Oleh: Fathi Aris Omar
Pembangkang tidak boleh lagi menyumbat maklumat kepada rakyat kerana ia sejenis permainan membodohkan bangsa sendiri. Kaedah pendidikan jenis suapan (spoon-feeding), hafalan dan banjiran maklumat seperti di sekolah dan kampus sudah cukup merosakkan.
Persoalan seterusnya, bagaimana menumbuhkan minat serta kemahuan untuk berfikir? Kita tahu kesan lanjut jika ada kemahuan ini. Ia dapat diukur daripada pengucapan (rumusan) persoalan tertentu, beberapa analisa yang tersusun-jalin (walau tidak mesti lengkap) dan proses pencarian akliah yang serius, sama ada pembacaan, pertanyaan atau berdiskusi.
Pembangkang tidak boleh lagi menyumbat maklumat kepada rakyat kerana ia sejenis permainan membodohkan bangsa sendiri. Kaedah pendidikan jenis suapan (spoon-feeding), hafalan dan banjiran maklumat seperti di sekolah dan kampus sudah cukup merosakkan. Permainan ini sejenis alat kawalan atau saluran taklukan ke atas kita semua.
Permainan ini tidak boleh sama sekali diteruskan selepas tamat pengajian rasmi, khasnya di kalangan aktivis, profesional atau penulis – mereka nanti gagal berperanan sebagai anasir berfikir yang boleh diharapkan untuk mereformasikan masyarakat dan menolak kemajuan idea bangsa lebih kedepan. Mereka harus diasah berfikir sendiri – dengan yakin.
Dalam renungan John Stuart Mill: “[As] a thinker it is his great duty his first duty to follow his intellect to whatever conclusions it may lead. Truth gains more even by errors of one who, with due study and preparation, thinks for himself, than by the true opinions of those who only hold them because they do not suffer themselves to think.”
Namun, penghujahan Mill berikutnya semacam ada ‘pertentangan’ di negara ini, khasnya di kalangan aktivis pembangkang, pemimpin siswa dan juga penggerak Reformasi.
Kenapa krisis politik sehebat tempoh 1998-2003, kontroversi dan pengalaman bergaul dengan aktivis lama (banyak membaca, berpengalaman atau aktif berfikir) gagal merangsang aktivis muda agar berfikir lebih rancak dan berdikari (terasa ada jurang antara mereka dengan anak muda)? Kalau begitu, di mana bermula kemahuan untuk berfikir?
Mill menulis: “Where there is a tacit convention that principles are not to be disputed; where the discussion of the greatest questions which can occupy humanity is considered closed, we cannot hope to find that generally high scale of mental activity which has made some periods of history so remarkable.
“Never when controversy avoided the subjects which are large and important enough to kindle enthusiasm, was the mind of a people stirred up from its foundations, and the impulse given which raised even persons of the most ordinary intellect to something of the dignity of thinking beings.”
Jika kita bersetuju bahawa projek pembodohan Dr Mahathir telah mematikan semangat mahu berfikir dengan yakin, kenapa kita sendiri gagal merangsang minat berfikir – melalui aktivisme, tulisan dan ucapan kita? Bagaimana menumbuhkan minat serta kemahuan untuk berfikir? Kerancakan berfikir – melayan rasa ingin tahu seperti di Zaman Pencerahan – bermula dari mana, sebenarnya? – ehsan Malaysiakini.com, 25 Ogos 2003 (teks ini daripada penulis, tanpa suntingan editor)
Rujukan:
Hishamuddin Rais (2003) ‘Penjara sebagai universiti dan tadika’ dalam Siasah, Julai, hal. 60
Khalid Jaafar (2003) ‘Nyanyian angsa’ dalam Siasah, Ogos, hal. 64
Mill, John Stuart (1972) Utilitarianism, On liberty, and Considerations on representative government, London: JM Dent & Sons. Bab ‘Of the liberty of thought and discussion’ hal. 94-95
Outram, Dorinda (2000) The Enlightenment, Cambridge: Cambridge University Press. Lihat bab ‘Science and the Enlightenment’ hal. 50-51
Syed Hussein Alatas (1991) Intelektual masyarakat membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka [atau teks asal (1977) Intellectuals in developing societies, London: Frank Cass] hal. 13 dan 20-21

Artikel Berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan