08 Julai 2008

INI baru dugaan kecil daripada ALLAH





PAS bukan satu pertubuhan menjatuhkan hukum Allah ikut sedap sendiri. Tetapi MANUSIA YANG JAHIL yang menolak HUKUM ISLAM itu sendiri membuatkan diri mereka kurang selesa.



Tu isu lapok yg makan dizaman, itu isu UMNO zaman tok kadok memainkan isu syurga atau neraka.

Kenapa di persalahkan kepada AHLI PAS? Dari dahulu lagi perjuagan PAS adalah menegakkan Islam .Kadang-kadang kata-kata boleh membuatkan kita terpesongnya akidah. Sedangkan semasa lawatan Ke Kelantan utk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz ada menyatakan perbanyakan menyebut Islam kerana itulah perjuagan kita.

Bayangkanlah kalu kita selalu memikirkan Allah, adakah hati kita tak karuan. Kata-kata "Manusia suci lagi dijanjikan syurga ini telah menentang penyertaan band-band 'underground' ni ke pentas PROTES sejak awal lagi melainkan mereka yang menyanyi diiring petikan gitar kapok saja dibenarkan. Bagi mereka, band 'underground' ni samalah dengan neraka (begitu senang mereka menghukum)."

Sebagai contoh seorang beragama Islam cakap mengenai Islam tapi pakai seluar pendek menampakan aurat lelaki. Begitulah dengan PAS. Mereka bukan anti sosial tapi aturcara yg dijalankan tidak bersesuaian dengan pengisian yang cuba di luahkan. PAS seringkali menwar-warkan keindahan Islam kepada semua umat manusia tapi perkara yang tidak disangka-sangka dan ujian daripada Allah ini ditunding hanya sebelah pihak sahaja.

Adakah yang membuat onar itu adalah daripada kalangan daripada Ahli PAS. "Suasana menjadi kecoh apabila ada ah seorang ahli PAS yang memakai seluar pendek (?) mula memukul Alak diikuti dengan hujan botol mineral dan batu."

Adakah Ahli PAS ini di kalangan MIKE TYSON. Setiap kenyataan kita pada hari ini mestilah kata-kata yang bersisi. Kata-kata yang sahih. Kenapa mesti ditunding kepada Ahli PAS. Adakah mamat yang pukul Alak itu MENGANTUNG SIJIL KEAHLIAN PAS DITENGKUKNYA ATAU DI PONGGONGNYA.

Jangan diungkap perkataan syurga atau neraka jika kita sendiri tidak tahu hujung pangkal. JANGAN KITA BERBICARA MENGENAI HUKUM ALLAH KALAU ILMU DI DADA MASIH KOSONG.

PAS bukan satu pertubuhan menjatuhkan hukum Allah ikut sedap sendiri. Tetapi MANUSIA YANG JAHIL yang menolak HUKUM ISLAM itu sendiri membuatkan diri mereka kurang selesa.

KEPADA SEMUA AHLI PAKATAN RAKYAT MARILAH KITA BERSAMA SAMA BERISTIQAMAH MERENONG KEMBALI SEDALAM DALAMNYA KE DALAM JIWA KITA. RENONGKAN KEMBALI APAKAH KESILAPAN YANG TELAH KITA LAKUKAN.JANGANLAH KITA BERCAKARAN SESAMA KITA KERANA KELAK AKAN MERUGIKAN KITA DAN MENGUNTUNGKAN ORANG LAIN.

INI ADALAH DUGAAN KECIL YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH UTK MENDUGA KITA SEJAUH MANA KEKUATAN ATAU KEAKRABAN SESAMA KITA. INI ADALAH DUGAAN ALLAH SUPAYA MENYURUH KITA BERPIKIR SEBELUM MEMBUAT SESUATU PERKARA AGAR TIDAK MENYINGGUNG PERASAAN PIHAK YANG LAIN.

INI ADALAH DUGAAN AGAR KITA LEBIH BERHATI HATI DALAM MELAKUKAN SESUATU YANG MANA BOLEH MENJATUHKAN KITA. Aku tak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. INI ADALAH KETENTUAN DARIPADA ALLAH. TIADA PERANCANGAN YANG LEBIH SEMPURNA DARIPADA PERANCANGAN ALLAH.

Kewarasan kita berfikir.kewarasan kita dalam melakukan tugasan, kewarasan kita sebagai khalifah dimuka bumi ALLAH ini membezakan kita dengan manusia yang menindas manusia atau erti kata lain berwatakan iblis.

JADI DALAM HAL YANG DEMIKIAN KITA BERSAMA SAMA HARUS PERCAYA ANTARA SATU SAMA LAIN DAN TIDAK PERLU MEMBUAT TUDUHAN YANG MANA BOLEH MENGAKIBATKAN HATI YANG LAIN TERLUKA.

DALAM PAKATAN JUGA ADA AHLI BERSIFAT UMNO.MAKA HAPUSKANLAH ANASIR-ANASIR YANG TIDAK SIHAT BAGI MEMASTIKAN PERJUAGAN KITA TERCAPAI.WALLAHUALAM..

TAKBIR ALLHUAKHBAR



1 ulasan:

Jim. Heris berkata...

Assalammualaikum wbt. Saya mintak maaf bebanyak sebab saya dah menyinggung ahli PAS.

Saya akan lebih berhati-hati dalam berkata. Saya betul-betul minta maaf, chor.

Saya tak patut letak ahli PAS kepada mamat seluar pendek tu. Saya nak sampaikan di situ ialah mamat tu SB. Saya minta maaf.

Tapi, saya betul-betul tak setuju dengan Pemuda PAS yang bukan saja dengan penganjur konsert (saya salah seorang) dia anti tapi dengan Dr. Hatta pun dia anti sebab dia meninggalkan perhimpunan.

Ada dua sessi konsert petang itu. Pada mulanya kumpulan 'Lawan Tetap Lawan' yang bawa muzik punk rock juga. Tapi, waktu itu mana ahli PAS yang tak suka, keluar minum teh je. Lain pula dengan Pemuda PAS yang terus meninggalkan perhimpunan. Bagi saya, kalau protes ini gagal, Pemuda PAS boleh dipersalahkan.

Saya marah betul dengan diorang ni (Pemuda PAS). Diorang patut faham lah bukan Melayu/Islam je yang ada di Protes tu. Bukan Islam pun ramai... Orang penat dan letih berdiri di tengah padang, apa salahnya berhibur sikit. Tapi saya juga kutuk tindakan Alak tu.

Pemuda PAS kalau nak berdakwah, tak boleh terus menolak/membenci golongan yang jahil ni. Bagi saya fahaman Islam ialah bertolak-ansur, bukan fanatik. Samalah dengan budak-budak band tu. Insiden tu jadi sebab fanatik lah tu. Pemuda PAS, apabila disuruh cari kumpulan nasyid, kenapa tak bawa langsung? Penganjur dah batalkan penyertaan band ni dan diisi dengan persembahan nasyid. Tetapi Pemuda PAS tak bawak kumpulan nasyid ni, penganjur terpaksa telefon band-band ni last minit.

Sekali lagi saya minta maaf ye chor. Saya betul-betul tak setuju dengan fanatik Pemuda PAS tu malah segala macam fanatik yang lain. Bukan ahli PAS seluruhnya. Saya harap, otai-otai PAS ajarlah mereka bertolak ansur.

Nasib ada chor menegur saya... Saya harap chor fahamlah apa yang saya rasa pasal Pemuda PAS. Saya sebagai jahil, memang terus menolak Pemuda PAS kalau itu kelakuan mereka. Saya terima ini sebagai pengajaran. terima kasih dan saya betul-betul minta maaf.