21 Julai 2008

Rakyat tertipu dan terus ditipu





ADAKAH RAKYAT PERCAYA KENYATAAN PAK LAH BAHAWA MUSA HASSAN IAITU KETUA POLIS NEGARA DAN GHANI PATAIL KETUA HAKIM NEGARA tidak akan terlibat dalam KES LIWAT DSAI. Satu kenyataan yang aku anggap terburu buru dan paling bodoh dan tidak sepatutnya penipuan secara terang terangan ini mengaburi mata rakyat.

Penipuan demi penipuan dilakukan oleh kerajaan yang memerintah Malaysia. Rakyat yang hanya berinfomasikan televisyen dan radio semakin sukar dibentuk.

Itulah realiti yang arus kita terima bila media cetak dan elektronik disalahgunakan utk menjaga kepentingan individu yang digelar Pak Menteri. Aku dah tak kisah sangat pasal media cetak kerana aku masih boleh membandingkan surat khabo Harakah dan beberapa akhbar keluaran Pakatan Rakyat, aku tak berapa kisah ngan media elektronik kepunyaan Kerajaan UMNO dan Jilat UMNO sebab aku boleh tengok Astro Chn 501.

Tapi yang aku kisahkan bila Puak Puak UMNO menyalahgunakan sistem perundangan dan kementerian pertahanan termasuk POLIS, ASKAR, RELA, FRU, MARIN, KASTAM dan bayak lagi utk merealisasikan matlamat yang menjijikan, meraelisasikan keinginan gila mereka, merealisasikan nafsu yang membuak buak mereka dan merealisasikan bahawasanya Malaysia ini mereka yang punya.

ADAKAH RAKYAT PERCAYA KENYATAAN PAK LAH BAHAWA MUSA HASSAN IAITU KETUA POLIS NEGARA DAN GHANI PATAIL KETUA HAKIM NEGARA tidak akan terlibat dalam KES LIWAT DSAI. Satu kenyataan yang aku anggap terburu buru dan paling bodoh dan tidak sepatutnya penipuan secara terang terangan ini mengaburi mata rakyat.

Megapa tidak saja GANTUNG ATAU REHATKAN SEMENTARA MEREKA MEREKA INI DARIPADA JAWATAN yang disandang. Lihat sahaja bagaimana pengarah imegrisan yang terlibat dengan rasuah direhatkan daripada jawatanya. Ini seharusnya dilakukan utk memperlihatkan kejujuran bagi mendapat satu keputusan yang adil.

Bagaimana kita lihat pada hari ini manusia semakin lalai menjalankan kewajipan mereka sebagai khalifah Allah yang seharusnya membimbing menusia kejalan yang benar. Kerajaan Pemerintah Malaysia pada hari ini tidak tulus dan lebih pentingkan kepada bagaimana memperkaya dan memnuhkan poket sendiri.

Pada hari ini MANUSIA makin lupa kepada dosa dan tidak takut kepada hari pembalasan. Lihat sahaja bagaimana PARA WARTAWAN DARIPADA MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK MILIK DAN KAKI AMPU UMNO cuba melaga-lagakan mereka yang mahu menyelamatkan Malaysia dariapada kehancuran.

Kenapa mesti menolak hukum Allah dan membuat pindaan dalam segala hukum yang diturunkan oleh Allah. Kenapa mesti jadi orang Yahudi dan nasrani yang membuat pindaan terhadap kitab Injil dan menukarkan kepada Bible.

Itulah terjadi di Malaysia bagaimana nama saja Mahkamah Syariah tetapi adakah hukuman yang dijalan bertepatan dengan Hukum Allah. Manusia semakin berani menafikan HAK ALLAH, menolak segala kejadian Allah dengan mengatakan ianya hanya sebagai BENCANA ALAM dan bukannya BALA DARIPADA ALLAH diatas keangkuhan manusia.

MANUSIA semakin melupakan ALLAH melupakan KEBESARAN ALLAH dengan menyatakan rezeki yang ada ini adalah daripada MANUSIA YANG MEMERINTAH ALAM SEMESTA. Dan yang paling berani perkara mungkar yang dilakukan oleh MANUSIA adalah mencerca ajaran yang di bawa oleh RASULULLAH dengan menyatakan segala yang terkandung didalam AL QURAN sudah tidak releven utk dilaksanakan pada zaman yang serba moden ini.

Manusia yang keji, manusia yang melakukan penindasan terhadap makhluk yang dijadikan oleh Allah. Adakah rakyat Malaysia pada hari ini makin selesa terhadap pemimpin yang memrintah negara.

Rakyat merasakan diri mereka perlukan perlindungan daripada ditindas. Sekitar hujung tahun 1980an Malaysia mengorak satu lagi tahap peningkatan gaya hidup dengan menjadi negara industri. Tapi adakah pemimpin ini sedar kenapa pada hari ini begitu banyak kilang kilang atau industri yang telah bertapak lama di Malaysia menutup kilang mereka dan meneruskan operasi ditempat atau di negara yang lain. Sekitar tahun 1980an Malaysia merupakan sebuah negara pertanian dan disokong olah ekonomi petroleum dan gas.

Dengan keadaan muka bumi Malaysia yang strategik dan dasar ekonomi yang kukuh berdasarkan kos buruh yang rendah, kos tahap hidup yang rendah dan harga petroleum dan gas yang rendah maka berduyun-duyunlah negara luar menjalankan usahasama dengan kerajaan Malaysia.

Maka pelbagai jenis kilang didirikan, budak muda kampong mula berhijrah ke kota dan mulalah episod tiada siapa yang menjalankan perusahan yang berasakan pertanian. Maka banyak kawasan tanah lapang, bekas-bekas kawasan tanah bendang dijadikan kilang dan kawasan industri. Ekonomi Malaysia lebih tertumpu kepada industri berat dan ringan.

Dalam soal ini ke mana perginya Najib. Di mana bapanya dikenali sebagai bapa pertanian. Sebagai anak, Najib sepatutnya mendokong cita cita bapanya dan memodenkan pertanian di Malaysia. Apa yang najib tahu ialah mendengar arahan daripada bini dia.

ADAKAH KERAJAAN PADA HARI INI TERFIKIR atas kenaikan petroleum dan gas ini yang mnejadi punca kenapa banyak industri di Malaysia bertukar atau berpindah tempat. Pemimpin Kerajaan hari ini tak ubah SEPERTI ANJING MELIHAT BAYANG BAYANG.

Bila petroleum dan gas ini meningkat maka dengan sediri kos hidup jugak meningkat. Dan segala kos yang tinggi ini tidak dapat ditampong maka dengan cara yang selamat cari dan berpindah ke negara yang sedang membangun. Maka segala kos menjadi seperti sediakala.

Nah lihat salah satu nasihat IMF ialah negara pengeluar Petroleum dan Gas ialah meningkatkan harga jualan petroleum dan gas. Lihat siapa agen kepada yahudi dan Amerika.seperti mana dakwaan oleh PEMIMPIN DAN BEKAS PEMIMPIN UMNO.


Tiada ulasan: