16 Julai 2008

Surat Shabbery letak jawatan

dari: Mat Saman Kati

Saya sendiri sudah menjangkakan bahawa saya tidak mungkin dapat menandingi Saudara Anwar Ibrahim, tetapi konspirasi yang dilakukan oleh Agendadaily telah memerangkap saya. Dan saya percaya, ini semua dilakukan oleh Tingkat Empat untuk membunuh karier politik saya.


Shabbery bin Chick,
Menteri Penerangan Malaysia.

Tarikh: 16.7.08

YAB Perdana Menteri,

Per: Perletakan Jawatan.

Seperti yang saya janjikan, saya akan mempertaruhkan jawatan saya sekiranya saya tewas dalam perdebatan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim semalam. Walaupun saya tidak mengaku kalah, tetapi pendapat umum mengatasi segalanya.

Saya sendiri sudah menjangkakan bahawa saya tidak mungkin dapat menandingi Saudara Anwar Ibrahim, tetapi konspirasi yang dilakukan oleh Agendadaily telah memerangkap saya. Dan saya percaya, ini semua dilakukan oleh Tingkat Empat untuk membunuh karier politik saya.

Tiada siapa yang dapat menangkis hujah-hujah Saudara Anwar, terutama tentang kenaikan harga minyak, dimana saya sendiri percaya tidak patut dilakukan. Tapi apakan daya, saya hanya berusaha sedaya mungkin.

Diatas kekalahan tersebut, saya dengan ini meletakkan jawatan saya serta merta. Saya rasa tidak perlu saya menunggu sehingga Jun 2010 untuk meletak jawatan apabila merasakan saya tidak mampu menjalankan tugas dengan penuh berkesan.

Yang benar,

Shabbery Chick.

(surat diatas didapati bertaburan dimasjid-masjid dan tidak dapat disahkan kesahihannya. )

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perdebatan pada malam tadi mencermin kebodohan ahli-ahli parlimen malaysia.Saya pun rasa malu pasal saya penyokong umno.pasni nak tukar haluan dah.

Editor berkata...

Sampai berbuih mulut Shabery tangkis hujah Anwar. Ooops Maaf... attack peribadi pulak.

Tanpa Nama berkata...

tula geli aku tgk shabbery tu..
kot ye pun sapu la dulu..
tgk muka anwar dh bleh baca dh
ni semua ayam22 je...semua bileh
aku paku...hahahahah

Editor berkata...

x baik kata peribadi dier.. dier "x kata" pun peribadi Anwar.. maafkan lah dier pasal dah buat ko geli

Suhaimi Said berkata...

Saya tidak percaya dengan surat letak jawatan SC tu.

Mana ada Menteri UMNO mahu letak jawatan mudah-mudah gitu. Mereka tu oporcunis.

Mereka hanya berhenti bila PM arah dia berhenti, kalau tidak mampuih tak berhenti.

Ini pulak SC. Dulu dia join TRH dalam 46. Bersama dengan TRH dia join UMNO Baru.

Bila dia dah dapat jawatan Menteri, dia dah lupa kepada TRH.
Dia akan berpaut dgn jawatan Menteri.

Editor berkata...

sajer jer.. tuan haji.. sy tgk surat ni ada sikit best.. so sy siarlah.. tp sy percaya menteri UMNO takkan letak jawatan.. tgk kat korea atau jepun nu, sikit skandal pun letak jawatan.. tp paling ekstrem bunuh diri.. tu tanda diorang tak gila kan pangkat...!!