01 Julai 2008

Punei-punei hebat di Malaysia - Anwar Ibrahim, Syed Alwi & Tok Perak

Oleh: Hariry Jalil

Semangat globalisasi melalui bahasa yang cuba dibawakan oleh Syed Alwi ini membuktikan, kita dalam konteks Malaysia yang kecil ini, yang terkandung di dalamnya pelbagai bangsa dan bahasa, bersatulah dan hidup dalam rukun dan damai. Kita manusia ini sama saja dan hidup punya satu tujuan - mati dan hidup di alam lain



Hari Sabtu itu hari, aku dikejutkan dengan berita laporan polis oleh pembantu Anwar Ibrahim yang tidak diketahui latarbelakangnya, dan dipaksa atau dengan kerelaan hati mengaku beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Semalam, aku dikejutkan lagi dengan berita Anwar Ibrahim berlindung di kedutaan Turki setelah diugut bunuh. Kemudian, reaksi Abdullah Badawi juga 'terkejut' di atas apa yang berlaku pada Anwar Ibrahim. Hey, apa dah jadi dengan Malaysia ni? Apa lagi la drama yang UMNO nak buat pulak kali ni?

Malam semalam, aku sempat menonton teater di Dewan Bahasa dan Pustaka - 'Tok Perak - Yang Mencari dan Yang Menanti - Drama Sepintas Lalu' (panjangnya tajuk...). Tok Perak, tak lain tak bukan, milik Seniman Negara Dato' Syed Alwi. Ini karyanya yang terbaru. Siapa yang pernah baca teks drama ini atau pernah menonton sebelum ini sama ada teater atau siri TV, pasti sangat kenal dengan manusia yang bernama Tok Perak ni, seorang manusia Melayu yang menjual/menjaja ubat di jalanan - ubat untuk kejantanan (ubat lemah syahwat la tu...). Akan tetapi, sentuhan Tok Perak pada tahun 2008 ni (teks asal pada tahun 1974), sangatlah berbeza dengan yang asal. Para pengkaji drama Melayu patut sangat menontonnya dan sayangnya persembahan ini berlangsung ketika ramai pelajar sekolah drama & seni persembahan sedang bercuti sakan (apa la DBP ni...).

Kali ini, Tok Perak masih lagi menjual ubat dan masih lagi dibantu seorang gadis yang sangat mengiurkan. Akan tetapi, Tok Perak tidak pula berjumpa dengan keluarga Hamid, tetapi berjumpa dengan birokrasi-birokrasi yang menghalang aktiviti Tok Perak menjual ubat. Walaupun dihalang dan diancam oleh masa (alaf baru, kononnya), Tok Perak tetap setia dengan ubat-ubatnya dan mengembara ke Utara, Selatan, Timur dan Barat. Namun, di mana-mana saja ada halangan birokrasi dengan kerenah mereka dengan alasan itu dan ini dan rasuah adalah jawapan untuk lepas dari halangan ini.

Di satu tempat, ada manusia-manusia yang hauskan ubat-ubat Tok Perak malangnya kumpulan manusia ini sangatlah berubah jauh dari akar umbi yang dibawa oleh Tok Perak. Kumpulan manusia ini (Melayu) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai sambal belacan mereka. Kemunculan Tok Perak di tengah-tengah khalayak ini sedikitpun tidak menjanggalkan. Malah Tok Perak sedia terima arus perubahan kerana Tok Perak hanya mahu menjual ubatnya walaupun dalam bahasa Inggeris. Di sini pula, muncul lagi satu kumpulan yang merindukan Tok Perak yang seperti sebelumnya - berbahasa Melayu (ini masalah pendidikan bahasa la ni) dan terjadi perbalahan kecil dan bagi Tok Perak, "Bahasa bukan jiwa bangsa. Budaya itu jiwa bangsa" (aku tak berapa gemar sangat slogan ni sebab aku tak sokong semangat kebangsaan).

Biarlah dalam bahasa apa pun, janji tujuannya satu. Itulah yang dimaksudkan Tok Perak dalam adegan ini. Semangat globalisasi melalui bahasa yang cuba dibawakan oleh Syed Alwi ini membuktikan, kita dalam konteks Malaysia yang kecil ini, yang terkandung di dalamnya pelbagai bangsa dan bahasa, bersatulah dan hidup dalam rukun dan damai. Kita manusia ini sama saja dan hidup punya satu tujuan - mati dan hidup di alam lain. Tetapi, di sudut lain, Tok Perak dikaitkan dengan kesenian negara, dengan kemunculan Zaibo yang merupakan Sarjana Seni dan menjadikan Tok Perak sebagai idolanya dalam bidang lakonan. Yang menarik di sini, perbincangan antara Tok Perak dan Zaibo ini berlaku ketika angin ribut taufan kuat dan guruh berdentum-dentam, seolah-olah kesenian negara dibawa berbincang macam mana sekalipun, tetap ada halangan dan tidak pernah sampai ke penyudahan. Akibatnya, selepas taufan reda, maka banyak bangunan runtuh dan manusia mati bergelimpangan.

Hah, ini Syed Alwi cuba menyatakan pandangannya - kesenian penting dalam pengisian rohani seseorang manusia dan tanpanya, kemanusiaan dan tamadun akan runtuh. Seni itu makanan jiwa (lebih kurang begitulah...). Jangan dihalang seni ini dengan birokrasi-birokrasi yang bermacam-macam ni. Seni tak boleh disekat dan seni ini sangat fleksibel sifatnya. Boleh saja dimasukkan ke dalam mana-mana tempat dan tujuannya satu - menguatkan batin (bukan punei haa... orang Melayu ni bila sebut batin je, terus teringat punei). Itu yang digambarkan melalui Tok Perak seorang seniman sebenarnya, bukan penjual ubat dan ubat lemah syahwatnya itu ialah karya seni untuk mereka yang jiwanya sedang kacau. Tuhan dah takdirkan manusia perlukan kesenian untuk kebahagian hidup waimah bagi mereka yang ATHEIS sekalipun akan tetap menyokong kenyataan ini.

Jadi, Tok Perak, tolonglah jual ubat Tok Perak kepada orang-orang UMNO, PEKAIDA (pekida le tu...), Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Ghani Patail. Mereka sangat memerlukannya... HAHAHAHA PUNEI KAMU! (sambil menyelak kain pelikatku)
*** punei (Perak) - alat kelamin lelaki

nota: Jalil Hariry merupakan seorang aktivis teater dan seorang. Selain itu beliau juga menulis skrip. Beliau kadang-kadang ada di blognya Riang-riang.

Tiada ulasan: