07 Julai 2008

Alak: "Bukan penyokong pembangkang mulakan provokasi"

Oleh Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan membantah harga minyak semalam, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali.


"Saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir," kata Alak kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum kejadian baling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, tiga orang yang beliau syak punca yang mencetuskan provokasi tersebut.

Alak, waktu itu sedang menyanyikan 'Mari nyanyi menjilat', diserbu oleh tiga orang yang tidak senang dengan lagu tersebut apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.

Akibat provokasi tersebut, penonton menyerbu kepada Alak dan kumpulannya dan juga membaling batu bata dan botol air minuman.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya.

Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

1 ulasan:

xrasxras berkata...

aku ada kat stage tuh .. aku rasa pon begitu log on malaysiakini.com
.. tgk video , provokasi ada dimana² ... so better becareful next time ...