...Pertamanya beliau masih terpasung dengan minda Umno. Ezam mendapat pendidikan politik dalam Umno dan beliau terlalu berbangga dengan pendidikan tersebut. Saya tidak mahu mengatakan semuanya jelek dalam pendidikan tersebut. Tetapi apabila kita bertambah matang kita perlu melakukan interogasi terhadap pendidikan tersebut. Beliau tidak dapat membuat anjakan kepada falsafah baru politik yang di bawa oleh Anwar Ibrahim. Ezam masih dalam kepompong politik perkauman, baginya politik pelbagai kaum tidak punya masa depan...
...Kedua, ilmu yang paling banyak dipelajari oleh Ezam semasa dalam Umno adalah untuk menjadi bomoh intrik politik. Dan sepanjang dalam Keadilan Ezam, selain dari orang yang paling banyak menerima sumbangan dana perjuangan, adalah orang yang pakar dalam seni sepak terajang politik. Dan beliau amat berbangsa dengan seni tersebut. "Semuanya mungkin dalam politik," kata Ezam dalam NST ...
...Sebagai seorang yang bersangka baik saya lambat menangkap mainan Ezam. Tetapi setelah berlaku peristiwa Anuar Shaari saya mula mengumpul ingatan apa yang Ezam pernah katakan kepada saya. Apa yang dahulu saya fahami sebagai tersurat saya mula melihat apa yang tersirat....
klik pada gambar depan ebuk ini untuk memindah turun
2 ulasan:
Biarkanlah ezam pergi ke UMNO, yang penting kita tidak tahu niat dia, takut2 kita ini yang lebih2 takut kita menabur fitnah dan juga kita maki dia menyebabkan jatuh dosa ke atas kita. Kita sekarang dalam Pakatan Rakyat perlu perteguhkan perjuangan dan laksanakan janji-janji kita sebaik mungkin, tutuplah isu ezam, dia pun bukannya berpengaruh sangat ….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Kenapa Jawa? Kenapa bukan Babad Pendekar Mamak atau Babad Pendekar Bugis??
Catat Ulasan