02 Julai 2008

PAS, PEKAIDA, tolonglah jangan 'stoned' ganja sampai lebam lagi...

Oleh Hariry Jalil

Seluruh alam di keliling kita ini penuh dengan muzik. Semakin lama semakin huru-hara rentak lagunya. Kenapa? Ia mewakili zaman! Kalau zaman Beethoven, lagunya adalah nyanyian burung-burung berbanding hari ini kita didendangkan jentera pembangunan dan keluh-kesah manusia berkeringat menggali DUIT.





Parti Islam SeMalaysia, sudah aku ingatkan dulu di dalam entri yang bertajuk 'PAS, sudah tiba masanya...'. Ini berkenaan dengan perkara yang sama. Dua belas tahun dahulu, aku mengikut PAS sepenuhnya (sebab PKR masih belum wujud dan DAP jangan harap wujud kat kampung aku) dan aku dipanaskan dengan pidato-pidato hebat Haji Hadi dan Arwahnya Ustaz Fadzil Noor. Aku terpengaruh jugaklah dengan hadis-hadis yang terpacul dari mulut mereka bahawa segala aktiviti kesenian adalah haram di sisi agama suci Islam, dan contoh orang yang masuk syurga adalah seperti mereka yang berjubah, berserban, berjanggut dan hanya duduk di surau tanpa menghiraukan dunia. Aku ingat lagi, waktu tu aku pakai topi 'baseball' sebab cuaca panas, dan seorang manusia yang menggelarkan diri dia ustaz ni telah menegur aku bahawa aku sedang memakai lidah anjing dan aku kafir. Kalau aku main gitar, sekali gitar dipetik, sekali syaitan lahir. Jenuh aku fikir waktu tu apa kaitannya topi dan gitar dalam Islam? HEY, apa punya 'surreal' la perjuangan PAS ni!

Kenapa aku cakap PAS ni 'surreal' / tak real? Sini, dunia Malaysia sekarang ni, kita hidup dengan ramai manusia yang memegang kepercayaan yang berlainan, yang menamakan mereka dengan bangsa yang pelbagai dan pastinya terdapat pelbagai budaya dan bahasa. Pada tahun 2008 ni, dunia kecil Malaysia ni terbahagi lagi dengan manusia-manusia yang pelbagai bentuk pemikiran dan fahaman serta gerakan. Jadi, akibat dari perkembangan kehidupan manusia, hari ini kita menyaksikan pelbagai ragam dan bentuk manusia. Dan ini hakikatnya yang MESTI diakui! Kita tidak boleh menafikan. Kita kena terima hakikat bahawa budak-budak Felda sekarang ada telefon bimbit berkamera dan sudah pandai membuat filem di dalam kebun kelapa sawit. Kita kena terima hakikat tu! Kita kena terima hakikat yang manusia hari ini boleh mencapai tahap peristiwa israk mikraj (Muhammad ke Palestin dalam tempoh masa satu malam dan manusia hari ini boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini dalam tempoh masa satu saat) dengan kecanggihan teknologi perisian komputer - email, chatroom, video dll.

Kita, sebagai manusia hari ini, yang hidup hari ini dikelilingi dengan bongkaran sains di mana setiap kejadian dipersenikan. Manusia hari ini didedahkan dengan jisim dan cecair yang lebih REAL sifatnya berbanding dahulukala, masyarakat kita terdedah pada semangat yang tidak nampak dan boleh dirasa jika dipanggil. Semangat yang TAK REAL. Hari ini kita mikroskop dan teleskop lah! Tak pakai kemenyan lagi.

Apa kaitan semua ni dengan PAS? Begini. Dalam PAS, ada sekelompok manusia yang 'stoned' ganja berlebihan dan fikiran mereka dah terbang tak tahu ke mana. Fikiran mereka dah jadi TAK REAL! Jadi merapu. Ahah, aku tak kondem ganja hah. Aku sokong ganja. Tapi ini segelintir kelompok PAS ni, tak pandai hisap ganja. Hisap sikit 'stoned' lebih! Hahahahaha. Mereka ini tak boleh terima dunia REAL hari ini dan mereka sedaya upaya merekabentuk sebuah dunia yang diidamkan mengikut acuan 'stoned' diorang! Kelompok ini 'stoned' lebih sangat sampai diorang jadi nyanyuk dan ada yang mencapai tahap skizofrenia! Mereka dah tak boleh dengar lagu! Hahahahaha. Bila mereka dengar lagu, mereka jadi monyet lalu melompat-lompat bukan sebab menghayati lagu tetapi MENGHARAMKAN lagu. Apa la ni....

Mereka ini lupa bahawa degup jantung mereka adalah rentak lagu. Seluruh alam di keliling kita ini penuh dengan lagu. Evolusi muzik, semakin lama semakin huru-hara rentak lagunya. Kenapa? Ia mewakili zaman! Kalau zaman Beethoven, lagunya simfoni kerana zaman itu tidak ada mesin dan jentera melainkan nyanyian burung-burung (cehwah...) berbanding hari ini kita didendangkan bunyi-bunyi mesin dan jentera pembangunan dan keluh-kesah manusia hari ini berperang dengan keringat menggali DUIT. Jadinya, muzik hari ini berbeza jauh sekali dengan dahulukala. Inilah HAKIKAT hidup manusia hari ini yang mesti diakui!!!

PAS (atau lebih tepat dan beraninya aku kepada Nasrudin Tantawi http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/), Ini ada hadis Umar bin al-Khattab RA: "Sesungguhnya segala amalan yang dilakukan itu diambilkira berdasarkan niatnya melakukan amalan tersebut". Takkanlah encik ustaz ni tak baca buku pengarang kegemarannya Prof. Doktor Yusuf Al-Qardawi - AL ISLAM WA AL-FAN... Encik ustaz, janganlah melemahkan semangat orang muda yang sediakala penuh semangat untuk menentang UMNO yang lebih 50 tahun merompak DUIT RAKYAT dan rakyat ditipu bulat-bulat dengan lagu 'Berjaya' di mana salah satu baris liriknya - 'negara makmur rakyat mewah' dan aku gelak besar menyanyikan lagu ni. Apa punya bodoh la kita ni ditipu oleh UMNO.

PAS, jangan jadi UMNO dan PEKAIDA (pekida la tu...) UMNO mempertahankan hak Melayu (di mana sangat bercanggah dengan Islam yang tidak menerap semangat puak dan kebangsaan) manakala PEKAIDA pulak mempertahankan semangat Melayu, Islam dan adik-beradik di kelab-kelab malam. Langgar sana, langgar sini, berkicap kepala sana, bersos kepala sini, tarik kerbau dan manusia PEKAIDA ni percaya hanya mereka sahaja yang berkuasa dan sesiapa yang menyertainya, keselamatan dijamin! Apa punya syirik la ni. Islam segalanya berserah atau minta pada Allah Ta'ala! Bukan pada pada PEKAIDA! UMNO dan PEKAIDA ni samalah dengan fahaman Zinoisme yang percaya hanya mereka sahaja agama dan bangsa yang terpilih. UMNO dan PEKAIDA berjaya menakut-nakutkan manusia Melayu dengan hadis-hadis samseng mereka yang sentiasa memegang keris untuk membunuh siapa saja yang mengganggu harta kekayaan mereka. Ini samalah dengan peristiwa Firaun dan Musa, Daud dan Tholut, Jesus Kristus dan Bani Israel!!!

Dan PAS sepatutnya tidak menjadi seperti mereka ini!!! Islam ialah agama yang penuh toleransi dan SENYUMAN. Dalam apa saja perkara, Islam menyelesaikan masalah dengan SENYUM. Bukan terus menghukum. Ini kesilapan PEMUDA PAS yang menyalak terlebih-lebih mencari isu yang sebenarnya bukan isu yang diperjuangkan sebaliknya jawatan dalam parti! Ini amalan yang digunapakai oleh UMNO dan PEKAIDA. UMNO dan PEKAIDA mencari pengaruh lebih dengan menyalak isu-isu yang sesuai dan berjaya MEMBELI pengikut/pengaruh, individu itu akan naik jawatannya. Kita ini manusia. Tak kiralah laki perempuan, bangsa apa sekalipun, bahasa apa yang dia cakap sekalipun, agama apapun, kita ini MANUSIA - makhluk yang dicipta Allah Ta'ala. Kalau PAS yakin Islam adalah agama yang benar, PAS mesti buat sesuatu untuk meyakinkan manusia lain yang tidak faham tentang ISLAM!

Jalil Hariry merupakan seorang aktivis teater dan seorang pelakon. Selain itu beliau juga menulis skrip. Beliau kadang-kadang ada di blognya Riang-riang.

1 ulasan:

Emas Perak berkata...

Musnahkan kejahilan anda

Lawatilah

http://perakbangkit.blogspot.com/