14 Julai 2008

Khabonye: Segala kemungkaran akan dapat pembalasan





Isu yang aku nak perkatakan bukan pasal "HIDUP MELAYU" tapi mengenai SIAPA PEMECAH BELAH KAUM. UMNO menjaja keburukan kaum lain seperti cina dan india. Berdosa besar kalau kita menindas sesama manusia. Yang harus kita tentang adalah ORANG YANG MENOLAK HUKUM ALLAH SEPERTI UMNO WALAUPON MEREKA INI ADALAH BERBANGSA MELAYU.

Macam-macam isu dah melanda Malaysia. Rakyat dah bijak memikirkan walaupon mereka tahu baik buruk akan berlaku terhadap diri mereka sebagai rakyat. Rakyat selama ini menjadi boneka, puppet, suruh sarah oleh orang yang memerintah satu ketika dahulu.

Bila yang memberontak ini memerintah sebilangan negeri yang kaya dengan hasil bumi ada suara kaki jilat yang tidak mahu perubahan ke jalan yang betul, hari-hari buat kenyataan yang mana boleh mengganggu-gugat ketenteraman antara kaum. Sekarang rakyat harus sedar di atas keterdesakan sekumpulan bee end ini menghimpunkan orang melayu kampong mengatakan hak mereka sebagai orang melayu sudah tergadai. Maruah mereka sudah dilondehkan kaum lain akan bolot hasil bumi dan kaum melayu akan terus mundur.

Adakah kita tahu bahawa pemimpin melayu yang tidak mahukan ke jalan ALLAH merupakan nombor satu menyebabkan rakyat terutama sekali orang melayu itu mundur.

Pemimpin yang korup akan menyebabkan rakyat akan terus tertindas di atas ketamakan pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Pemimpin yang menghalalkan yang haram akan menyebabkan rakyat merasakan bahang api neraka kerana rakyat lah yang memilih pemimpin yang tidak berakhlak.

Ini adalah latar belakang pemimpin yang dipilih oleh rakyat pada hari ini. Adakah kita tahu bahawa ke angkuhan ketamakan penipuan korup kerajaan sekarang pada hari ini adalah disebabkan oleh rakyat itu sendiri.kenapa salah rakyat?

1. Kita tidak peka dengan keadaan sekarang dan terlalu percaya terhadap kerajaan yang dianggap tulus.
2. Rakyat juga tidak mengambil alternatif sendiri bagaimana utk memperolehi maklumat bagi membuat perbandingan apa yang dikatakan oleh kerajaan sekarang.
3. Rakyat terlalu mengikut prinsip Hang Tuah yang mana terlalu mengikut kata kata pemerintah walaupon rakyat tahu perkara tersebut adalah zalim.
4. Rakyat mebiarkan kita menjadi hamba kepada kerajaan sedangkan kerajaan itu sendiri dipilih oleh rakyat...

Aku sendiri hairan apa yang ada di benak sangat rakyat Malaysia ini. Maaf mungkin kata kata aku kasar tapi aku harap kata kata yang kasar ini boleh mengubah hidup kita. Kita ada cyber cafe, kita ada broadband; kita wi-fi segala kemudahan IT ini bukan utk download filen atau toton gambar lucah tapi gunakanlah kesempatan ini utk membuat perbandingan negara kita dengan negara asing.

Sebangai contoh isu kenaikan bahan bakar @ petrol. Cuba kita search kat internet nagara pengeluar petrol dunia dan buat perbandingan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar yang lain.

KITA MESTI BUKA MATA JAGAN ASYIK BUAT IKLAN RAKYAT CELIK IT tapi haram satu pon tak guna. Memang benar harga minyak dunia meningkat tapi kalau dari HUKUM EKONOMI YANG AKU BELAJO, MALAYSIA SEBAGAI PENGELUAR PETROL JUGA MENGELAMI KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA KERNA MALAYSIA MENJUAL PADA HARGA YANG TINGGI (PETROL MALAYSIA BERKUALITI TINGGI) DAN MEMBELI PETROL PADA HARGA YANG RANDAH (BELI PETROL CAP AYAM).

ADAKAH ITU SATU YANG MERUGIKAN.sebagai rakyat yang lurus bendul janganlah kita memperbodohkan diri kita menyokong tindakan yang tidak betul. Aku ada satu story nak bincangkan bersama. Kalau kome ingat perhimpunan anjuran Pemuda UMNO di Padang Rengas baru-baru ini, puak ini sanggup pergi ker kg pendalaman utk ambik ibu ibu tunggal kononnyer nak berikan sumbangan.dia punyer program. Senang je lepas bagi ucapan nyanyi lagu "anak kecil main api", lepas nyanyi bagi ucapan. Lepas ucapan bergema "hidup Melayu", nyanyi lagi. Sampai tengahari mak cik tu dah lapor, haram satu makan aka air maneral pon tak der.

Ada satu menteri yang pandai cakap berucap, tiada yang seindah daripada mencaci kerajaan Perak pada hari ini. Habis membangkit kan isu perkauman CINA ambik tanah MELAYU INDIA AMBIK KEBUN MELAYU.kalau saya tak pertahankan hak orang MELAYU bukan nama saya NAZRI AZIZ.

Lepas habis ucapan bergema lagi "hidup melayu" yang lagi syok lepas berucap terus blah, mungkin sebab dia pon lapor macam mak cik tadi. Lepas tu berucap dan majlis tutup maka hampa satu sen pon tak dapat makan pon tak der.

Laungan "HIDUP MELAYU TUKOR JADI TUMPO MELAYU" sebab tak makan dari pagi. itulah alkisah.mungkin orang ingat aku reka cerita.tapi itulah kebenaran bila RAKYAT JADI HAMBA KERAJAAN.

Isu yang aku nak perkatakan bukan pasal "HIDUP MELAYU" tapi mengenai SIAPA PEMECAH BELAH KAUM. UMNO menjaja keburukan kaum lain seperti cina dan india. Adakah kerana mereka ini mnoriti di Malaysia. Aku bukan nak bela kaum lain tapi pada hakikatnya mereka ini MAKHLUK ALLAH. Berdosa besar kalau kita menindas sesama manusia.yang harus kita tentang adalah ORANG YANG MENOLAK HUKUM ALLAH SEPERTI UMNO WALAUPON MEREKA INI ADALAH BERBANGSA MELAYU.

UMNO ini mewujudkan satu suasana negetif sesama manusia.UMNO juga menolak hukum ALLAH dan mewujudkan kekeliruan pada umat Islam khususnya kerana wujudnya Islam Hadhari. Kenapa mereka ini tidak disiasat dibawah MAHKAMAH SYARIAH yang mana boleh menggagu gugat AGAMA ISLAM.

Adakah isu ini remeh daripada isu AL ARQAM. Aku rasa isu Islam Hadhari lebih teruk daripada al Arqam sebab UMNO telah menggunakan ulamak mereka mengatakan inilah ajaran yang terbaik utk diikuti pada hari ini. Menggunakan BUSH mengatakan Islam Hadhari di Malaysia adalah yang terbaik ketika berucap di Singapura.

Siapa sebenarnya agen Yahudi? Mereka inilah yang tertulis di dalam Al Quran dajal dajal kecil yang mucul pada akhir zaman. Adakah rakyat bersuara menggunakan blog satu kesalahan dan fitnah kepada kerajaan.

BAGAIMANA PULAK KERAJAAN MENFITNAH KEPADA ANUAR IBRAHIM MELALUI AKHBAR DAN MEDIA ELEKTRONIK MENGENAI KES LIWAT. Kenapa salahkan nyamuk kelambu dibakar.

Aku tertarik dengan kenyataan EZAM yang akan membuat akuan bersumpah kerana Allah terhadap Wan Azizah dan Anwar Ibrahim jika dia disabitkan dengan konspirasi ini ada akan membongkarkan segala gala mengenai salah laku terhadap kedua dua pemimpin PKR tersebut.

Dalam Islam yang buat akuan bersumpah adalah orang yang hendak membuat pertuduhan, bukan yang hendak membuat pertuduhan. BODOH BETUI EZAM, MUNGKIN ITULAH YANG DIKATAKAN OLEH ULAMAK ISLAM HADHARI. Kita renongkan EZAM masuk UMNO sebab perjuagan mereka selaras iaitu menipu RAKYAT. Konon hendak benteras rasuah.

Anjing kalau dah biasa makan taik tak dapat makan cium bau pon dah cukup.satu lagi cerita yang aku tertarik minat aku utk berkongsi bersama ialah hal UMNO di PUCHONG.mengenai kabin yang dijadikan sebagai tempat atau bilik gerakan UMNO. Sebagai Rakyat aku malu kalau UMNO buat bilik gerakan pakai kabin. Katakan dah lebih 50 tahun memperjaungkan merdeka takan kabin sahaja kot. Takan ADUN UMNO Puchong songlap duit parti kot sampai bilik gerakan pakai kabin.

Lagi satu kabin ini ada jangka hayat dia. Tambahan pulak dalam berita tv3 semalam aku nampak puak puak ni buat penambahan ikut suka bapak dia. Lagi satu kalau itu status tanah kerajaan negeri Selangor bawak bawaklah pindah.jagan pulak harta orang buat macam harta sendiri.


Tiada ulasan: