Oleh: Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)
Sebelum itu, kdn meriah ketika grup itu menyampaikan tiga buah lagu - satu dlm Inggeris, & dua lagi Melayu - Tak boleh & Hantu raya di Putrajaya - yg berunsur satira politik. Seramai kira2 2k penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka. Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kpd para penonton & berkata beliau bertanggungjawab di atas yg berlaku.
Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Caburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.
Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya.
Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.
Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.
Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.
Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.
Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.
Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka.
Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.
Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.
Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.
3 ulasan:
mari kita men'jilat' pemimpin besar esok senang dapat pangkat dan habuan ..... apa² pon kena pakai kete besar² ke bila dh jadi Ahli Parlimen .. x kira laa YB PAS ke , YB UMNO ke , YB DAP ke .. atau YB PKR ... hmmm 'Politik Kamu Bosan !!' wahai semua politikus di Malaysia .... macam celaka !
Persembahan dari semua artist/aktivis di PROTES 678 bagi aku memang best! black dan kengkawan amat melayankan kami orang. Tindakan Carburetor Dung menarik2 seluar sehingga nampak punggung amat kurang sesuai. Wrong croud to do that! Kalau di gig nak bukak apepun ok. Secara personal aku tak kisah pun akak nak bukak seluar...dan aku bersimpati kepada dia atas tindakan melulu penonton pada masa yang sama sensitiviti penonton yang ramainya jugak terdiri dari 'ibu2 dan bapak2' kenalah juga dijaga....walaubagaimanapun, syabas kepada semua yang membuat persembahan!!! dan Kepada bro Isham, jangan sedih!!!! you dah berjaya walaupun ada sedikit yang tidak diduga berlaku! Its a lesson & xperience to learn from that.
Apepun, yang penting akak da sampaikan satu mesej jelas bahawa tindakan menjilat pemimpin2 untuk kepentingan sendiri perlulah di F**k oleh kita semua!!! Kepada carburetor dung, jangan merajuk! teruskan perjuangan anda!!!
ralat: bukan croud tapi crowd....
Catat Ulasan