04 Julai 2008

Khabonye: Belajar Islam dari A ke Z

Pentadbiran Malaysia pada selama ini setelah 50 tahun merdeka adalah sistem sekular di mana segala urusan adalah dipermudahkan. Adakah dengan teguran, kita berasakan Islam menyebabkan kita menghalalkan yg haram.







Dalam minggu ni byk sungguh dugaan daripada Allah kat aku dari sakit urat ,demam selsema dari selsema kene sakit gigi. Pergh dugaan.bukan nak mengadu nasib mungkin aku ada melakukan dosa tanpa aku sedari.

Nah betapa besar kuasa Allah . Bagaimana manusia yg lalai macam aku ni, dia nak ingatkan aku. Allah maha kuasa.

Aku tertarik dengan kenyataan manusia sekular yg sering kali aku bicarakan."Kita kena terima hakikat yang manusia hari ini boleh mencapai tahap peristiwa israk dan mikraj (Muhammad ke Palestin dalam tempoh masa satu malam dan manusia hari ini boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini dalam tempoh masa satu saat) dengan kecanggihan teknologi perisian komputer - email, chatroom, video dll.

"Kenapa peristiwa Israk mi’raj disamakan dengan situasi manusia pada hari ini. Adakah satu peristiwa yg tertulis di dalam Al-Quran mengenai Nabi Muhammad boleh disamakan dengan manusia yg biasa seperti kita.

Peristiwa Israk mi’raj adalah peristiwa di mana bermulalah manusia menunaikan solat 5 waktu. Adakah dengan kemodenan pada hari ini membolehkan kita menyamakan diri kita dengan NAbi Muhammad junjungan kita. Adakah komedenan kita pada hari ini menjadikan kita firaun versi baru yg mana mukjizat Nabi Musa yg diberikan oleh Allah boleh disamakan dengan ilmu sihir.

Pentadbiran Malaysia pada selama ini setelah 50 tahun merdeka adalah sistem sekular di mana segala urusan adalah dipermudahkan. Adakah dengan teguran, kita berasakan Islam menyebabkan kita menghalalkan yg haram.

Manusia pada hari ni adalah Islam keturunan. Manusia tidak berusaha untuk mendekatkan diri merekan dengan Allah. Manusia semakin lalai dengan keasyikan dengan kemewahan dengan subsidi dengan kain pelekat dan gula yg cuba disogokan oleh manusia untuk menghalang daripada kita mendalami Ilmu Allah.

Cuba kita renongkan bersama RUKUN IMAN:
1. Percaya kepada ALLAH
2. Percaya kepada RASUL
3. Percaya kepada MALAIKAT
4. Percaya kepada AL - QURAN
5. percaya kepada QADA QADAR
6. percaya pada HARI QIAMAT.

Mari kita lihat bagaimana malaikat, qada qadar dan qiamat adalah satu benda yg tidak nampak pada mata manusia. Adakah perkara itu boleh diklasfikasikan tidak real. Adakah dosa dan pahala juga tidak real. Adakah syurga dan neraka juga tidak real. Sebagai Manusia yg Beragama Islam memakan atau minum satu satu benda yg boleh melailaikan adalah haram, ini termasuklah minum arak dan penyalahgunaan dadah dan sewaktu dengan nya. Kenapa mesti samakan ustaz yg memberikan nasihat mengenai hukum hakam mengenai agama mesti disamakan dengan org stim stone atau apa apa lagi.

Dalam Islam alat muzik yg bertali adalah haram. Kenapa mesti kita menentang org yg menegakkan kebenaran. Mendengar muzik? Bagaimana bentuk muzik yg kita dengar. Kalau muzik itu cenderong kepada cinta kepada manusia, kebendaan, mendorong kepada kerosakan akhlak dan boleh melalaikan itu adalah haram.

Zaman para nabi juga ada hiburan seperti berzanji atau alunan yg mengagongkan Allah dan kebesaran Allah. Adakah Islam itu pasif. Tapi ITULAH YG KITA TIDAK SEDARI BAHAYA YAHUDI DAN NASRANI MENANAMKAN DALAM HATI UMAT ISLAM HIBURAN DAN SEGALA BENTUK KERUNTUHAN AKHLAK BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MENGHANCURKAN ISLAM TERCINTA.

ADAKAH "Kita, sebagai manusia hari ini, yang hidup hari ini dikelilingi dengan bongkaran sains di mana setiap kejadian dipersenikan"

"Kita, sebagai manusia hari ini, yang hidup hari ini dikelilingi dengan bongkaran sains di mana setiap kejadian dipersenikanadakah"

Al- QURAN wahyu terakhir daripad Allah boleh kita samakan dengan sains dan teknologi pada hari ini.manusia pada zaman pemerintahan para sahabat nabi seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, al Khindi yang mana merupakan salah seorang ahli astronomi tersohor.

Segala maklumat mengenai astronomi didapati dalam Al Quran. KITA PADA HARI INI LEBIH CENDERONG MEMBACA DAN MENGHATAM AL - QURAN TAPI TAHUKAH KITA APA YG TERKANDUNG APA YG TERSURAT APA YANG TERSIRAT DIDALAM AL QURAN.

KITA PADA HARI INI BERAPA KERAT YG BOLEH MENTEJEMAHKAN AL QURAN. Bila ustaz-ustaz mentejemahkan ayat Al Quran utk membuat segala teguran kita katakan sudah tak releven.

Al quran adalah panduan sepanjang zaman bila kita mengatakan Al Quran sudah tak real tak releven maka kita adalah golongan org MURTAD.. Nauzubillah.

Di sini sebagai salah seorang pemuda PAS terpanggil utk memberikan sedikit ulasan.sebagai seorang Islam perjuagan aku adalah untuk menegakkan Islam bukan sebab bangsa.

Perjuagan aku dalam PAS jugak memastikan gerakan pemuda menetangkan segala kemungkaran dan menamkan Islam dalam jiwa mereka. "ustaz, janganlah melemahkan semangat orang muda yang sediakala penuh semangat untuk menentang UMNO yang lebih 50 tahun merompak DUIT RAKYAT dan rakyat ditipu bulat-bulat"

Ustaz-ustaz PAS bukan menghalang atau melemahkan semangat anak muda utk menentang UMNO atau sesiapa sahaja yg menindas rakyat. USTAZ DI DALAM PAS MAHU ANAK MUDA MEMPUNYAI KEKUATAN ISLAM YG MANA DENGAN ADANYA KEKUATAN ISLAM DALAM HATI MEREKA DENGAN INI JIHAD KERANA ALLAH LEBIH MENDAPAT KERBEKATAN DARIPADA ALLAH.

Adakah dengan melaung laung anti kerjaaan dapat memuaskan hati kita. Kita sekarang terlalu lemah kerana pengisian jihad kita kurang. Kita terlalu lemah dek kerana barah sekular yg telah lama berada dalam hati kita. Kita menjadi lemah sebab kita kurang membaca dan memahami apa yang terkandung dala Al Quran.

Aku bukan ustaz. Aku hanya manusia biasa. Aku perlu bersikap lebih real dalam menarik anak Malaysia utk mendalami Islam. Kita ini lemah sebab perjuagan kita adalah Melayu. Kita ketinggalan dan berhasad dengki bila perjuagan kita adalah bangsa.

ITULAH BEZA DALAM KONTEKS ISLAM.ISLAM FOR ALL. Adakah kemasukan Cina dan India utk mendekati Islam dan seterusnya memeluk Islam hanya diserahkan kepada individu tertentu.

ITULAH TANGGUNGJAWAP YG CUBA DIPIKUL OLEH PAS. DI MANA PERJUAGAN MEREKA BERTERASKAN ISLAM YG SATU. PERJUAGAN MEREKA TIDAK MENGIRA BANGSA DAN WARNA KULIT.PERJUAGAN MEREKA UTK MENDAPAT KEREDHAN DARIPADA ALLAH.itulah yg paling penting dalam hidup kita dimuka bumi ini. Kehidupan untuk mendapat keredhan daripada Allah.

Tiada ulasan: