04 Julai 2008

Bala tarik balik SD

Oleh Malaysiakini

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.


Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila menarik balik akuan berkanunnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunya hubungan seksual dengan Altantuya. Najib juga didakwa memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda.

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lulmpu pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.

Semalam, Balasubramaniam membuat pendedahan yang menggemparkan bahawa beliau telah mendengar dari Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.

Tetapi hari ini beliau berkata, beliau mahu menarik balik akuan berkanunnya pertama, yang difailnya pada 1 Julai, dan menggantikannya dengan yang baru, yang diumumkannya hari ini.

"Saya mahu menarik balik akuan berkanun yang pertama," katanya sambil menambah, beliau dipaksa membuat akuan berkanun tersebut.

Balasubramaniam telah diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya pada 2006 yang mengganggu Abdul Razak, yang juga rapat dengan Najib.

1 ulasan:

CUCU TOK KEDU berkata...

Bila disebut "Penyiasat Persendirian' maka ertinya Penyiasat Upahan jugalah. Manusia jenis makan upah ini, dia akan kira berapa banyak yang masukkk! Bukan kira berapa tinggi maruah nilai kepribadiannya selaku rakyat Malaysia ini.

Dia buat kerja mahu upah! Bila tidak ada upah dari DSAI, maka ada pula orang nak tawarkan agaknya sedikit upah! Okeylah!! Nak harapkan Razak Baginda, dia nak upahkan apa? Kenalah cari Tokey Razak Baginda agaknya?

Ada tiga perkara manusia boleh berpaling dengan mudah dan cepat.

1) Pujuk.
2) Imbuhan.
3) Paksa / Ugut.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU