05 Julai 2008

Tembakan peluru penabur

Oleh: Mat Saman Kati

Pertembungan untuk merebut kuasa bukan setakat Anwar dan Najib, tapi melibatkan Pak Lah dan Mahathir. Masing-masing dengan strategi, dengan helah. Mahathir tak suka Pak Lah dan Anwar. Anwar tak suka Mahathir dan Najib. Najib tak suka Anwar dan Pak Lah. Ini pertandingan empat penjuru.

Masa aku kecik-kecik, aku selalu ikut orang berburu. Siang-siang, ikut Tok Batin Limput berburu tupai menggunakan sumpit. Bila tupai jatuh, aku pergi kutip. Tupai tu aku bagi kat dia, tapi aku ambil hujung ekor tupai tersebut. Cucukkan dengan lidi penyapu, kemudian sakat orang. Ekor tupai lagi syok kalau dimasukkan ke ketelinga berbanding dengan bulu ayam. Kalau dijolok ketelinga Opah Pidah, dah tentu dia melatah.

Sebelah malam, aku ikut orang berburu keluang. Keluang datang berkumpulan, tak macam tupai. Jadi pemburu lebih banyak menggunakan peluru penabur. Satu tembakan, tiga empat ekor jatuh. Tapi keluang tak ada ekor, jadi depa bagi upah. Habis berburu, depa bagi lima kupang.

Bila aku tengok kes liwat dan akuan bersumpah yang tengah hot sekarang, aku teringat kepada pemburu yang menggunakan peluru penabur. Kami, budak-budak buat bising supaya keluang terbang dari pokok rambutan, pemburu duduk diam-diam, dia cuma tembak. Yang lain hiruk pikuk, dia cuma tersenyum.

Pertembungan untuk merebut kuasa bukan setakat Anwar dan Najib, tapi melibatkan Pak Lah dan Mahathir. Masing-masing dengan strategi, dengan helah. Mahathir tak suka Pak Lah dan Anwar. Anwar tak suka Mahathir dan Najib. Najib tak suka Anwar dan Pak Lah. Ini pertandingan empat penjuru.

Ketika orang semua memburu Anwar, Najib, Pak Lah dan Mahathir, aku lebih suka tengok Khairy dan Ezam. Bagi aku, mereka berdua lah yang menjadi pemburu yang menggunakan peluru penabur.

Bila Bakaq menulis tentang Ezam, betapa beria-ianya Ezam Mohd Noor membisik-bisikkan kepada beberapa pemimpin pembangkang tentang cerita Anwar meliwat pembantunya sebelum sang melutut itu masuk Umno dahulu. Mereka tak percaya, tetapi pada saat-saat awal cerita aduan Saiful itu tercetus, mereka ternganga dan terpinga-pinga juga., bukan Bakaq saja yang tau tapi ramai lagi yang tau. Bukan Ezam saja yang bercakap macam tu, Zahid Mat Arip juga cakap macam tu. Seolah-olah mereka sudah tau apa yang akan berlaku.

Bila Bakaq tulis, Najib itu bangang albiulkah?, aku setuju dengan pendapat Bakaq.Mat Saman Kati said...
Aku sependapat dengan hang, bakaq.

Najib tak bangang, tapi ada orang lain lebih pandai.Wednesday, July 2, 2008 12:12:00 AM MYT Najib tak bangang, tapi dia terkena dengan orang yang lebih pandai. Najib terkena kerana dia dalam keadaan terdesak, kerana perancangannya di pintas oleh Anwar.

Pada 18/6, riuh diperkatakan Najib berunding dengan beberapa pemimpin Pas diLondon. Dalam masa yang sama, rahsia tentang pengumuman Yong Teck Lee dibocorkan, dimana SAPP dikatakan akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah. Sekiranya ini berlaku, maka penyokong-penyokong Najib dan beberapa pemimpin Pas akan menyokong usul tersebut. Najib jadi PM dan Pas akan menyertai Umno.

Anwar menyedari perkara ini, dan dengan bantuan Raja Petra, membuat surat Akuan Bersumpah yang membabitkan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Tiada sesiapa tahu Akuan Bersumpah Raja Petra ini, sehinggalah ianya dibocorkan pada 20/6. Semua orang tahu, Bigdogdotcom merupakan blog pertama menyiarkan Akuan Bersumpah ini. Dari mana Bigdog mendapat SD ini? Mengapakah SD ini dibocorkan kepada Bigdog, yang merupakan penyokong kuat Mahathir? Siapa yang memberikan kepada Bigdog? Mengapa Bigdog memadamkan entri tersebut, dua hari selepas ianya disiarkan? Ho..ho.ho makin banyak persoalan.

Apa pun, dengan terkeluarnyaSD Raja Petra, rancangan Najib tergendala. Dan Najib menyimpan dendam kepada Anwar.

Perhatikan tarikh- tarikh ini. Saiful membuat lapuran polis pada 28/6, mengadu diliwat pada 26/6. Adakah Saiful berjumpa Najib selepas diliwat? Kalau mengikut kenyataan Najib, Saiful datang berjumpa dengannya, beberapa hari selepas diliwat. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah menemui beliau untuk mengadu hal bahawa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohd. Saiful berjumpa di rumahnya beberapa hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Apa yang dimaksudkan "beberapa hari"? Sedangkan kejadian liwat itu berlaku hanya selang sehari dengan laporan polis yang dibuat! Apa yang tidak diberitahu ialah, dengan siapa Saiful datang berjumpa Najib? Ha..ha..ha.

Ezam is lying when he sent out the message above anyways, because he was the one who brought Saiful to see Najib. It shows that Ezam has been involved in this charade from day one.

So, Ezam yang membawa Saiful berjumpa Najib!!! Dan Najib, dalam keghairahannya untuk membalas dendam kepada Anwar, terus saja percaya kepada Ezam. Aku percaya, apa yang berlaku selepas itu, dilakukan oleh Ezam.

Sebaik saja lapuran polis itu disebarkan, Ezam cepat-cepat menghantar SMS,demi allah, wallahi. saya tidak terlibat dalam kes terbaru membabitkan dsai. haramlah segala amal saya sekiranya saya rancang hal ini. dan saya tanya pm pun dia bersumpah dia tak teribat. logiknya pun siapa nak buat konspirasi hal yang sama dua kali? sepatutnya dsai, dswa, azmin muhasabah drpd tuduh orang laindan wallahi saya tinggalkan dsai setahun selepas dia bebas bukan kerana umno/pangkat/harta seperti yg dituduh sekrang tetapi kerana saya tidak mahu subahat/kompromi dlm perkara2 ini yg jelas bercanggah dgn prinsip islam. kpd kawan2 pejuang islam dan reformasi carilah kebenaran. ezam m nor”

Ada siapa yang menuduh Ezam? Ada siapa yang mengatakan Ezam terlibat? Tidak ada! sebaliknya SMS ini dibuat untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar bersalah!

Memang imej Anwar tercemar. Ada yang sudah tidak percaya kepadanya. begitu juga Najib. masing-masing menuding kepadanya.Dalam masa yang sama, Khairy mengeluarkan kenyataan,"Mungkin Anwar sendiri arah Saiful lapor untuk raih simpati rakyat".

Adakah sesiapa yang mahu mempercayaai kenyataan Khairy ini? Memang ini kenyataan bodoh, tetapi hanyalah untuk mengingatkan rakyat terhadap apa yang dikatakan oleh Mahathir 10 tahun dulu!!

Ho..ho.ho Mahathir juga kena! Jangan marah, kalau Mahathir juga marah pada Khairy.

Dan jangan lupa! Siapa dia Khairul Anas yang bergambar dengan Saiful didepan pejabat TPM? Dalam tahun 1998, beliau juga merupakan reformis yang berjuang untuk Anwar. Beliau juga merupakan ahli ABIM, bekas lulusan UIA. Kalau Saiful datang bekerja dengan Anwar untuk menjadi SB kepada Najib, apakah Khairul juga bekerja dengan Najib sebagai SB kepada Anwar?

Impossible is nothing.

Keluang sudah jatuh. Ezam dah dapat lima kupang. Tupai juga sudah jatuh. Ezam dah ambil ekor tupai itu, dan dengan lima kupang, dia sedang menjelajah negara, untuk menyakat orang.

Sementara itu, Najib terpaksa bertungkus lumus untuk bebas dari igauan Altantuya. Dan Anwar juga bertungkus lumus, untuk membersihkan namanya. Manakala pemburu tersenyum puas, peluru penaburnya berjaya.update:7.30pmHa.ha.ha.. Hangpa pi baca Malaysia Today


Tiada ulasan: