20 Jun 2008

Pertembungan dua buah negeri Pakatan malam esok

Oleh: Sam Ahmad

“Semalam (pertemuan menentang Terengganu kelmarin) kami menampilkan permainan terbaik. Kami menemui gandingan terbaik menerusi Amri (Yahyah) dan Safee (Sali), mereka semakin menjadi."

Perlawanan malam esok amat siknifikan bagi kedua-dua buah pasukan, memandangkan kedua-dua buah pasukan datang daripada dua buah kerajaan negeri yang baru ditubuhkan.

Azraai Khor Abdullah jurulatih Kedah walaupun akan turun tanpa dua ‘awang import’ atau ‘permata hitam’ dari St Vincent & Grenadines iaitu Marlon Alex James dan Bernard Hugging tetap yakin mampu mempertahankan kejuaraan. Kedua-dua pemain itu masih terlibat dengan pusingan kelayakan Piala Dunia bersama negara mereka.

Menurut pengurus Skuad Hijau Kuning tersebut, Datuk Othman Aziz melalui akhbar Berita Harian,"[k]edua-dua pemain itu masih bersama skuad negara mereka, tetapi kami beraksi cemerlang tanpa mereka dalam dua perlawanan separuh akhir sebelum ini dan ia membuktikan Kedah masih mampu cemerlang tanpa pemain import.

"Bagi saya ia juga satu perkembangan positif, kerana membuktikan pemain tempatan juga berupaya memainkan peranan utama dalam pasukan apabila diperlukan," kata Othman dalam sidang media di Stadium Shah Alam, semalam.

Dollah Saleh selaku jurulatih Selangor pula, berpendapat “saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi kenapa kami tidak boleh berasa yakin.

“Semalam (pertemuan menentang Terengganu kelmarin) kami menampilkan permainan terbaik. Kami menemui gandingan terbaik menerusi Amri (Yahyah) dan Safee (Sali), mereka semakin menjadi," katanya juga kepada Berita Harian sehari selepas perlawanan menentang Terengganu pada perlawanan separuh akhir.

Tiada ulasan: