31 Julai 2008

Kak Wan lepas kerusi Permatang Pauh untuk suaminya

Oleh Malaysiakini

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepas kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Anwar Bersalah!!!

Hei!!! Ini bukan aku yang kata, tapi orang nombor dua dalam polis. Yang nombor satu tak tau mengeram kat mana, tiba-tiba orang nombor dua berkokok mengatakan Anwar bersalah!

Bila reporter tanya, dia jawab," Berhubung dengan siasatan dakwaan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, yang telah melakukan kesalahan liwat, pihak polis masih lagi menjalankan penyiasatan...."

Kalau aku la jadi Anwar, dah lama aku sagat mulutnya dengan tempurung jantan.

Macam ni ka kenyataan seorang yang bakal jadi IGP? Tak dak akai langsung. Kalau masih dalam penyiasatan, macam mana boleh dikatakan telah melakukan kesalahan liwat? Kalau macam tu, tak payah pi court la. Depa cipta saksi, depa buat tuduhan dan depa yang jatuh hukum. Ni pakai undang-undang mana? Undang-undang sendiri kot?

Anwar dah cakap...lepas ni dia mungkin ditangkap. Apakah demonstrasi rakyat akan bermula?

Demonstrasi cyber sudah bermula. Banyak blog-blog reformis dah kena belantan FRU. Aku pun terpaksa berlindung kat masjid republikkata, tapi nanti sat.......jangan ingat dengan pancutan air asid tu akan menyebabkan kami lari. Ya..kami cuma berundur setapak..tapi akan kembali dengan kekuatan yang lebih bersemangat lagi.

Belasungkawa: S Othman Kembali Ke Rahmatullah

Oleh: MSO

Sasterawan Negara S Othman Kelantan atau Syed Othman Syed Omar telah kembali ke rahmatullah jam 12:30 tengah malam tadi. Allayrahaman meninggal di hospital Serdang dalam usia 69 tahun.


Menurut novelis Zahari Efandi yang juga adik iparnya Allahyarham mengidap sakit kencing manis dan jantung telah dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lepas.

Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di masjid Bangi Perdana, Bangi. Jenazah akan dikebumikan jam 11:30 pagi ini. Alfatihah. Catatan: Terima kasih kepada W Zailan kerana menyampai maklumat.

30 Julai 2008

Dari Bangsar Utama: Jangan terpengaruh dengan provokasi “Uncle Pet”





Beliau tahu, cabarannya akan menyebabkan ramai orang marah dan jika rakyat bertindak diluar batasan undang-undang, sudah pasti tidak ada sesiapa yang boleh membantunya termasuklah Perdana Menteri, Timbalannya, menantu Perdana Menteri, “budak-budak” tingkat empat, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.






“Uncle Pet”, pakcik kepada Saiful Bukhari yang mengaku kononnya “diliwat” oleh Anwar Ibrahim hari ini mencabar “Raja Pet” untuk “bertumbuk” dengannya dimana-mana gelanggang. Lihat video dari Malaysiakini diatas.

Beliau tahu, cabarannya akan menyebabkan ramai orang marah dan jika rakyat bertindak diluar batasan undang-undang, sudah pasti tidak ada sesiapa yang boleh membantunya termasuklah Perdana Menteri, Timbalannya, menantu Perdana Menteri, “budak-budak” tingkat empat, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Tetapi mengapa beliau mencabar dengan gaya yang pasti menyebabkan ramai orang ingin melempangnya?

Jawapannya mudah.

Ini adalah satu tindakan provokasi.

Provokasi ini bukan ditujukan kepada Raja Petra kerana umum sudah mengetahui bahawa Polis pun sudah tidak mampu untuk mengekang penggendali laman web Malaysia Today itu. Provokasi ini ditujukan kepada penyokong-penyokong Reformasi dan Pakatan Rakyat.

“Uncle Pet” ini hanyalah umpan sama seperti anak buahnya Saiful Bukhari. Konspirator mahu kekerasan digunakan terhadap umpan mereka agar mereka boleh mengalihkan isu “penipuan tuduhan liwat” kepada isu keganasan penyokong Reformasi dan Pakatan Rakyat.

Jadi semua yang marah dengan “cabaran” Uncle Pet diminta bertenang. Sabar…. Jangan dilayan “Cacing Umpan” ini. Jangan terperangkap dengan “permainan lama” yang sering dimainkan ini. Ingat, SB-SB dibelakang “Uncle Pet”!

Jawatankuasa Pusat dam Majlis Syura bincang soal dialog PAS-UMNO esok

Oleh: Jimadie Shah Othman (malaysiakini)

Beliau menafikan mesyuarat esok adalah rentetan pertemuan majilis syura ulama minggu lalu seperti dilaporkan oleh sebuah media web. Minggu lalu, tujuh daripada 13 anggota anggota majlis syuara, termasuk Abdul Hadi dan Nasharuddin dilaporkan berbincang tentang isu itu di kediaman rasmi menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.


Isu pertemuan PAS dan Umno dijangka akan terus menghantui barisan pemimpin atasan PAS dalam mesyuarat jawatankuasa pusat bersama majlis syura ulama parti itu esok.

Beberapa pemimpin parti itu yang enggan dinamakan memberitahu Malaysiakini, perkara tersebut kemungkinan akan ditimbulkan sewaktu perbincangan isu-isu semasa.

Mesyuarat itu juga dipanggil sendiri oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber-sumber dalaman parti itu.

Menurutnya lagi, mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi.

Dihubungi untuk mengesahkan isu tersebut, setiausaha agung PAS Datuk Kamarudin Jaafar berkata, mesyuarat tersebut memang turut membincangkan isu-isu semasa di samping agenda utama.

"Kita memang biasa membincangkan isu-isu semasa dalam mesyuarat (jawatankuasa pusat)," katanya.

Ditanya sama ada isu muqabalah PAS-Umno akan turut dibincangkan, beliau berkata "rasanya tidak."

Tambahnya, isu itu "tidak ada kontroversi lagi" dalam PAS.

"Perkara itu timbul apabila media memainkannya," kata Kamarudin.

Beliau bagaimanapun menafikan pertemuan itu merupakan mesyuarat khas membincangkan isu pertemuan sulit PAS-Umno, sebaliknya mesyuarat bulanan biasa yang diadakan lebih awal kerana parti itu akan mengadakan muktamar pertengahan bulan depan.

"Itu mesyuarat biasa. Biasanya kita buat Ahad kedua setiap bulan. Tetapi mengikut tarikh itu, 10 haribulan (Ogos) saya rasa, (tarikh itu) terlalu dekat dengan muktamar," katanya.

Kamarudin berkata, agenda utama mesyuarat esok bertujuan membincangkan persiapan muktamar agung parti itu di Ipoh.

PAS dijadualkan mengadakan muktamar 13 Ogos depan di Ipoh, Perak.

Beliau menafikan mesyuarat esok adalah rentetan pertemuan majilis syura ulama minggu lalu seperti dilaporkan oleh sebuah media web.

Minggu lalu, tujuh daripada 13 anggota anggota majlis syuara, termasuk Abdul Hadi dan Nasharuddin dilaporkan berbincang tentang isu itu di kediaman rasmi menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Nik Abdul Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata, penting memastikan kejayaan muqabalah antara parti itu dan Umno, lapor Bernama.

Mengulas tawaran Umno untuk membentuk kerajaan campuran dengan PAS di Perak, Nik Aziz berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat esok.

Riang-riang: Mere naam Joker!





Perjuangan 'Joker' ni betul-betul menakutkan kapitalis sehingga 'Batman' terpaksa mencipta senjata baru. Inilah dunia kapitalis - senjata. Dan ini juga jawapan kenapa 'Batman' tidak membunuh 'Joker'. Kerana 'Batman' sangat memerlukan 'Joker' untuk menguji senjatanya. Jika tak ada 'Joker', senjatanya tidak berguna lagi dan tidak boleh dijadikan satu perniagaan yang sangat menguntungkan.


Kalau kalian mengatakan watak 'Joker' dalam filem 'Dark Knight' ni sebagai pengganas dan watak Batman ialah Amerika, Gordon sebagai polis dunia, Alfred pula sebagai rakan Amerika iaitu British - anda betul dan silap! Hahahaha, memang betul lah kalau anda fikir seperti itu. Tetapi, jika kalian semua menganggap 'Batman' sebagai wira - silap. 'Batman' bukan wira dalam cerita 'Dark Knight' yang dibawa oleh si Christopher Nolan ni.

Dengan paparan yang lebih 'realistik' (maknanya tidak seperti gaya Tim Burton yang dikatakan pembawa neo-noir, di mana latarnya malam dan penuh misteri), tetapi kali ini, kita dikenalkan dengan latar yang lebih cerah dan tidak lagi komikal sifatnya. Tidak ada lagi gua tempat persembunyian 'Batman', sebaliknya di gudang berdekatan pelabuhan. Si manusia yang bernama Christopher Nolan ni telah menyingkap, siapakah sebenarnya 'Batman'.

Kita lihat kepada dua watak ni saja - 'Batman' dan 'Joker'. Watak Harvey Dent sebenarnya nak menggambarkan ahli politik dunia kapitalis yang akhirnya kecewa dengan dunia politik itu yang penuh dengan politiknya (hahahaha) lalu atas nasihat 'Joker', maka jadilah dia pejuang rakyat juga. Baik, kita teruskan - 'Batman' ialah alterego kepada manusia yang bernama Bruce Wayne - iaitu seorang kapitalis yang sangat berpengaruh di Gotham City (Bandar Godam). Manakala 'Joker' sebenarnya bukanlah pengganas, sebaliknya dia ialah WIRA RAKYAT yang berjuang secara gerilla. Kita tak perlu kesian pada manusia-manusia di Bandar Godam ni yang menjadi mangsa kepada 'Joker' kerana manusia-manusia di Bandar Godam ni ialah manusia-manusia yang mementingkan duit dan mereka ini dari golongan kapitalis! Kita lihat bagaimana 'Joker' menyerang di parti yang dianjurkan oleh Bruce Wayne ni. Apabila aku melihat parti tu, maka aku terus saja teringatkan novel 'The Great Gatsby'. Di sini, 'Joker' dengan rasminya menyerang golongan kapitalis! Sebelum tu, 'Joker' si wira ni telah menyerang Pesuruhjaya Polis dan Hakim. Bagi 'Joker' si wira rakyat ni, Polis dan Hakim ialah patung wayang kulit yang digerakkan oleh kapitalis yang berpengaruh malah memerintah Bandar Godam. Dan ini memang benar!

Jika ada yang tertanya kenapa 'Joker' yang dikatakan sebagai wira rakyat tu sanggup membunuh rakyat (adegan di feri)? Di sini jawapannya sangat senang. Kerana mereka rakyat kapitalis dan kita dapat melihat setebal mana iman rakyat dalam perjuangan menghapuskan kapitalis ni. Ada dua buah feri - satu, rakyat biasa dan satu lagi banduan. Kita dapat lihat bagaimana rakyat biasa ni sanggup dan dengan mudah membuat keputusan supaya meletupkan feri banduan tu. Bagi rakyat biasa ni, mereka perlu terus hidup untuk menyambung nyawa kepada kapitalis. Tetapi, bagi banduan, kita lihat pertengkaran demi pertengkaran akhirnya dengan muncul seorang banduan lalu membuang kunci bom tu ke laut dan mereka akhirnya berserah (redha) kepada Allah Ta'ala. Mereka tahu, kerana mereka ialah mangsa kapitalis (kesempitan hidup) lalu mereka terpaksa melakukan jenayah. Dan jika ini (maut) yang mereka terima, mereka redha dan mereka merasakan mereka syahid! Tapi, akhirnya dua-dua pihak redha...

Perjuangan 'Joker' ni betul-betul menakutkan kapitalis sehingga 'Batman' terpaksa mencipta senjata baru. Inilah dunia kapitalis - senjata. Dan ini juga jawapan kenapa 'Batman' tidak membunuh 'Joker'. Kerana 'Batman' sangat memerlukan 'Joker' untuk menguji senjatanya. Jika tak ada 'Joker', senjatanya tidak berguna lagi dan tidak boleh dijadikan satu perniagaan yang sangat menguntungkan.

Kenapa pula 'Joker' bersekongkol dengan mafia? Hey, jangan tak tahu ya - mafia juga dari golongan kapitalis tetapi oleh kerana mereka ini tidak berdaftar dengan sah, maka mereka ini dipanggil mafia. Dan kita lihat, 'Joker' akhirnya membunuh semua mafia-mafia ni. Jadi, jika mafia itu dikatakan penjenayah, dalam filem ini, siapa yang menghapuskan mafia? Polis ke? 'Batman' ke? Tidak... 'Joker' lah orangnya. Misi 'Joker' sangatlah besar. Ingin menghapuskan kapitalis hingga ke akar umbi! Meletupkan hospital bukanlah hilangnya kemanusiaan, tetapi menghapuskan simbol kapitalis makan duit rakyat melalui perubatan (mungkin dia dapat parut mulutnya kerana tak cukup duit untuk merawat lukanya) dan ini dinyatakan dalam dialog detektif perempuan semasa diacukan pistol oleh 'Two Faces'. Dialognya berbunyi - "mereka bayarkan bil hospital keluarga aku, blah, blah, blah..."

Dan pastinya, filem ini mengangkat watak 'Joker'. Ceritanya bermula dengan 'Joker' dan watak 'Joker' juga unik dan dilakonkan oleh pelakon yang sangat bagus - arwah Heath Ledger. Jadi, filem ini segala-galanya mengenai 'Joker' dan arwah Heath Ledger. Semuga arwah dicucuri rahmat-Nya kerana membawa watak yang menjadi WIRA RAKYAT.

Kalaulah PAS faham tentang perjuangan rakyat yang sebenar... Ah, malangnya PAS ni yang bersekongkol dengan kapitalis UMNO. Jadi, 'Dark Knight' ni tak jauh bezanya dengan geo-politik Malaysia. 'Batman' tu samalah dengan Bijan yang konon nak jadi wira nak hapuskan pengganggu perniagaannya. 'Batman' tidak asing dengan senjata dan gajetnya, begitu juga dengan Bijan yang tak habis-habis dengan pembelian senjatanya. Kalau Hisham Rais dulu pernah menulis bahawa Bijan ni pembawa zaman kegelapan kepada Malaysia, dan filem ini amatlah sesuai dengan Bijan kerana tajuknya 'Dark Knight'. Untuk rakyat, marilah kita pelajari cara perjuangan 'Joker' dalam filem ini. 'Joker' menyerang mafia terlebih dahulu. Jadi, kita sebagai rakyat, KITA SERANG PEKAIDA (pekida le, beb) terlebih dahulu sebelum menyerang Polis dan Hakim dan seterusnya UMNO!

Wakakaka. Kenapa serius sangat?

nota: Hariry Jalil merupakan seorang aktivis teater dan seorang. Selain itu beliau juga menulis skrip dan pelakon. Beliau kadang-kadang ada di blognya Riang-riang.

Lima kupang: Uncle Pet kuasa dua





Hahahahaha.... Kadang2 Tuhan ni bayaq cash. Lebih best lagi bila time "Dia" bayaq tu satu dunia boleh dok tengok. Kalau la dia betoi2 bepegang dengan sumpah keramat macam si ezam tu, sumpah jerla depan kamera. Habih cerita. Ni dak, cabaq kawantu untuk bejumpa dalam gelanggang! Lagi power!


Agak "tekejut" jugak aku tadi masa tengok latest video "uncle pet" di malaysiakini - pakcik si mujahid ameno ni - menunding2 jari mencabar raja petra (rpk aka pet). Apa yang si rpk cakap atau tulis, aku tatau, tapi dari cara "uncle pet" ni sampaikan, dia sangat marah dirinya dikatakan oleh rpk sebagai "meliwat anak sedaranya sendiri".

Memang marah betul. Dicabarnya lagi rpk untuk berdepan. Suruh pilih gelanggang mana yang nak. Bejumpak. Meh kalau berani. Ala2 hero gitu. Dalam pakai helmet visor longgaq pun boleh dok beletiaq lagi. Cengei. Marah rpk tuduh dia liwat anak menakan. Marah sungguh! Siap boley tanya "meh jumpa then baru tau auntie pet ka uncle".

Kemudian aku terpikir. Apakejadahnya yang si pet ni nak marah2 sangat bila kena tuduh dek rpk? Sedangkan dalam statement dia sebelum tu dia cuma kata "anwar perlu bersumpah" saja, tapayah dok dalih2. Hmmm... Anwar kena tuduh liwat anak menakan dia, dia releks. SIap didakwahnya pulak kameraman tu tentang bagaimana Anwar patut bertindan dan betapa Islamnya dia untuk bersumpah. Tak meletit melatah, malahan persoalkan pulak cara Anwar tangani tuduhan. Tapi bila dia kena tuduh dek rpk?

Hahahahaha.... Kadang2 Tuhan ni bayaq cash. Lebih best lagi bila time "Dia" bayaq tu satu dunia boleh dok tengok. Kalau la dia betoi2 bepegang dengan sumpah keramat macam si ezam tu, sumpah jerla depan kamera. Habih cerita. Ni dak, cabaq kawantu untuk bejumpa dalam gelanggang! Lagi power!

Dan yang memeranjatkan aku sebelum tu ialah statementnya mengatakan medical checkup yang dibuat oleh hospital PUSRAWI cuma ambil masa dalam dua tiga minit. Aku tataula dia ni penah buat medical checkup ka dak, tapi yang dua tiga minit masuk jumpak doktor ni orang2 yang nak kawtim mintak MC - Medical Certificate - bukan Medical Checkup! Medical checkup ni hang nak kena sembang dulu, cerita dulu, londeh seluaq dulu, kelebek dulu, tanya lagi, kelebek lagi, iskkk... Dia ni reti ka apa yang dia cakap ni? "Uncle Pet"?

Tapi apa2 pun aku bukanlah nak cipta musuh baru. "Uncle Pet" mungkin dipergunakan oleh mujahid ameno sorang tu untuk mencapai cita2nya. "Uncle Pet" mungkin tak nampak niat disebaliknya dan tak ada sebab untuk dia perlu melihat niat itu semua. Anak sedara dia. Kalau dia tak pecaya kat anak sedara dia, sapa lagi yang anak sedara dia nak mintak kepercayaan?

"Uncle Pet", aku tak salahkan hang. Ia adalah lumrah untuk hang bertindak sedemikian - mempertahankan. Sebab dalam sejarah, sejahat2 Firaun dan Abu Lahab sekalipun, mereka masih ada rasa kasih dan sayang pada ahli keluarga mereka. Dan se"clean" mana pun Perdana Menteri kita, dia tetap akan mempertahankan tindakan bangang menantunya.

Khabonye: siapa yang tersepit?





PAS bukan seperti EZAM!! Bila diberikan jawatan lupa kepada kekotoran dan kezaliman yang telah dibuat kepada rakyat. Bila diberikan jawatan penting lupa kepada rasuah yang telah dibuat oleh UMNO. Bila diberi jawatan yang haram menjadi halal dan bila diberikan jawatan habis cerita yang direka menjadi betul.


Malam semalam aku lambat gi masjid sebab nak tgk bagaimana tv3 yang anti Pakatan Rakyat membuat pembohongan lagi. Kali ni tv3 siarkan kenyataan bekas menteri besar Perak Tajol Rosli Ghazali. Dalam kenyataan dia menyebutkan UMNO Perak sedia menerima PAS dan bersedia memberikan MB dan jawatan exco kepada PAS.

Lihat betapa kuatnya pengaruh PAS dalam dunia pilitik diMalaysia. Bukan kekuasaan yang hendak dibincangkan tapi perkataan "bersedia menerima" itu bermotifkan apa.

Adakah PAS ini adalah parti mengemis, adakah PAS ini parti yang mahukan kuasa dengan cepat utk memerintah Malaysia. Adakah dengan bermuzakarah dan muqabalah menandakan PAS akan ikut telunjuk UMNO yang mana masa zaman kegemilangan pemerintahannya mengatakan PAS adalah sebuah parti yang rosak akidah dan memecah belah kaum.

Dan Islam yang dibawa oleh PAS bukab Islan tulen, ia lebih kepada ISLAM PAS. Itu adalah kata kata daripada Mahathir dan seterusnya daripada PAK LAH.

Dalam konsep muzakarah dan muqabalah ialah sifat tegur menegur dan mengusulkan perkara perkara yang menjuruskan kepada kebaikan dan berlandaskan HUKUM ALLAH. Isu kenapa PAS tidak mahu bermuzakarah dan muqabalah dengan DAP dan PKR ialah satu jawapan yang mudah.

Jawapan yang mana ianya adalah satu realiti Malaysia pada hari ini diperintah oleh siapa? Tentunya KERAjaan UMNO dan BN, maka teguran yang berunsurkan kesejahteraan kepada rakyat hendaklah diusul kepada yang MEMERINTAH bukan kepada yang diPERINTAH.

Apa yang dapat dibuat jika usul dari skop pemerintahan, kehakiman, kehidupan rakyat dan sosio ekonomi diperdebatkan kalangan PAKATAN RAKYAT dan tiada apa tindakan yang boleh dilakukan sebab PAKATAN RAKYAT hanya boleh bersuara di parlimen tapi tidak boleh dilaksanakan kerana PAKATAN RAKYAT bukan dari kalangan yang memerintah.

Dari sini kita dapat lihat siapa yang tersepit UMNO dan BN atau kalangan PAKATAN RAKYAT. Kita dapat lihat pada hari ini UMNO mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang mana berbaur perkauaman. UMNO lebih mementingkan KETUANAN MELAYU sedangkan dalam UMNO sendiri ranting ranting dalam BN adalah daripada kalangan kaum CINA, INDIA dan masyarakat pribumi dan suku sakat SABAH DAN SARAWAK.

Dimanakah kedudukan mereka di muka bumi di MALAYSIA ini. Adakah mereka tidak merasakan UMNO menyisih dan membelakangi keanggotaan mereka dalam BN. UMNO semakin tersepit bila mereka merasakan PAS akan bergabung dengan mereka dan memberikan jawatan penting dalam pemerintahan.

PAS bukan seperti EZAM!! Bila diberikan jawatan lupa kepada kekotoran dan kezaliman yang telah dibuat kepada rakyat. Bila diberikan jawatan penting lupa kepada rasuah yang telah dibuat oleh UMNO. Bila diberi jawatan yang haram menjadi halal dan bila diberikan jawatan habis cerita yang direka menjadi betul.

ITULAH EZAM yang mana dahulunya lantang bersuara sekarang bila UMNO baling tulang, EZAM pergi hambat tulang tadi. PAS insyallah tidak akan membelakangkan utk menegakkan Islam sebagai cahaya kepada rakyat. Perjuagan PAS bukan utk seronok seronok tapi lebih kepada tabligh iaitu menyampaikan dan mendengar, sidek iaitu membenarkan ,fatonah iaitu pintar, amanah dan itulah tunjang kepada kekuatan PAS iaitu memerintah mengikut Al Quran dan As sunnah.

Adakah kesilapan PAS menegur UMNO supaya ahli ahlinya supaya menjadi pemimpin yang adil dan lebih bertanggungjawap. Aku kesian kepada wartawan tak kira majalah surat khabar atau eletronik atau apa apa sahaja yang telah membuat fitnah dan yang mana berita berita yang disampaikan olehnya boleh menyebabkan putus saudara atau perkara yang tidak diingini berlaku KERANA KALAU KITA BERDOSA DENGAN ALLAH KITA BOLEH MINTA AMPUN KEPADANYA KERANA ALLAH INI MAHA PENGAMPUN TAPI KALAU KITA BERDOSA SESAMA MANUSIA DAN MANUSIA ITU TAK MEMAAFKAN DOSA KITA MAKA SEGALA AMALAN YANG KITA LAKUKAN MELAYANG LAYANG DIAWANGAN...

NAUZUBILLAH

DAN SEGERALAH BERTAUBAT. Maka aku menyeru dengan penoh merendah diri AGAR KITA RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK SEGALA KEKEJAMAN DAN KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNO DAN BARISAN NASIONAL MEMULAUKAN SURATKHABAR YANG PRO UMNO DAN BARISAN NASIONAL DAN MEDIA ELEKTRONIK AGAR TIDAK MEMBELI DAN MELIHAT BERITA YANG LEBIH KEPADA FITNAH SELAMA 7 HARI.

DAN DENGAN IZIN ALLAH MEREKA AKAN BANKRUP


Dari Bangsar Utama: PDRM hilang kredibiliti…. Bubarkan sajalah…..





Sekarang tahulah kita sebabnya mengapa polis berkeras untuk tidak menyerahkan laporan polis yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Ini adalah kerana, laporan polis yang dibuat masih belum siap. Ini adalah satu lagi episod konspirasi politik terhadap Ketua Umum KeAdilan itu.


Semalam negara gempar lagi. Gempar kerana laporan doktor dari Pusrawi yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai sebarang kesan diliwat.

Sekarang tahulah kita sebabnya mengapa polis berkeras untuk tidak menyerahkan laporan polis yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Ini adalah kerana, laporan polis yang dibuat masih belum siap. Ini adalah satu lagi episod konspirasi politik terhadap Ketua Umum KeAdilan itu.

Hilang wibabwa PDRM. PDRM yang seharusnya menjaga keselamatan rakyat kini telah menjadi “budak suruhan” Barisan Nasional. Tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan PDRM melainkan membubarkannya sahaja dan tubuhkan pasukan polis yang baru.

Suara Keadilan Online semalam menyiarkan berita dan laporan perubatan tersebut. Lihat sini.

29 Julai 2008

Konspirasi liwat dan kerjasama PAS-UMNO

Oleh Raja Petra

Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau.


Perundingan perpaduan Melayu diantara Pas-Umno bukanlah sesuatu yang berlaku tanpa sengaja. Ianya telah dirancang dengan begitu teliti dengan matlamat untuk mengembalikan kuasa politik orang Melayu dan memastikan 'pendatang' bukan Melayu tidak akan mendominasi kuasa politik Malaysia. Sebahagian daripada perancangan ini ialah memastikan bahawa Pas akan kehilangan kepercayaan terhadap Anwar, dan kemuncak ketidakpercayaan ini ialah Pas akan merasakan bahawa masa depan Pas adalah bersama Barisan Nasional, bukan dengan Anwar.

Anwar telah pun dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu yang memperjuangkan Ketuanan Rakyat, bukan Ketuanan Melayu. Dan Anwar juga menentang Dasar Ekonomi Baru dan menggantikan dengan dasar yang lebih mementingkan kesamaan hak. dan Anwar juga dianggap sebagai ejen Amerika. Oleh itu, sebagai pengkhianat bangsa, Anwar mesti dihapuskan demi kebaikan bangsa Melayu.

Pernahkah terfikir, mengapa bapa saudara Saiful yang memanggil sidang akhbar untuk meminta Anwar bersumpah bahawa Anwar tidak pernah meliwat Saiful? Mengapa tidak bapanya? Sedangkan surat yang dibaca oleh peguam itu dikatakan ditulis oleh bapa Saiful. Satu lagi, Najib juga bersumpah dihadapan 900 ahli-ahli Umno mengatakan dia tidak pernah berjumpa ataupun mengenali Altantuya. Adakah rakyat percaya bahawa Najib bercakap benar bila dia bersumpah? Adakah sumpahnya itu mampu mengubah persepsi rakyat?

Sebenarnya, Saiful tidak begitu mengenali bapanya. ibu bapanya bercerai ketika Saiful masih kecil, dan ibunya berkahwin lagi. Bila ibunya meninggal dunia, bapa tirinya pula menghilangkan diri dan Saiful seterusnya dijaga oleh bapa saudaranya. Dan satu perkara penting didalam keseluruhan episod ini ialah 'ibu angkat' Saiful ialah Mumtaz Jaafar, yang merupakan proksi Rosmah Mansor dalam urusan perniagaanya.

Apakah ini dapat menerangkan mengapa Najib bersetuju berjumpa Saiful? Ramai yang tidak dapat memahami bagaimana seorang timbalan Perdana Menteri yang begitu penting dan sibuk , mahu membazir masa bertemu dengan seorang pelajar tercicir seperti Saiful. Ini adalah kerana Saiful adalah 'anak angkat' kepada Mumtaz Jaafar. Itu sebab Najib berjumpa dengannya.

Melihat kepada perawakan bapa saudara Saiful, kita boleh memahami mengapa lelaki ini istimewa. Apakah doktor menemui contoh air mani bapa saudaranya didubur Saiful, dan mungkin itu sebabnya mengapa polis tidak mendakwa Anwar? mungkin ini dapat menjelaskan, mengapa polis membebaskan Anwar selepas penahanan yang dramatik sehari sebelum itu.

Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau. Jawatankuasa ini diketuai oleh seseorang dari Perisik tentera yang saya tidak akan beritahu buat masa ini.

Ya.. Perisik Tentera lagi! Sekarang anda boleh lihat mengapa Perisik Tentera membocorkan maklumat tentang laporan rasmi mengenai pembabitan Rosmah Mansor didalam pempunuhan Altantuya. Tujuannnya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan orang-orang sama ini juga terlibat didalam muzakarah Pas-Umno, yang mana diantaranya melibatkan orang-orang seperti bapa Saiful dan rakan baik Anwar, Rameli Musa.

Baru-baru ini, bapa Saiful, yang telah meninggalkan anaknya sejak kecil, kembali kedalam hidupnya. Mengapa, setelah lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba bapa ini kembali muncul menemui anaknya? Senang saja. Dia mahu menghantar anaknya menemui Najib. Najib merasakan dia menghantar saiful kepada Anwar untuk dijadikan sebagai ejen. Apa yang najib tidak tahu ialah, budak ini dihantar untuk mengenakan Najib.

Itulah sebabnya mengapa bapa Saiful enggan menunjukkan mukanya dikhalayak ramai, terutamanya didepan kamera. Sekiranya wajahnya keluar dikaca TV, maka sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.Kerjanya ialah menjadi broker. Kalau anda mahukan sesuatu, dia boleh lakukan. Kalau mahukan kontrak kerajaan, kalau mahu memerangkap seseorang, kalau nak jumpa mana-mana menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, panggil saja bapa Saiful, dan dia akan melakukannya.

Kerjanya senang. cipta satu kes liwat terhadap Anwar. Ini akan menyebabkan Pas menjadi risau dan mereka akan berfikir dua kali tentang Anwar dan Pakatan Rakyat. Panggil Pas dan Umno duduk bersama dan bercakap tentang perpaduan Melayu. Biar Pas nampak bahawa masa depan Pas ialah bersama Umno dan bukan dengan PKR, yang mana akan dijatuhkan dengan kes liwat terhadap Anwar ini. Beritahu kepada Pas bahawa Umno bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam dinegeri-negeri yang dikuasai oleh mereka dan Umno akan bersetuju bahawa menteri besar akan diberikan kepada Pas.

Para perancang muzakarah Pas-Umno tentang perpaduan melayu ini juga sedar bahawa menawarkan jawatan Menteri besar kepada Pas dan pelaksanaan undang-undang Islam , masih belum cukup. Mereka juga perlu memusnahkan kredibiliti Anwar untuk membuktikan kepada Pas bahawa masa depan Pas terletak bersama Umno dan bukan dengan PKR. Tidak menghairankan, jawatankuasa muzakarah Umno-Pas adalah orang yang sama dengan 'jawatankuas memusnahkan Anwar' dan bapa Saiful, bersama dengan perisik tentera adalah pelakon penting dalam keseluruhan drama ini.


(Artikel asal: The Malay Unity Sodomy Conspiracy oleh Raja Petra terjemahan bebas oleh Mat Saman Kati)



Muzakarah: Ketua Penerangan PAS pohon maaf

Oleh Malaysiakini

Kenyataan Mahfuz ini membayangkan kemungkinan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak diberikan maklumat yang lengkap sehingga beliau minggu lalu menyokong "bersemuka" dengan pemimpin Umno - walaupun beberapa hari sebelum itu menggesa "muzakarah" PAS-Umno dihentikan.


PAS bulan lalu menafikan wujudnya rundingan PAS-Umno kerana mereka yang terlibat dalam pertemuan sulit itu tidak memaklumkan kepada jawatankuasa pusat parti itu, kata ketua penerangannya Mahfuz Omar.

"Ia (penafian) adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS," katanya dalam satu surat terbuka memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti itu.

"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno."

Hasil maklumat yang tidak lengkap itu, PAS mengarahkan Mahfuz mengeluarkan kenyataan menafikan pertemuan dua parti itu pada 10 Jun.

Dalam kenyataan awalnya itu, Mahfuz "menafikan sekeras-kerasnya parti itu pernah mengadakan rundingan sulit dengan Umno" dan menyifatkan laporan laman web dan mesej SMS tentang pertemuan itu sebagai "fitnah".

Beliau berkata penyebaran berita seumpama itu sebagai "mainan politik politik dan perang saraf jahat" pihak media dan BN dalam usaha mereka untuk "pecah dan perintah Pakatan Rakyat".

Mahfuz juga berkata penyebaran itu bertujuan "menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan, rakyat dan pengundi terhadap PAS."

Dalam kenyataan panjang lapan perenggan hari ini, Mahfuz memohon maaf selepas dianggap "membohongi" ahli dan penyokong PAS sehingga menerima kritikan banyak pihak.

"Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

"Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas 'pembohongan' ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau menambah: "Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

"Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat."

Kenyataannya bulan lepas "bukanlah atas sifat peribadi" tetapi dibuat "atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan beliau berbuat demikian."

Pendedahan Mahfuz ini bertentangan dengan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang menyebut rundingan itu telah dimaklumkan kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama PAS.

"Berikutan itu majlis syura ulama PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam," kata Abdul Hadi, mengakui pendedahan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 20 Julai lepas.

Abdullah membongkar pertemuan peringkat tertinggi melibatkan beliau sendiri dan Nasharuddin sebanyak tiga kali dalam rundingan dua parti itu, antaranya untuk perkongsian kuasa sejurus selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Kenyataan Mahfuz ini membayangkan kemungkinan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak diberikan maklumat yang lengkap sehingga beliau minggu lalu menyokong "bersemuka" dengan pemimpin Umno - walaupun beberapa hari sebelum itu menggesa "muzakarah" PAS-Umno dihentikan.

---------------------

Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:

Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh presiden Umno baru-baru ini.

Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS.

Lebih memeranjatkan lagi apabila "muzakarah" tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN.

Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama empat hari berturut-turut selepas pilihanraya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti.

Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu.

Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara perdana menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas "pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor universiti tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".

Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia.

Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada.

Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku.

Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ber-zakar-lah: Ketuanan Melayu v Ketuanan Rakyat

Oleh: Hishamudin Rais

Apakah penafian awal dari juru dongeng itu satu pembohongan? Pasti ada nas dan sanad yang bolih mereka cari untuk menunjukkan ada bohong kecil, bohong besar, bohong wajib, bohong sunat dan bohong politik. Dalam kes ini, mengikut nas saya bohong ini adalah bohong yang bohong, tidak besar dan tidak kecil. Bohong adalah bohong.


Hari ini telah terbukti semakin ramai rakyat menolak konsep Ketuanan Melayu tetapi tunggul-tunggulnya masih ada. Pelik tetapi benar tunggul-tunggul baru Ketuanan Melayu telah muncul kebelakangan ini. Kali ini bukan datang dari batang tubuh gerombolan United Malays National Organisation - tetapi dari gerombolan kecil – satu kumpulan yang selalu bertempik-tempik mengajukan dasar agama yang tidak memandang kaum, bangsa dan ras. Sewajibnya agama tidak betuankan Melayu tetap bertuankan Tuhan. Inilah yang menjadi pelik tetapi benar.

Gerombolan kecil yang selalu bertempik-tempik di atas dasar agama ini telah berkhutubah ke hulu ke hilir mengatakan agama yang mereka anuti adalah sejagat. Tup tup – apabila dicakar kulitnya maka keluarlah agama barunya yang bernama Ketuanan Melayu. Maka keluarlah retorik ajaran agama ini – untuk perpaduan bangsa dan khutubah-khutubah untuk menjaga keMelayuan dari terhakis. Inilah menjadi lebih pelik dan hampir tidak dipercayai kerana yang yang mejadi juru dongengnya ialah seorang yang amat keras pegangan agamanya.Sehinggakan sanggup pasa satu ketika dahulu ‘mengkafirunkan’ sesiapa sahaja yang tidak berpayung di bawah ketiaknya. Pelik tetapi benar.

Pelik ini bertambah pelik kerana pada awalnya juru dongeng gerombolan kecil ini telah menafikan yang mereka sedang berbincang untuk membuat satu ‘geng baru’ dengan gerombolan United Malays National Organisation. Manafikan sahaja tidak cukup. Juru dongeng gerombolan kecil ini ingin menyaman sesiapa yang cuba ‘menuduh’ mereka sedang bersubahat dengan gerombolan United Malays National Organisation. Hebat. Memang hebat. Malah juru dongeng ini menanggap semua cerita-cerita berzakar ini adalah ‘al-fitnah wal fitnah’.

Wah wah bukan main hebat kenyataan juru dongeng ini. Tup tup bila kain lunginya terbarai kelihatan seluar dalamnya koyak lagi masam lagi haprak. Ternyata apa yang dianggap ‘fitnah’ itu ialah benar – tidak lain dan tidak bukan ialah benar semata-mata. Ke mana hendak disurukkan seluar dalam yang koyak itu? Hanya mereka sahajalah yang dapat mencari sanad dan nas nya. Ini kerana dalam hal mencari-cari sanad dan nas ini mereka memiliki ketrampilan.

Apakah penafian awal dari juru dongeng itu satu pembohongan? Pasti ada nas dan sanad yang bolih mereka cari untuk menunjukkan ada bohong kecil, bohong besar, bohong wajib, bohong sunat dan bohong politik. Dalam kes ini, mengikut nas saya bohong ini adalah bohong yang bohong, tidak besar dan tidak kecil. Bohong adalah bohong.

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Pandai cakap bohong
Bolih jadi menteri.


Kalau bukan bohong kenapa pada awalnya ada keinginan untuk menyaman tetapi tidak jadi? Pelik tetapi benar.

Terbukti tunggul-tunggul Ketuanan Mekayu ini masih bersepah-sepah lagi. Mereka datang dalam pelbagai bentuk. Penjaja utama yang menelurkan konsep Ketuanan Melayu ini ialah gerombolan United Malays National Organisation. Gerombolan ini telah lebih 50 tahun menjadi tuan. Hasil darinya, mereka hidup bersenang lenang merampok hasil negara untuk kroni dan suku sakat. Jadi kita tidak hairan jika mereka terus ingin menjadi tunggul – pergi tersepak pulang terlanggar – untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Yang menjadi pelik tetapi benar ini ialah munculnya tunggul-tunggul baru yang hendak menumpang semangkuk ? Ini menjadi pelik.

Di samping ini ada juga macha-macha dan kumpulan-kumpulan kecil yang turut sama menyokong apa yang mereka tafsirkan sebagai – mu – zakar - rah. Macha-macha dan kumpulan ini mengangkat-angkat tangan dan kaki menyokong muzakar ini. Sebenarnya mereka ini telah mendapat serpihan ekonomi dari gerombolan United Malays National Organisation. Atau mereka diwujudkan sebagai anak syarikat gerombolan United Malays National Organisation. Ada juga diantara kumpulan-kumpulan kecil ini yang memakai jubah kumpulan belia hijau yang berjenamakan agama. Kumpulan dan macha-macha kumpulan belia hijau ini tidak seharusnya menghairankan kita semua. Ini perjuangan macha untuk cari makan.

Untuk kita semua memahami apa yang telah di muzakarkan dan apa yang telah di zakarahkan kita wajib memahami politik hari ini. Gerombolan United Malays National Organisation sedang nazak. Dari luar rakyat telah menolak mereka. Dari dalaman mereka sedang beramuk sesama sendiri untuk merebut ghanimah – harta rompakan perang. Inilah yang menjadi latar timbulnya muzakar dan zakarrah.

Gerombolan kecil yang muncul menjadi tunggul baru Ketuanan Melayu ini sebenarnya bukan orang jahat walau pun mereka membuat kerja-kerja jahat. Ada diantara mereka orang baik. Ada yang memiliki latar belakang agama yang baik. Tetapi baik sahaja tidak mencukupi dalam politik hari ini. Mereka ini gagal memahami apa makna politik. Mereka juga tidak memahami ekonomi sebagai asas politik. Mereka tidak memahami dinamika ekonomi kapitalis yang tidak memiliki agama dan tidak memiliki bangsa.

Ekonomi kapitalis bertuhankan keuntungan maksima. Cita-cita ekonomi kapitalis ialah untuk membolot semua punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ialah bahan mentah, tanah dan tenaga buruh. Tidak wujud ketuanan Melayu atau ketuanan Cina atau ketuanan Melanau dalam sistem ekonomi kapitalis. Justeru, Pepsi Cola yang dijual di negara Arab itu adalah sama sahaja dengan yang dijual di Amerika walau pun dalam ejaan Jawi. Tujuan nya sama - untuk mencari untung.

Jika masih ada lagi tunggul-tunggul yang menjadi pengikut mazhab Ketuanan Melayu ini maka sahih yang mereka tidak memahami struktur sistem ekonomi kapitalis yang wujud dalam negara kita ini.

Ketuanan Melayu ini adalah satu konsep bayangan, satu ajenda politik yang digunakan olih gerombolan United Malays National Organisation untuk mencari sokongan orang Melayu. Jika ada Tuan maka pasti akan ada Hamba Abdi. Ketuanan Melayu ertinya akan ada yang menjadi hamba abdi kepada Melayu. Tidak mungkin orang Cina atau India, Kadazan atau sesiapa sahaja hendak menjadi hamba kepada Melayu. Malah orang Melayu sendiri pun tidak mahu menjadi hamba kepada sesiapa pun.

Justeru, lawan terhadap Ketuanan Melayu ialah Ketuanan Rakyat - politik, pemikiran, falsafah baru yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Ketuanan Rakyat ini bemakna kita warga di negara ini semua adalah sama tetapi tidak serupa. Kita sama sederajat walau pun kita tidak serupa agama, budaya, bahasa ibunda. Inilah falsafah yang diajukan melalui konsep Ketuanan Rakyat. Ketuanan Rakyat akan mementingkan rakyat dahulu bukan mementingkan keuntungan maksima. Rakyat itu iah kita semua – bukan orang Melayu sahaja.

Kenapakah bagitu susah hendak difahami konsep dan falsafah Ketuanan Rakyat ini? Apa masalah untuk memahaminya? Ketuanan Rakyat ini selari dengan konsep semua agama; kecuali jika ada agama yang mengakui agama mereka mengatasi yang lain, atau agama mereka sahaja yang betul. Justeru Ketuanan Rakyat mengkukuhkan nilai baik sangka antara sesama manusia. Kitab-kitab suci, ajaran-ajaran nabi dan ahli-ahli falsafah semuanya mengajukan kesaksamaan antara manusia dengan manusia tanpa mengira bangsa atau agama.

Untuk tunggul-tunggul baru yang cuba bangun dengan Ketuanan Melayu ini rasa saya mereka harus menilai kembali asas kefahaman politik mereka. Mereka wajib melihat arus politik 2008 dimana rakyat keseluruhan telah menolak konsep dan propaganda Ketuanan Melayu dari gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa pun bolih bebas untuk menjadi tunggul. Yang hendak bermuzakar ke arah mana pun biarkan mereka bermuzakar. Yang hendak mengelabah biarkan mengelabah. Politik baru Ketuanan Rakyat tetap akan akan muncul kerana ini hukum sejarah. Seperti kata datuk nenek moyang kita – pergi tersepak pulang terlanggar - seratus jong masuk anjing tetap bercawat ekor.

Muqabalah @ Muzakarah: Kenapa PAS Sahaja Yang Terlarang?

Oleh: Zukri Aksah

Tidakkah semua itu namanya muqabalah, tidakkah sebahagiannya melibatkan muzakarah? Walaupun ada dari insiden di atas yang terus kelam sampai sekarang, nampaknya sama ada Saudara Anwar, Wan Azizah mahupun Saifuddin Nasution tetap terus teguh dan kekal bersama Parti Keadilan Rakyat khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.


Lama dahulu sebelum Saudara Anwar bebas, Wan Azizah ada bertemu Pak Lah, Saifuddin Nasution juga ada bertemu Pak Lah, selain dari yang dinyatakan kepada umum bahawa pertemuan itu pada ketika itu adalah untuk memohon jasa baik Pak Lah bagi membenarkan Saudara Anwar ke luar negara berubat, buah-butir yang selebihnya tidak pernah diketahui penyokong terbanyak, dengar ceritanya Wan Azizah memanggil Pak Lah dengan panggilan ‘Uncle.’ Saudara Anwar juga selepas bebas ada berjumpa Pak Lah ketika rumah terbuka Hari Rayanya, selain kenyataan umum bahawa pertemuan itu semata-mata adalah untuk merakamkan ucapan terima kasih Saudara Anwar kepada Pak Lah kerana tidak mencampuri urusan penghakiman kesnya, yang lain-lainnya juga tidak pernah diketahui oleh penyokong terbanyak. Kita juga tidak pernah lupa bahawa Saudara Khairy Jamaluddin ada bertemu Saudara Anwar selepas bebasnya, selain alasan menguruskan passport, perbincangan lain antara mereka tidak pernah pula cuba dikorek oleh orang-ramai.

Tidakkah semua itu namanya muqabalah, tidakkah sebahagiannya melibatkan muzakarah? Walaupun ada dari insiden di atas yang terus kelam sampai sekarang, nampaknya sama ada Saudara Anwar, Wan Azizah mahupun Saifuddin Nasution tetap terus teguh dan kekal bersama Parti Keadilan Rakyat khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Tetapi mengapa ia harus menjadi dilema, mencetuskan polemik bilamana muqabalah atau muzakarah sebegini, iaitu pertemuan dengan Pak Lah selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, melibatkan pimpinan PAS? Meyakini seratus peratus tindakan Saudara Anwar, Wan Azizah dan Saifuddin Nasution tetapi mempersoalkan pula tindakan beberapa pimpinan PAS, samalah seperti kita mengatakan kita yakin akan kekuatan jiwa dan pendirian Saudara Anwar, Wan Azizah serta Saifuddin Nasution tetapi ragui kekuatan jiwa dan pendirian pimpinan PAS, kita letakkan jiwa pimpinan PAS di tahap lemah dan lembik, kita andaikan pendirian pimpinan PAS adalah rapuh dan mudah disogok. Betapa berdosanya kita jika ini tersebar menjadi fitnah, apatah lagi mereka ini adalah pimpinan jemaah Islam.

Ya, saya tahu wujud beberapa asas terhadap dilema dan polemik ini. Pertamanya adalah kerana kesilapan lampau yang dibimbangi terulang, kedua kerana ini berlaku pasca 8 Mac 2008, selepas runtuhnya kerajaan Umno dan BN di lima buah negeri, hilangnya kerusi-kerusi strategik Umno dan BN di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hilangnya dua pertiga majoriti BN di Parlimen, PAS dibimbangi akan dipujuk lagi oleh BN untuk memasuki BN bagi memperkuatkan kembali BN, selepas BN kembali kuat, PAS akan ditendang seperti sampah…

Soalnya kenapa itu yang tergambar di kepala kita bila pimpinan PAS berjumpa Pak Lah? Gambaran PAS akan masuk BN, PAS kena tipu dek Umno, PAS dipermainkan Umno dan sebagainya… Benar, pihak Umno seperti yang diakui Khir Toyo telah menawarkan apa yang dibimbangi itu, PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan menubuhkan kerajaan Negeri Selangor bersama Umno, tetapi itu politik Umno, biarlah dia dengan caranya, tiada apa-apa yang luak pun. Apakah kita ada terdengar PAS hadir dalam muqabalah atau muzakarah itu dengan membawa agenda yang sama? Menawarkan diri untuk membubarkan Pakatan Rakyat dan bercium mulut dengan Umno? Tidak ada bukan! Yang terbukti, sekolah agama rakyat di Kelantan akan mendapat bantuan kerajaan persekutuan, akhbar Harakah mendapat kembali permit dua kali seminggunya, tinggal lagi masalah tahanan ISA yang belum dapat diselesaikan. Jelas bahawa pimpinan PAS hari mempunyai kebijakan politik yang tinggi, sebab ada sesetengah tuntutan perjuangan yang boleh diselesaikan di meja rundingan, bukan di jalanraya atau dalam pilihanraya!

Sejarah perjuangan Islam yang panjang membuktikan bahawa muqabalah atau muzakarah dengan pihak lawan boleh diadakan selagi ia boleh memberi manfaat kepada Islam dan ummah sama ada secara tersirat atau tersurat, sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah sudah sering diceritakan orang, kaedah dakwah Assyeikh Syahid Al Imam Hassan Al-Banna juga penting untuk dijadikan rujukan dalam situasi sebegini, bagaimana beliau masuk ke kelab malam untuk berdakwah, sehingga akhirnya kelab malam itu bertukar menjadi sebuah surau! Kalau berjumpa pemilik kelab malampun boleh membuahkan hasil dalam dakwah, maka bukanlah sesuatu yang terlarang untuk PAS berjumpa dengan pimpinan Umno.

Kepada sahabat-sahabat ahli PAS sekalian, kita sudah berbai’ah dengan PAS, maka eloklah kita menuruti rukun bai’ah sepertimana yang juga diperturunkan oleh Assyeikh Syahid Al Imam Hassan Al-Banna lewat Risalah Ta’limnya, iaitu Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban (Tadhiyah), Taat, Thabat, Tajarrud, Bersaudara (Ukhuwwah) dan Thiqah.

Oh ya, ada pesanan untuk Saudara Karpal Singh, seeloknya saudara menekuni terlebih dahulu lapis ayat Bahasa Melayu sebelum mengkritik apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, nanti kalau ada orang kata saudara tak faham bahasa saudara marah.

28 Julai 2008

Akhirnya LPF lepas Susuk

Oleh WAHIDA ASRANI (MStar)

Filem arahan Amir Muhammad dan Naeim Ghalili ini selesai menjalani penggambaran sekitar pertengahan tahun 2006 itu namun ramai yang tertanya-tanya nasib filem lakonan bintang-bintang hebat seperti Diana Rafar, Ida Nerina, Sofea Jane dan Aleeza Kassim ini apabila filem yang telah diuar-uarkan itu masih lagi belum ditayangkan.


SETELAH lebih dua tahun 'terperap', filem Susuk akhirnya bakal menemui penonton di pawagam-pawagam tempatan bermula 7 Ogos depan.

Filem arahan Amir Muhammad dan Naeim Ghalili ini selesai menjalani penggambaran sekitar pertengahan tahun 2006 itu namun ramai yang tertanya-tanya nasib filem lakonan bintang-bintang hebat seperti Diana Rafar, Ida Nerina, Sofea Jane dan Aleeza Kassim ini apabila filem yang telah diuar-uarkan itu masih lagi belum ditayangkan.

"Saya lega akhirnya Susuk akan ditayangkan juga awal bulan depan. Apapun, saya tidak rasa tempoh dua tahun itu satu jangkamasa yang agak lama. Filem itu memang sudah siap sepenuhnya sekitar awal tahun lalu, tetapi kelewatan tayangan filem ini berlaku kerana sebab-sebab tertentu.

"Kita ambil masa yang agak lama untuk menyiapkan teknik CGI ketika proses pasca produksi walaupun babak yang memerlukan teknik tersebut hanya sedikit. Kita menggunakan dua team untuk proses ini.

"Kita juga mengalami beberapa masalah ketika penggambaran dulu. Penggambaran sepatutnya dijalankan selama lima minggu saja, tetapi berlarutan hingga lapan minggu kerana faktor yang tidak dapat dielakkan.

"Antara masalahnya, kita mengalami kesukaran untuk dapatkan lokasi. Sebagai contoh, kami tidak dibenarkan meneruskan penggambaran di sebuah kawasan pangsapuri kerana penduduk di situ kurang senang kerana ada yang rasa 'terganggu'.

"Disebabkan itu kami terpaksa mencari lokasi yang lain dan perkara ini sudah tentu menyukarkan kami kerana bukan semua pelakon available pada tarikh penggambaran yang baru ditetapkan semula.

"Ditambah pula dengan hujan hampir setiap hari sekitar Februari 2006, oleh kerana itu kami terpaksa tangguhkan lagi penggambaran," ujar Amir yang ditemui di pejabat Grand Brilliance Sdn Bhd, baru-baru ini.

Namun, segala cabaran yang dialami sepanjang pembikinan filem itu akhirnya berbaloi apabila Susuk akhirnya berjaya juga disempurnakan dengan baik dan ketika ini sedang menantikan masa tayangannya.

Filem bergenre supernatural thriller ini mengisahkan tentang dua wanita, Suraya dan Suzana. Suraya, seorang jururawat mempunyai impian untuk bergelar seorang penyanyi. Dia diperkenalkan dengan amalan susuk sebagai satu cara agar impiannya itu berjaya direalisasikan.
Dalam pada itu, Suzana seorang penyanyi tersohor sememangnya sudah lama mengamalkan penggunaan susuk yang cukup berbahaya dan jika terlanggar pantang, kesannya cukup hebat kerana akan ada nyawa yang terkorban.

Mengulas lanjut tentang filem terbitan GBSB ini, kata Amir, dia berharap mesej yang cuba ingin diketengahkan menerusi filem ini akan 'sampai' kepada penonton-penonton yang menyaksikannya kelak.

Meskipun ada dua bahagian daripada filem ini telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), ia bagaimanapun tidak langsung menjejaskan keseluruhan jalan ceritanya.

"Untuk menghasilkan filem ini, kami banyak menemubual bomoh-bomoh. Setiap bomoh ini mempunyai persepsi yang berbeza tentang susuk. Kami rekakan jalan cerita Susuk ini tetapi masih berlandaskan dengan apa yang kita tahu tentang amalan ini

"Bagi saya, Susuk ini lebih kepada metafora...kalau kita ingin berjaya, kita perlu lakukan sesuatu. Tetapi apa yang dipaparkan ini adalah persepsi negatif kerana seseorang itu tidak perlu guna cara seperti ini untuk berjaya.

"Saya cuma harap penonton mampu terima filem ini dan secara peribadi, saya tidak mahu letak berapa sasaran untuk filem ini. Malah, saya percaya filem ini juga mempunyai kekuatan dari segi barisan pelakonnya. Mereka mempunyai 'aura' tersendiri," kata Amir.

Ditanya mengenai pembabitan dua pengarah sekaligus di dalam filem ini, jelas Amir, dia tidak merasakan gandingannya dan Naeim sepanjang pembikinan filem itu mengalami masalah.

"Saya melihat ini satu kerjasama yang baik. Kalau boleh, kami ingin jadi seperti filem seram Thailand, Shutter yang juga menggunakan dua pengarah.

"Apapun, sudah tentu setiap keputusan yang kami lakukan perlu ada perbincangan. Naeim cukup mahir di dalam aspek teknikal, manakala saya sebaliknya," tutur Amir.

Dalam pada itu, Susuk juga menerima perkhabaran gembira apabila filem ini juga akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam ke-38 yang akan berlangsung pada Januari 2009.

"Sudah tentu kita rasa cukup bangga kerana Festival Filem Antarabangsa Rotterdam adalah sebuah festival filem yang cukup besar. Banyak juga filem-filem Melayu yang pernah ditayangkan di sana sebelum ini.

"Malah, filem ini juga telah ditayangkan di Festival Filem di Itali pada bulan lalu," kata Amir lagi yang turut melahirkan perasaan gembira apabila Susuk juga menerima pencalonan pada Festival Filem Malaysia ke-21 yang akan berlangsung awal bulan Ogos ini.

Laporan perubatan: Saiful kelihatan "sedar", "selesa", "tidak pucat" dan beliau tidak diliwat

Oleh: Malaysiakini

Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.


Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

Ini satu lagi konspirasi

Oleh Raja Petra

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.



Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu, aku ada tulis yang ni.
Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.

Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan diduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas Dr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan kedua dihospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor disitu juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis dipondok polis yang terdapat dihospital.


Disebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini. Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng dihadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.Polis kemudiannya telah menahan Anwar didalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DAN Anwar pada tahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat palsu.

Dan siapakah dibelakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polis telah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih enggan memalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat saiful dan laporan doktor melaporkan dengan begitu jelas. dan polis juga mempunyai salinan laporan yang sama seperti yang disiarkan dibawah supaya mereka tahu apa yang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apa yang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun.

(Posting ini adalah terjemahan kepada artikel yang dibuat oleh Raja Petra..Doctor on the run: police want him to fabricate evidence against Anwar, terjemahan secara bebas oleh Mat Saman Kati )





Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya.


Sesiapa sahaja yang menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa kerana qazaf?

Akibatnya, ramai tersilap faham lalu terbayang 'zalim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan yang dituduh.

Padahal isunya adalah sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut membincangkan hal yang sama dengan professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad 'Uqlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.

Kesimpulannya, begini :-

1- Seseorang yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li'an. Inilah cara yang dipersetujui oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas.

2- Jika tidak mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki.

3- Jika masih tiada saksi maka si 'mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.

4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan 'qarain' atau bukti-bukti selain saksi seperti air
> mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan maruah mereka yang didakwa 'merogol atau meliwat' akan terkawal dan proses perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya.

5- Bukti diberikan dianalisa, kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan dihukum ta'zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam cara pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum sewajarnya smenurut hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie.

Jika pengadu tewas di mahkamah, hukuman qazaf juga tidak dilaksanakan kerana dakwaan tertutup dan syubhah dalam pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada siapa yang terzalim dalam hal ini.

6- Perlu difahami hujjah mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf mesti ditimbang sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan menuduh. Ada pihak seolah membelakangkan hak mereka yang DITUDUH lalu terlalu melebihkan hak yang jadi 'mangsa', kononnya perlu dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH juga perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya.

7- Justeru, Islam menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana itu sesiapa yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi atau jika tidak, WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan WAJIB pula menjaga dakwaan dari tersebar.

Itulah ulasan ringkas saya buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan perbincangan dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas, terutamanya dari seisapa sahaja yang berlatarbelakangkan agama.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
15 Julai 2008
Wales, United Kingdom

27 Julai 2008

Beng Hee, Nicol Juara Terbuka Malaysia CIMB

Oleh Bernama

Datuk Nicol Ann David dan jaguh lelaki utama negara Ong Beng Hee melakar satu lagi sejarah apabila merangkul kejuaraan berganda pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2008 di The Curve, Mutiara Damansara, di sini hari ini.



Datuk Nicol Ann David dan jaguh lelaki utama negara Ong Beng Hee melakar satu lagi sejarah apabila merangkul kejuaraan berganda pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2008 di The Curve, Mutiara Damansara, di sini hari ini.

Nicol berjaya merangkul gelaran keempat berturut-turut apabila dengan mudah meraih kemenangan ke atas pemain nombor dua dunia, Natalie Grinham dari Belanda 11-1, 11-4 dan 11-6 dalam masa 31 minit.

Kejayaan itu juga memperkukuhkan kedudukan Nicol sebagai pemain nombor satu dunia dengan mencapai kejayaan dalam lima kejohanan sepanjang tahun ini.

Kemenangan ke atas Natalie juga melebarkan rekod pertemuan Nicol ke atas lawannya itu kepaad 8-1 dan merupakan penguat semangat menjelang Kejohanan Masters Singapura mulai Selasa ini.

"Tumpuan saya pada perlawanan akhir dan semua berjalan lancar. Bagaimanapun, Natalie tidak menampilkan persembahan sebenarnya dan saya mengambil kesempatan," kata pemain berusia 24 tahun itu.

"Ia bukan perlawanan mudah kerana saya terpaksa kerja keras," kata Nicol yang membawa pulang hadiah US$8,550 (RM27,814).

Sebelum itu, Beng Hee meraih gelaran ketiga Terbuka Malaysia selepas 2000 dan 2005 apabila terpaksa kerja keras untuk menundukkan rakan senegara Mohd Azlan Iskandar 11-6, 8-11, 4-11, 12-10 dan 11-8 dalam masa sejam 36 minit.

Kejayaan itu adalah ketiga tahun ini bagi pemain nombor 11 dunia itu selepas Kejohanan Antarabangsa Kolkata Februari lepas dan Terbuka Kuala Lumpur Mac lepas.

"Saya bernasib baik untuk menjuarai kejohanan ini. Tiga set pertama amat getir dan saya hilang keyakinan untuk menang dan pada set keempat Azlan tidak bermain dengan baik dan saya ambil kesempatan," kata Beng Hee yang membawa pulang hadiah US$$7,600 (RM24,723).

Kedua-kedua pemain utama negara itu akan berlepas ke Mesir malam ini untuk menyertai Kejohanan Terbuka Mesir minggu depan.

25 Julai 2008

Malaysian Snow ditolak: Mansor Puteh buat laporan polis

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ (MStar)

Saya rasa hampa bila skrip saya ditolak oleh Finas, sebab mereka kata ia tidak bermutu. Saya buat rayuan dan akhirnya diluluskan dalam tahun 2005. Dan saya menandatangani perjanjian dengan guaman Siti Nor & Partners dengan membayar RM11,000 yuran guaman dengan beberapa ribu ringgit sebagai baki.


BARU-BARU ini, aktivis filem Mansor Puteh telah melahirkan kekecewaannya apabila pihak Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) menarik balik pinjamannya untuk menerbit filem Malaysian Snow.

Justeru, Mansor telah memfailkan laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.07 petang semalam berhubung kes pinjaman yang ditarik balik itu.

Kata Mansor, dia membuat aduan tersebut kerana saluran lain khususnya dalam bentuk seminar, forum dan penulisan dalam akhbar tidak mendatangkan kesan dan tidak diendahkan oleh pihak-pihak terbabit.

"Jadi, tidak ada gunanya untuk membuat rayuan kepada bank, Finas dan kementerian sebab mereka juga terlibat dengan salahguna kuasa dan jenayah ini.

"Oleh itu, saya harap pihak polis akan dapat selidik aduan saya yang juga bertujuan untuk mengemaskan perusahaan filem tempatan agar ia dapat dimajukan dengan sempurna dan membabitkan ramai orang khususnya mereka yang berkelulusan dalam bidang perfileman," ujarnya.

Dia tidak menyangka permohonan yang dibuat sejak tahun 2004 itu akhirnya menemui jawapan yang mengecewakan selang dua tahun kemudian.

Ditanya mengapa baru sekarang dia terfikir untuk mengambil tindakan, jawab Mansor, "Saya tak nak melenting dan ingin selesaikan masalah ini secara senyap."

Namun, jika aduan yang dibuat tidak mendapat respon, apakah tindakan yang akan diambil seterusnya?

"Saya akan mengemukakan saman sivil!," beritahu Mansor ringkas.

Ketika di balai, Mansor sempat menunjukkan transkrip tentang perjanjian yang dibuat sebelum ini sebagai bukti.

Di dalam perjanjian tersebut, pihak bank tidak dapat menerima tesis skripnya kerana ia sudah terkeluar daripada skop perjanjian.

Namun, di dalam surat yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) Datuk Seri Dr. Rais Yatim, beliau menerima tesis skrip tersebut dan bersetuju untuk memberikan biasiswa di bawah skim pembiayaan filem cereka.

Berikut adalah butiran laporan yang dibuat oleh Mansor di balai polis semalam:

Aduan polis terhadap Bank SME, Finas dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

Oleh Mansor bin Puteh

1. Orang Melayu dan Malaysia pertama mendapat pendidikan di peringkat Master of Fine Arts in Film Directing di Universiti Columbia, New York.

Saya ingin membuat aduan terhadap SME Bank yang juga membabitkan Finas dan KPKKW (Kementerian) bersangkut dengan permohonan syarikat saya, Uniti Films Sdn Bhd untuk mendapatkan pinjaman untuk menerbit sebuah filem berjudul, ‘Malaysian Snow’.

Filem ini adalah sumbangan saya untuk memperkenalkan sebuah filem yang lain dari yang lain untuk memajukan perusahaan filem tempatan. Ia adalah berdasarkan kelayakan formal saya mendapat pendidikan di peringkat Master of Fine Arts in Film Directing atau Sarjana Seni Halus dalam Pengarahan Filem dari sebuah universiti terkemuka di Amerika iaitu, Columbia University di Bandaraya New York.

Dan saya rasa bangga sebab pihak universiti telah membenarkan saya mendaftarkan filem ini sebagai tesis ijazah sarjana saya, walaupun saya telah mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkannya.

2. Mencipta sejarah dan rekod paling unik dalam pendidikan di Amerika.

Kemungkinan besar saya akan mencipta sebuah rekod dan sejarah yang paling unik dalam bidang pendidikan di Amerika sebab akan menghantar sebuah filem Melayu dan Malaysia sebagai tesis ke sebuah universiti di sana dan dalam masa yang begitu lama iaitu 30 tahun sejak saya mula belajar di universiti itu dalam tahun 1978 dulu.

Biasanya sesebuah universiti di Amerika atau di mana-manapun enggan terima tesis yang dihantar begitu lama, tetapi untuk saya, pihak universiti masih sanggup terimanya. Dan saya anggap ini sebagai satu penghargaan bukan sahaja untuk saya tetapi untuk perushaan filem dan negara kita, sebab mereka yakin dengan kebolehan saya dan percaya akan dapat menonton sebuah filem lain dari yang lain.

Saya juga rasa yakin akan dapat menghasilkan sebuah filem yang lain dari yang lain, dan mengharumkan nama negara di Amerika di mana saya harap ia akan dapat pengedaran dan mungkin pengiktirafan dan akan dijemput ke banyak pesta filem.

Saya kuatir kalau saya gagal untuk menghantar filem ini kepada pihak universiti, kemungkinan besar mereka tidak akan menerimannya lagi, dan ini adalah satu kerugian besar kepada saya yang tidak dapat tamatkan pengajian untuk ijazah saya dan kemungkinan filem saya mendapat pengiktirafan dan pengedaran di Amerika dan ditayang di banyak pesta filem antarabangsa.

3. Skrip ditolak oleh Finas dan KeKKWa. Kemudian permohonan dilulus dan ditandatangani.

Saya rasa hampa bila skrip saya ditolak oleh Finas, sebab mereka kata ia tidak bermutu. Saya buat rayuan dan akhirnya diluluskan dalam tahun 2005. Dan saya menandatangani perjanjian dengan guaman Siti Nor & Partners dengan membayar RM11,000 yuran guaman dengan beberapa ribu ringgit sebagai baki.

4. KeKKWa beri biasiswa.

Saya rasa gembira dapat pengiktirafan dari KPKKW atau Kekkwa yang meluluskan sebuah biasiswa untuk saya daftarkan filem saya di universiti. Ini adalah pertama kali saya mendapat sebarang biasiswa dari kerajaan.

Permohonan saya untuk mendapat biasiswa dari Mara untuk melanjutkan pelajaran di Amerika dulu telah ditolak, walaupun saya merupakan orang Melayu dan Malaysia pertama diterima melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di Amerika dan dunia. Saya cuma diberi pinjaman dari Mara setahun kemudian.

5. Pinjaman ditarik balik oleh Bank SME dan penipuan terang-terang oleh mereka serta disokong oleh Finas dan kementerian.

Bagaimanapun, dengan tiba-tiba pihak bank menarik balik tawaran itu. Dan mereka kata bahawa saya telah gagal untuk menerima tawaran pinjaman dalam masa 90 hari, dan mereka juga tidak benarkan saya guna wang pinjaman untuk membuat filem sebagai tesis filem, walhal perkara ini telah dinyatakan oleh saya dalam pengumuman yang saya telah buat dalam akhbar dan surat permohonan.

Penipuan ini dilakukan kepada Bank Negara bila saya buat aduan sama dengan mereka, dan diberitau alasan yang sama.

Saya kemudian diberitau oleh pegawai bank bahawa saya telah juga gagal membayar satu senpun kepada guaman mereka. Ini adalah tidak benar.

Saya telah membuat rayuan kepada Finas, Kementerian dan bank tetapi mereka tidak dapat menyelesaikan masalah ini sehingga saya terpaksa ambil tindakan ini sebab ia ada elemen penyelewengan, salahguna kuasa dan melanggar undang-undang yang mungkin disebabkan oleh mereka yang terlibat itu tidak mempunyai kepakaran dan pengelaman dalam bidang ini dan tugas yang mereka jalankan.

Saya telah juga menulis kepada menteri baru Datuk Shafie Afdal, KSU barunya Dr Murzahet Musruri untuk mencari jalan penyelesaian, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan sehingga kini.

6. Cara bank menipu penerima pinjaman.

Saya diberitahu oleh dua penerbit filem yang telah mendapat pinjaman dari bank bahawa walaupun mereka telah buat perjanjian dengan bank, tetapi pemberian wang tidak dikeluar sehingga filem siap dibuat.

Penerbit berkenaan terpaksa guna wang sendiri atau berpinjam dari orang lain untuk menerbit filem mereka. Dan setelah siap, bank minta mereka hantar invois dan resit untuk menunjukkan yang mereka sudah keluarkan wang, sebelum bank beri wang pinjaman asal.

Ini bermakna seseorang penerbit itu terpaksa cari wang sendiri untuk menerbit filem mereka walaupun mereka telah mendapat pinjaman dari bank. Tidakkah ini satu penipuan?

7. Finas suruh buat permohonan baru.

Dan Finas telah menulis surat bertarikh 14 November 2006, menyuruh saya membuat permohonan baru untuk mereka timbangkan sekali lagi sebuah pinjaman baru.

Saya rasa ini amat tidak kena, memandangkan saya akan juga mahu terbit filem ini sebagai tesis ijazah saya memandangkan saya telah mendapat biasiswa dari Kementerian. Dan permohonan saya tidak mungkin akan diluluskan oleh mereka khususnya dari pihak bank yang mendudukki dalam jawatankuasa Kementerian.

8. Jins Shamsuddin, senator di Dewan Negara dan juga pengerusi Finas.

Saya tidak dapat membuat rayuan kepada Tan Sri Jins Shamsuddin segai senator di Dewan Negara sebab beliau adalah pengerusi Finas. Dan saya telah juga mempersoalkan kedudukannya sebagai senator dan pengerusi Finas dan anggapnya sebagai satu usaha Kementerian untuk tidak disoal dalam Dewan Negara.

Adakah kedudukannya sebagai pengerusi Finas tidak menyalah mana-mana peraturan? Menteri Kekkwa, Datuk Rais Yatim beritau perlantikan Tan Sri Jins adalah haknya sebagai menteri. Tidakkah wujud satu penyelewengan di sini?

Oleh itu saya buat aduan ini untuk meminta pihak polis menyiasat dakwaan saya, untuk memastikan bahawa bank telah menipu saya dengan memberi alasan untuk menolak pinjaman itu yang saya anggap adalah satu penipuan.

Adakah bank mempunyai kuasa untuk menarik balik tawaran tanpa mendapat sebarang persetujuan dari Finas dan KPKKW?

Dan alasan-alasan yang sama telah juga beri kepada Bank Negara bila saya ajukan aduan terhadap bank kepada mereka.

9. Isu undang-undang dan moral.

Saya mahu timbulkan isu undang-undang dan moral berkaitan dengan tindakan yang dibuat oleh bank, Finas dan Kementerian sebab segala tindakan dan rancangan yang dibuat oleh mereka selama 28 tahun itu tidak mendatangkan faedah sebenar jangka panjang.

Adakah pegawai bank, Finas dan Kementerian pakar dalam bidang perfileman dan tahu mentadbir dana RM50 juta yang telah diberi oleh Kerajaan Pusat?

Setahu saya tidak seorang dari pegawai di tiga agensi ini mempunyai ijazah tinggi dalam bidang perfileman. Dan saya telah juga sarankan agar pihak bank, khususnya, menghantar pegawai berkenaan mereka ambil kursus pendek yang sering dianjur oleh Finas.

Mungkin ini juga yang telah membuat mereka rasa marah dengan saya sebab tidak lama kemudian pinjaman saya ditarik.

Semua mereka yang ada pendidikan dalam bidang perfileman tidak diberi tempat sewarjanya oleh Finas dan Kementerian untuk memberi pandangan bernas untuk memajukan perusahanaan filem.

Saya sendiri tidak pernah dijemput menyertai acara rasmi Finas dan Kementerian atau dipelawa menyertai rombongan ke luar negeri untuk membuat pengajian tentang perusahaan filem di sana atau untuk bercakap dalam mana-mana forum dan seminar antarabangsa.

Namun demikian, saya masih dapat pelawaan untuk berbuat demikian secara langsung dan pernah membentang kertas kerja berjudul, ‘Muslim cinema as an antithesis to Hollywood’ (Sinema Islam sebagai pencabar Hollywood) di Persidangan Pertama Pengarah Muslim Antarabangsa yang diadakan di Tehran, Iran dalam bulan Februari, 1994 dulu.

10. Finas dan kementerian menipu rakyat dan kerajaan?

Saya berani berkata di sini bahawa Finas dan Kementerian khususnya telah gagal untuk memajukan perusahaan filem. Mereka akan terus mengabui mata kerajaan khususnya kabinet dan rakyat-jelata dengan mengadakan rancangan-rancangan yang memerlukan peruntukan yang tinggi untuk membina studio dan sebagainya tanpa mengadakan kajian menyeluruh dan tersusun. Ia tidak sama dengan agensi kerajaan lain yang ada pakar tertentu dalam bidangnya.

Dan Finas akan terus mengenepikan mereka yang pakar dalam bidang ini yang ada kelulusan bidang perfileman dari luar negara sambil terus mahu katakan yang mereka mahu banyakan tenaga pakar dengan adanya Akademi Kesenian dan Warisan atau Aswara sedangkan tenaga pakar yang sedia ada diketepikan.

Sepatutnya setelah 28 tahun Finas diwujudkan, kita sudah boleh mempunyai satu perusahan yang giat dan dapat menghasilkan puluhan filem penting dan bermakna setahun dan memberi peluang kepada semua mereka yang berkelayakan, khususnya mereka yang telah belajar di luar negara.

Finas asyik dengan diri sendiri dan adakan acara keramaian untuk meraikan ulangtahun mereka dengan membelanjakan ratusan ribu ringgit walhal ia adalah sebuah agensi kerajaan yang kecil. Saya diberitahu bahawa Kementerian telah mengarahkan Finas untuk tidak melakukannya mulai tahun ini setelah saya telah menyuarakan pendapat ini dalam media.

Finas tidak mungkin boleh memajukan filem sebab ia mempunyai sikap anti-intelektual. Dan pegawai mereka tidak dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran supaya semua ketua jabatan mempunyai ijazah sarjana dalam bidang perfileman. Sekarang Finas terpaksa mempelawa orang luar untuk menjadi ketua pengarah barunya oleh sebab mereka tidak yakin dengan pegawai yang telah lama bekerja dengan mereka. Sepatutnya ketua pengarah Finas mesti mempunyai kelayakan di peringkat kedoktoran bidang filem, supaya mudah dia berganding dengan mereka yang berkelayakan dan tahu apa yang mereka perlukan tanpa mengenepikan kehadiran mereka.

Baru-baru ini Finas menjemput seorang wanita dari London untuk memberi kursus satu minggu dengan perbelanjaan yang tinggi untuk 17 peserta.

Semasa Finas baru ditubuhkan ia telah dijadikan seperti agensi pelancongan untuk pegawainya makan angin di luar negara menyertai pesta filem dan sebagainya tanpa mendatangkan sebarang faedah. Dan menteri dan isteri dan pegawai kanan kementerian dan Finas juga menyertai pesta filem Asia-Pasific walaupun negara lain tidak hantar menteri dan pegawai kanan kementerian mereka.

Seorang pegawai kanan Finas telah diarah letak jawatan setelah didapati terlibat dengan rasuah atas aduan saya dari maklumat yang diberi oleh orang awam.

11. Selidik dakwaan pengarah filem yang menyata pegawai bank ajak makan dan syarikatnya kena bayar.

Seorang pengarah filem beritau saya dihadapan ramai orang rakan lain bahawa pegawai Bank SME ajak mereka makan dan syarikatnya kena bayar. Pegawai itu kata pembayaran pinjaman untuk syarikatnya itu akan dikeluarkan dengan cepat.

12. Perusahaan filem boleh merapatkan bangsa Melayu dan antara kaum di Malaysia, tetapi Finas dan kementerian telah gagal melakukannya.

Sepatutnya perusahaan filem kita kini sudah rancak dan kegiatan membuat filem ini boleh menjadi elemen utama untuk merapatkan Bangsa Melayu dan diantara kaum lain di negara.

Tetapi ini tidak berlaku oleh sebab pegawai Finas dan Kementerian tidak pakar dalam bidang ini untuk tahu memajukan perusahaan filem dan gunanya untuk tujuan seperti ini selain dari meningatkan tahab kesenian filem tempatan.

Profil negara juga boleh dipertingkatkan supaya Malaysia lebih dikenali di peringkat antarabangsa, dan filem tempatan boleh jadi bahan tarikan kepada pelancong ke negara, kalau Finas dan Kementerian pakar supaya perusahaan ini boleh memberi sumbangan kepada negara dan bukan terus mengambil dana darinya sahaja.

13. Mencipta rekod paling unik seluruh dunia dengan menerbit 60 buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris serentak.

Kegagalan saya untuk menerbit filem ini telah juga tidak membolehkan saya melaksanakan hasrat saya untuk menarik perhatian seluruh dunia kepada usaha saya untuk mencipta sebuah rekod paling unik seluruh dunia, iaitu untuk menerbit 60 buah buku yang saya sudah tulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, untuk mengharumkan nama negara dan Bangsa Melayu.

Sebab rekod seperti ini tidak pernah dilakukan oleh sesiapa dan tidak mungkin dapat
dipecahkan bila ia telah dicatat kelak.

Rekod seperti ini sudah pasti akan dapat menarik perhatian media seluruh dunia.

14. Penutup.

Aduan ini juga dibuat oleh sebab saluran lain khususnya dalam bentuk seminar, forum dan penulisan dalam akhbar tidak mendatangkan kesan.

Tidak ada gunanya untuk membuat rayuan kepada bank, Finas dan Kementerian sebab mereka juga terlibat dengan salahguna kuasa dan jenayah ini.

Oleh itu saya harap pihak polis akan dapat selidik aduan saya yang juga bertujuan untuk mengemaskan perusahaan filem tempatan agar ia dapat dimajukan dengan sempurna dan membabitkan ramai orang khususnya mereka yang berkelulusan dalam bidang perfileman.