Pertuduhan demi pertuduhan ditujukan kepada Anwar Ibrahim. Kalau 10 tahun yang lalu, zaman Mahathir. Tetapi hari ini zaman Bijan dan lebih kelakarnya dikaitkan sekali dengan isterinya yang tercinta - Hamsor, hahahaha. Pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, bini kepada pemimpin dilibatkan sama.
Kalau diikutkan sejarahnya dari zaman Musa dan pengikutnya Bani Isarel yang menentang rejim Firaun, Musa dan pengikutnya menang dengan mukjizat dari Allah Ta'ala. Firaun tenggelam ke dalam Laut Merah. Pengambilan Musa sebagai anak angkat Firaun (walaupun Firaun mendapat tafsir mimpi bahawa dia akan dibunuh oleh seorang lelaki dari Bani Israel dan ironinya dia mengambil bayi lelaki itu sebagai anak angkat lalu dijadikan putera).
Kejadian ini samalah halnya dengan Mahafiraun a.k.a Mahathir yang mengambil Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO pada 22 Mac 1982. Cuma bezanya Mahathir tidak tenggelam ke dalam Selat Tebrau kerana Anwar Ibrahim bukanlah nabi. Mahathir hari ini cuma tenggelam dalam kesalahan-kesalahan lalu yang secara perlahan-lahan membocorkan lubang-lubang rasuah yang selama ini dikimpal erat seperti Iskandar Zulkarnain mengimpal tembok besi menghalang yakjuj dan makjuj.
Perjuangan memanglah bukan sekejap. Daud, anak muda dari kalangan Bani Israel ini juga mengalami perjalanan politik yang sukar. Pembabitan Daud sebagai wira muda yang menumpaskan Jalut - panglima handal Palestin telah menaikkan beliau sebagai anak muda yang wajar dicontohi dan beliau menjadi kesayangan Thalut (raja Bani Israel yang dilantik oleh Samuel, ketua penghulu Bani Israel) lalu menjadi menantunya. Oleh kerana anak muda bernama Daud ini lebih disanjungi, maka Thalut (yang asalnya golongan petani dan dilantik menjadi jeneral perang lalu menjadi raja dan sebagai manusia biasa, Thalut juga ada perasaan dengki kerana kuasanya tergugat) menjalankan pelbagai konspirasi dan plot cubaan membunuh Daud. Akhirnya, Thalut mengaku kalah dan Daud ditabalkan sebagai raja.
Hanya perjuangan Jesus Kristus anak dari Nazareth a.k.a Isa Putera Maryam sahaja yang menemui kegagalan. tetapi, perjuangan itu tidak terhenti di situ. Penyambungnya ialah Muhammad Ibnu Abdullah. Kita lihat kembali bagaimana Muhammad berjuang menegakkan agama Allah dalam pada masa yang sama beliau menegakkan kemanusiaan! Kewujudan Islam dan Quran tidak ditujukan khas kepada Arab Quraisy semata-mata sepertimana Taurat dan Injil ditujukan khusus kepada Bani Israel. Islam dan Quran dianuti oleh golongan hamba yang terdiri dari pelbagai suku dan kaum. Islam menentang keras bukan saja sembahan berhala, tetapi juga golongan feudal dan kapitalis yang bernaung di bumi Mekah. Juga pada masa yang sama, Islam menentang keras fahaman nasionalis (kebangsaan - berpuak). Manusia adalah sama dan mesti hidup dalam saksama.
Selepas Muhammad, perjuangan ini tidak mati di sini. Bermula dengan Jean Jacques Rousseau, Voltaire, Montesquieu dan Denis Diedrot di Perancis dengan menggulingkan Raja Loius XVI. Diikuti Napoleon Bonaparte, Karl Marx dan Hegel di Prussia, K. Mohandas Gandhi di India, Fidel Castro dan anak muda Che Guevara di Cuba. Mereka ini semua penyambung perjuangan kemanusiaan yang tujuannya satu - membebaskan manusia dari cengkaman kapitalis. Perjuangan mereka yang sukar dan akhirnya memperolehi kejayaan. Mereka inilah yang digelar revolusioner di tempat mereka dan semangat mereka merebak ke seluruh dunia.
Hari ini, di Malaysia kita yang tercinta, perjuangan sedang berlaku. Sudah 10 tahun perjuangan ini berlaku dalam suasana yang lebih serius iaitu sejak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Sebelum itu perjuangan ini diteruskan oleh PAS tetapi tidak begitu serius walaupun Ibrahim Libya dibunuh. Adalah sepatutnya PAS berjuang dengan lebih serius selepas Ibrahim Libya dibunuh. Tetapi tak mengapa. Takdir Anwar Ibrahim telah membentuk suasana perjuangan hari ini.
Pertuduhan demi pertuduhan ditujukan kepada Anwar Ibrahim. Kalau 10 tahun yang lalu, zaman Mahathir. Tetapi hari ini zaman Bijan dan lebih kelakarnya dikaitkan sekali dengan isterinya yang tercinta - Hamsor, hahahaha. Pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, bini kepada pemimpin dilibatkan sama. Aku terus teringat sebuah filem China yang berjudul 'Farewell My Concubine' di mana maharaja cina menjadi begitu berkuasa kerana gundiknya.
Aku percaya, dalam suasana hari ini, dengan penyatuan semua warga pekerja dan rakyat Malaysia seluruhnya, rejim UMNO akan tumbang juga. Kita mesti pegang pada paksi perjuangan kemanusiaan tanpa kira bangsa dan bahasa serta budaya (tak kiralah 'underground' ke tak 'underground' ke). Dan aku sebagai NGI (non-government individual), aku pasti PAS (sebagai parti yang senior dari DAP dan PKR) boleh menang jika mereka menegakkan Islam dengan cara yang betul. Jangan cepat prejudis kepada budaya dan bangsa lain.
Persamaan, Kebebasan dan Persaudaraan - ini adalah cogankata (alamak, dah macam BN la pulak main cogankata, hahahaha) yang digunakan dalam Revolusi Perancis. Inilah juga yang sepatutnya dibawa oleh PAS dalam perjuangannya sambil menegakkan Islam. Para cendiakawan dan ilmuwan PAS sepatutnya mengkaji semula perjuangan agar boleh diterima oleh semua manusia di muka bumi Malaysia. Jika PAS masih prejudis, maka samalah PAS dengan UMNO, PEKAIDA dan Zionisme.
nota: Hariry Jalil merupakan seorang aktivis teater dan seorang. Selain itu beliau juga menulis skrip. Beliau kadang-kadang ada di blognya Riang-riang.
1 ulasan:
MSK
dalam komen aku byk dah aku kata kat pas ni. tapi bisalah mesti kena henta punya.
semalam au ada baca catatan Nik Abduh di TKO. apa yg aku faham mengajak Pas memikirkan untuk keluar dari pakatan. keluar dari pakatan tapi tidak masuk UMNO atas alasan isu Islam. aku tak mahu komen pasal tu sbb masing2 ada pendirian dan pandangan sendiri lebih2 lagi beliau adalah ahli pas.
slogan pas pada pilihanraya ialah "PAS UNTUK SEMUA". aku nak tanya SEMUA tu siapa?. slogan tu valid hanya pada musim pilihanraya sahaja ke?.
Catat Ulasan