08 Julai 2008

Riang-riang: Protes Protes






Manusia jenis ini pula memang berada di mana saja di muka bumi Malaysia ni dan tugas mereka ialah seboleh-bolehnya menghuru-harakan keadaan. Jika Bijan berkata, perhimpunan ini mengundang bencana (sehingga tentera dikerahkan -ingat rakyat Malaysia ni berhimpun bawa senapang ke?) tetapi sebenarnya tak ada bencana pun dan manusia SB inilah yang dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan bencana itu.


06.07.08 adalah tarikh sejarah Malaysia kerana sebuah perhimpunan rakyat yang berjudul 'PROTES' dibuat dalam keadaan yang tidak terlalu 'tension' kerana adanya konsert. Jika dilihat situasi hari itu, samalah seperti menonton mini 'woodstock'.

'Tension' diwujudkan oleh Pemuda PAS, SB dan kebodohan Alak (vokalis Carburator Dung).

Pemuda PAS

Manusia suci lagi dijanjikan syurga ini telah menentang penyertaan band-band 'underground' ni ke pentas PROTES sejak awal lagi melainkan mereka yang menyanyi diiring petikan gitar kapok saja dibenarkan. Bagi mereka, band 'underground' ni samalah dengan neraka (begitu senang mereka menghukum). Apabila suruh mereka cari kumpulan nasyid dan dikir barat, tak pula mereka dapat!

SB (Special Branch a.k.a Siput Babi a.k.a Polis)

Manusia jenis ini pula memang berada di mana saja di muka bumi Malaysia ni dan tugas mereka ialah seboleh-bolehnya menghuru-harakan keadaan. Jika Bijan (Najib le tu...) berkata, perhimpunan ini mengundang bencana (sehingga tentera dikerahkan -ingat rakyat Malaysia ni berhimpun bawa senapang ke?) tetapi sebenarnya tak ada bencana pun dan manusia SB inilah yang dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan bencana itu.

Alak (Carburator Dung)

Mungkin dia masih muda dan tidak tahu membezakan penonton di gig dan penonton di perhimpunan protes. Ataupun mereka ini memang tak boleh berjumpa dengan majmuk dan hanya hidup dalam dunia 'underground' mereka ataupun dia memang bangang. Tindakan bodoh Alak ketika menyanyikan 'last song' berjudul 'JILAT', dengan menunjukkan punggungnya ke penonton (bukan melondehkan seluarnya, seluarnya memang londeh) dan menampakkan 'boxer' (ada kawan cakap, tak underground lah pakai boxer, hahahaha) disertakan sedikit sangat aksi erotik itu, telah dihentikan oleh Hishamuddin Rais, Unit Amal PAS dan Skuad AMK. Suasana menjadi kecoh apabila ada lah seorang ahli PAS yang memakai seluar pendek (?)mula memukul Alak diikuti dengan hujan botol mineral dan batu.

Kesimpulannya, Alak sudah membuktikan pada Pemuda PAS bahawa 'underground' memang neraka dan kefanatikan kedua-dua (fanatik Islam vs fanatik underground) ini telah memberi peluang yang cukup baik kepada abang-abang SB kita...

Kalau macam ni, Bijan gelak besarlah sebab ada bahan menjaja cerita kepada rakyat di ceruk kampung. Bijan akan keluarkan kenyataan - "HANYA UMNO SAHAJA YANG BOLEH MENYATUKAN UMAT MELAYU. HANYA UMNO SAHAJA YANG MENERIMA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT. HANYA ISLAM HADHARI SAHAJA YANG MENJANJIKAN SYURGA! ISLAM PAS DAN ISLAM ANWAR IBRAHIM GAGAL MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA."

1 ulasan:

hafiz berkata...

hahaha lawak jugak la. silap juga tang baling2 botol ni... kalaupun tak puas hati... bagi taula lepas abis alak nyanyi.... ntah2 yang mule kan provokasi adalah SB.. manela tau... idup ameno!!!! agama resmi ameno adalah islam hadari....nabi untuk islam hadari ini adalah abdullah badawi al haj. dan para wali yang aulia lagi ada karomah untuk agama ini adalah assyeikh najibul razak al monggol... mudahan dia mengampuni kita semua... setelah para ahli dibaptiskan... silibus pertama-tama yang diajar dalam kitab al ameno wal islam hadari ini bertajuk rasis buat umat melayu-jalan selamat menuju sorga! hahahaha