjung, percaturananya ialah dengan UMNO
susah sikit la
ZS: Maknanya sokongan pada Pakatan hanyalah dari yang bukan Melayu. Melayu tak sokong?
AM: Saya tidak nampak parti Melayu lain akan sokong Pakatan, sebab itu kalau parti-parti itu masuk ke dalam Pakatan dengan entiti masing2, itu lebih baik dari masuk PKR, kerana faktor melayu dalam PKR akan jadi lebih diluted.
ZS: Boleh hidupkah pakatan kalau tak ada parti Melayu?
AM: Saya cuma berharap by next election, PAS akan tambah bilangan kerusinya di Perak, Terenggganu, Pahang, Penang dan beberapa buah negeri strategik yang lain. PAS kena menang at least 70% kerusi yang ditandingi baru boleh buat leveraging tool dengan parti PR lain.
ZS: Tapi kalau kat Perak.. Saya dengar PAS nak bolot semua?
AM: Masing-masing hanya akan bertanding kerusi mengikut yang dipersetujui tahun 2008 baru ni. Kalau nak ubah saya rasa semua parti komponen PR lain akan bantah.
ZS: Jadi sdr yakin ada parti lain juga kan keluar barisan atau paling tidak menyatakan pendirian yg sama dengan SAPP?
AM: Yup. Amat yakin.
ZS: Jadi semua ni bukan gimik politik Anwar Ibrahim? MP MCA pulak macam mana?
AM: Saya rasa ada beberapa suara dalam MCA sudah mula berhubung dgn PR. MCA ada 15 kerusi. Agak kuat tu.
Siapa ganti Pak Lah
ZS: Agak-agaknya Yong Teck Lee (YTL) jadi TPMkah apabila Pakatan memerintah?
AM: Saya rasa peruntukan TPM dari Sabah/Malaysia timur tu akan diberikan kepada orang Melayu.
ZS: Bukankah tindakan SAPP dan YTL khususnyer adalah berorientasikan nafsu, ie: pentingkan diri sendiri semata-mata?
AM: Saya rasa semua orang politik adalah driven by personal interests
they used to say, there is no permanent friends in politics. Just permanent interests
ZS: OK.. Situasi Pak Lah sekarang sangat teruk?
AM: Saya rasa amat teruk. Hilang kredibiliti. Cakapnya tidak boleh dipegang lagi. Suaranya tidak diendahkan dalam grassroot UMNO.
ZS: Bagaimana peluang Ku Leigh, pemilihan hujung tahun ni.
AM: Saya rasa laluannya masih sukar. 20% chance.
ZS: Anwar?
AM: Anwar baik sikit. maybe 52%
“Vote of no confidence”
ZS: Sdr rasa betulkah mereka nak buat undi tak percaya Isnin ni?
AM: Mungkin tak ada. Saya rasa itu hanyalah mainan pentas politik sahaja, sebab nothing concrete and tangible will happen. Undi tidak percaya perlu notis dua minggu. Kalau nak buat usul tergempar pun perlu notis 24 jam. Jadi paling awal boleh berlaku ialah hari selasa la.
ZS: Hm... meeting pukul 230 tadi agaknyer aper keputusan BN?
AM: Masih bermeeting lagi ‘kan? Saya dengar-dengar ada suara yang kuat supaya SAPP ditendang keluar dari BN.
ZS: Saya pun ada dengar. Sdr rasa.. mereka elok keluar ke?
AM: Tak tahulah apa aliran argument orang-orang di tingkat 4 tu. Kadang-kadang apa yang mereka fikir adalah 180 darjah dengan apa yang rakyat fikir. Saya rasa memang SAPP pun nak suruh BN tendang dia orang, rather than dia keluar sendiri.
ZS: Dan mungkin perkara tu tak jadi.
AM: Ya mungkin
Siapa lagi selepas ini
ZS: Ada parti lainkah yang nak ikut jejak langkah SAPP? Siapa? MCA? Gerakan?
AM: Saya pernah bersembang dengan beberapa tokoh politik dari satu team dalam MCA, dan mereka nampaknya, pada pengamatan saya, agak terbuka untuk beralih sokongan kepada parti lain selain dari BN, jika itu menjamin survival yang lebih baik untuk perjuangan MCA di masa depan.
ZS: Jadi memang betul dakwaan DSAI bahawa ada MP dari MCA yang hendak menyeberang.
AM: Saya rasa dia bercakap berdasarkan maklumat yang sahih. MCA sekarang dah berpecah kepada dua team sama keadaannya macam dulu semula.
ZS: Jadi semua cakap dia boleh diterima pakai lah?
AM: Taklah semua. Saya rasa cakap dia pun bukan 100% betul dalam konteksnya
cuma secara umum, dia bercakap atas sandaran tertentu. Sebagai seorang politik, saya rasa dia amat shrewd untuk memanipulasi apa yang dia tahu dan yang dia tak tahu untuk strategi politik beliau
ZS: Maknanya MCA ada kemungkinan keluar BN?
AM: Kalau tak MCA as a party pun, beberapa ahli parlimen mungkin keluar.
ZS: Apa pilihan Pak Lah, beliau akan umumkan snap election?
AM: Saya rasa Pak Lah tak akan buat begitu dalam keadaan sekarang. Melainkan penasihat-penasihat beliau sedang hilang waras.
ZS: Heeheh... Apa tindakan yang patut Pak Lah ambik untuk hadapi masalah kat Sabah ni?
AM: Saya rasa paling kurang, Sabah perlu dilayan sama macam Sarawak. Terutama dari segi autonomi dan beberapa hak negeri yang lain. Kehadiran UMNO juga tidak perlu., di Sarawak tidak ada umno
Sabah dianak tirikan
ZS: Kenapa Sabah dianak tirikan?
AM: Saya rasa ini kisah lama sejak dari USNO lagi.
ZS: keadaan Sabah sangat teruk mengikut kata kawan saya dari Sabah.
AM: Betul tu. YTL pun kata BN dah tak ada masa depan di Sabah.
ZS: Kenapa piliha raya lepas Pakatan tak menang di Sabah?
AM: Saya rasa keputusan undian pilihanraya itu tidak mencerminkan keputusan rakyat sebenar, sebab banyak penyelewengan. ‘Kan ada project IC di sana yang menjadi salah satu duri dalam daging antara rakyat Sabah dengan kerajaan BN.
ZS: A ha.. salah satu punca SAPP berpendirian calls for vote of no confidence
AM: Berapa ramai illegal diberikan IC dan boleh mengundi.
Nota: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Asmawi Mohamad, boleh pergi ke blog beliau, http://asmawi.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan