30 Jun 2008

Liwat atau lewat?

Oleh: Ahli PAS Seumur Hidup

Bukan konspirasi yg perlu diperbincangkan tapi masalah mental rohani ahli ahli UMNO yg makin parah. Adakah menjatuhkan maruah dan mengaibkan sesama manusia adalah baik. Maka RAKYAT PERLU BUKA MATA TERHADAP KEPIMPINAN UMNO.



Dalam hal sedemikian jadikan ianya satu hikmah dalam perjuangan. Terdetik hati aku dah muak dengan konspirasi hubungan terlarang ni. Dari mata kasar,

ketandusan idea daripada UMNO khususnya

membuatkan rata-rata rakyat semakin membenci kepada BN.

Apakan daya, ulasan Khairy Jamaluddin menuduh Anwar Ibrahim mereka-reka cerita atau konspirasi ini direka sendiri oleh DSAI bagi menagih kepercayaan rakyat. Aku terfikir sejenak banyak cerita yg memungkinkan rakyat mengundi PAKATAN RAKYAT daripada buat cerita meliwat.

Pepatah ada menyatakan sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa. Kalau nak frust, frust lagi KJ. Kalau ditakdirkan oleh Allah DSAI jd Perdana Menteri Malaysia selepas Mahathir maka pasangan Nurul Izzah pasti KJ. Nauzubillah.. ini kerana perancangan KJ sedikit tersasar kerana yg jd PM bukan DSAI tapi Pak Lah Bedul makan beralih cinta kepada org lain.

Bukan kisah cinta yg cuba aku ulaskan bagaimana perancangan UMNO dan BN ini sebenarnya dirancang bg mengagalkan PAKATAN RAKYAT menerajui negara Malaysia tercinta. Sedar atau tidak, mengapa mesti sekarang cerita ini di war-warkan sedangkan PAKATAN RAKYAT sudah menerajui 5 negeri selama lebih kurang 100 hari lebih.

Mungkin muka Saiful Bukhari ni jambu tapi bagi aku mungkin itu selera najib berbanding muka bini Najib yg macam rimau. Bukan nak mengutuk, setelah kenyataan-kenyataan fakta (atau lebih tepat akuan bersumpah Raja Petra) bagai mengesahkan ROSMAH TERLIBAT DENGAN PEMBUNUHAN ATANTUYA. Maka satu cerita yg sensasi mesti direka bagi membolehkan rakyat terleka dengan cerita pembunuhan sebenar.

Bukan konspirasi yg perlu diperbincangkan tapi masalah mental rohani ahli ahli UMNO yg makin parah. Adakah menjatuhkan maruah dan mengaibkan sesama manusia adalah baik. Maka RAKYAT PERLU BUKA MATA TERHADAP KEPIMPINAN UMNO.

Sebagai PERDANA MENTERI, PAK LAH BERSUMPAH BELIAU MEGAKU TIDAK TERLIBAT. AKU PERCAYA YANG MEMAINKAN PERANAN ADALAH NAJIB PCB (persatuan carik barik).

Adakah kita harus membiarkan masalah mental UMNO menganggu KETENTERAMAN ROHANI RAKYAT MALAYSIA.

Apa perasaan mereka apabila dituduh meliwat sedangkan dia tidak pernah melakukan. Tapi kali ini jubor Saiful Bukhari mungkin dikorek sedalam dalamnya bagi jalan cerita yg direka menjadi lebih real dan sedap dibicarakan. Tidak seperti cerita yg lepas-lepas yg memakan diri sendiri. Pengkhianatan dari dahulu lagi memang wujud.dari zaman Para Nabi lagi.

Tapi apakah punca penghianatan sesama manusia? Pernah tak kita terfikir adakah kita ni jujur pada di sendiri. Dengan Allah pun kita khianat (tak puasa .tak solat dan sbg). Inikan dengan manusia. Kerosakan minda mental manusia disebabkan manusia mementingkan duniawi daripada bekalan akhirat.

Maka dalam dunia ini bila manusia memikirkan tentang duniawi daripada Allah maka segala keputusa yg dibuat adalah nasihat daripada syitan. Pernah dalam satu ceramah agama, lebih baik kita melakukan dosa dengan Allah daripada melakukan dosa sesama manusia kerana Allah memiliki sifat maha penyanyang maha pengampun.

Maka apabila kita melakukan satu dosa sesama manusia maka minta lah ampun kepada manusia tersebut Jika dia tidak ada kemaafan daripada manusia tersebut maka terawang awanglah segala amalan kita di akhirat nanti.

Adakah manusia takut dengan balasan daripada Allah? Manusia pada hari ini terlalu banyak mengikut telujuk syitan. Manusia kebayakan tewas dengan ajakan syitan. Manusia sekarang kebanyakan bertuankan syitan. Manusia sekarang tidak mempedulikan dosa dan pahala, makruf dan mungkar.

Kembalilah wahai manusia yg beragama Islam, kembalilah ke landasan Allah. Janganlah disebabkan mengejar kuasa kita lupa bahawa kita ini makhluk yang menumpang sementara di muka bumi ini.

Kebanyakan kemungkaran berlaku pada hari ini dilakukan oleh mereka yg mempunyai latar belakang agama yg kuat contoh Pak Lah Badawi, Musa Hassan, bekas imam masjid negara Firdaus, Masitah, maka meraka ini adalah dajal-dajal kecil yg kini berada di Malaysia. Segala penindasan yg dibuat oleh mereka ini akan ditimbang akan dibicara oleh Allah di padang masha kelak.

Akhirnya Sepanyol jadi juara Euro 2008

Jerman kalah segalanya dari Sepanyol dalam pertandingan Isnin dini hari waktu Malaysia, tetapi pada awal babak ke dua sempat mendesak Sepanyol tanpa menghasilkan peluang bermakna.


Sepanyol akhirnya dinobatkan juara Eropah untuk pertama kali sejak tahun 1964, ketika menumpaskan Jerman 1-0 dalam pertandingan di Vienna.

Sepanyol menguasai permainan dan jauh lebih banyak mendapat peluang tetapi hanya berjaya menjaringkan cuma satu gol oleh penyerang tengah Fernando Torres pada minit ke 33.

Torres yang diapit dua pemain pertahanan Jerman, berjaya meloloskan diri dari kawalan bek kiri Philip Lahm dan mengangkat bola di luar jangkauan kiper Jens Lehmann yang berusaha menghadang.

Beberapa minit sebelumnya, sundulan kepala Torres menghantam dasar tiang gawang sebelah kanan Jens Lehmann.

Jerman kalah segalanya dari Sepanyol dalam pertandingan Isnin dini hari waktu Malaysia, tetapi pada awal babak ke dua sempat mendesak Sepanyol tanpa menghasilkan peluang bermakna.

Sukses ini juga merupakan hadiah cemerlang bagi pelatih Luis Aragones, 69 tahun, yang pada awal pusingan kelayakan mendapat desakan kuat untuk mundur.

Ini merupakan gelar juara Eropah ke dua bagi Sepanyol, pada tahun 1984 mereka kalah 0-2 dari Prancis yang ketika itu dipimpin kapten Michel Platini, yang sekarang menjadi Presiden UEFA.

Walau kalah, Jerman sudah 13 kali menjadi finalis Kejuaraan Eropah atau Piala Dunia, dengan rekord enam kali menang, tujuh kali kalah.-- BBCIndonesia

29 Jun 2008

Gambar-gambar Saiful Bukhari








Azizah: Ada gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib

Oleh: Wan Nordin Wan Yaacob (Harakahdaily)

"[...]beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail[...]"

SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin.

Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar.

Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Sumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu.

Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Laporan lanjut menyusul./wann

Anwar: Laporan polis rekaan semata

Oleh: Malaysiakini

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

Tegakkan keadilan

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.

Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Kenyataan Akhbar DSAI

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

Amiruddin Shari: Belum lagi

Oleh: Sam Ahmad

Amiruddin Shari, Adun kawasan Batu Caves mengesahkan berita kebarangkalian DSAI di tangkap oleh pihak pois dan beliau setakat pukul 11:45 malam tadi hanya menjawab ringkas, apabila ditanya sama ada betul atau tidak Datuk Seri Anwar akan ditangkap hari ini.

Amiruddin Shari, Adun kawasan Batu Caves mengesahkan berita kebarangkalian DSAI di tangkap oleh pihak pois dan beliau setakat pukul 11:45 malam tadi hanya menjawab ringkas, apabila ditanya sama ada betul atau tidak Datuk Seri Anwar akan ditangkap hari ini.

Amir yang dihubungi dengan telefon melalui sistem pesanan ringkasnya berkata ringkas, "belum lagi" (Anwar ditangkap hari ini).

Sebelum ini DSAI melalui sebuah laporan polis dikatakan meliwat pembantu peribadinya Saiful Bahari 23 tahun. Laporan polis dibuat oleh Saiful Bahari sendiri yang dikatakan oleh SMS dari keAdilan dipaksa oleh pihak polis supaya mengaku diliwat DSAI.

Beberapa orang yang dihubungi untuk bertanyakan tentang berita ini terkejut dan rata-rata mengharapkan tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Liwat: Mahathir gagal dengan plan ini

Oleh: Amin Iskandar

Pertembungan diantara Anwar-Najib untuk menjadi Perdana Menteri semakin hebat. Daripada maklumat yang diperolehi, pembantu kepada Anwar Ibrahim, Saiful Bahari telah ditangkap oleh polis dan dipaksa untuk membuat laporan polis terhadap Anwar diatas tuduhan liwat.

Pertembungan diantara Anwar-Najib untuk menjadi Perdana Menteri semakin hebat. Daripada maklumat yang diperolehi, pembantu kepada Anwar Ibrahim, Saiful Bahari telah ditangkap oleh polis dan dipaksa untuk membuat laporan polis terhadap Anwar diatas tuduhan liwat.

Krisis telah bermula. Najib yang semakin tersepit diatas pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin terpaksa menggunakan taktik kotor sebegini untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim.

Akan tetapi, tuduhan ini bukannya mudah. Dr. Mahathir pernah mencuba taktik ini satu ketika dahulu. Namun tidak berjaya. Rakyat bangkit melawan kezaliman.

Jangan cepat terpengaruh dengan taktik kotor dan jahat polis yang menjadi anjing kepada Barisan Nasional. Rakyat harus fokus. 6 Jun 2008 tarikh penentuan. Sejuta Rakyat akan membanjiri Padang Timur bagi meNURUNkan harga minyak sekaligus meNURUNkan Barisan Nasional yang angkuh!!!

Hidup Rakyat!!!

28 Jun 2008

Anwar didakwa meliwat, lagi

Oleh: Sam Ahmad

berita terkiniPolis telah menahan pembantu khas DSAI, Saiful Bahari petang ini dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat. Polis dijangka menahan DSAI hari ini. Sebarkan. - SMS Keadilan.


Berita berkaitan

dari Malaysiakini

Police report against Anwar for alleged sodomy
Jun 28, 08 11:03pm

A police report has been lodged against PKR de facto leader Anwar Ibrahim for allegedly sodomosing one of his aides.

The report was lodged by the 23-year-old victim at the Jalan Travers police station this evening at 6pm.

KL police chief DCP Muhammad Sabtu Osman has confirmed the report had been made.

It is learnt that Anwar met a number of party leaders at an emergency meeting late tonight.

PKR has sent out an SMS message saying that the police had detained Anwar's special aide Saiful Bahari this afternoon and forced him to lodge a police reoort about being sodomised by his boss.

It added that the police are expected to arrest Anwar soon.

Meanwhile, Anwar is expected to comment on this crisis at a pre-arranged press conference tomorrow.

The press conference is scheduled to be held after Anwar's meeting with all PKR's members of parliament and state assemblypersons.

Accused of sodomy in 1997


Anwar, a former deputy prime minister and finance minister of Malaysia, was sacked from the government in 1997 for allegedly abusing his power or for being involved in sodomy.

In 1999, he was sentenced in a highly controversial trial to six years in prison for corruption, and in 2000, to another nine years for alleged homosexual acts.

However, in 2004, the country's highest court, the Federal Court reversed the second conviction and he was released.

Anwar has always maintained that the charges were a government hatched political conspiracy against him, a move denied by the government.

Rusli Ibrahim: Saya dilantik pegang jawatan dalam KDEB tanpa Anwar dan Khalid tahu

Oleh: Malaysiakini

"Namun setelah desas-desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saya juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar, saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan...."


Rusli Ibrahim - adik kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - menjelaskan bahawa pelantikannya sebagai penasihat khas kepada presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) adalah tanpa pengetahuan Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kemasukan saya demi mempertingkatkan keuntungan syarikat dan memastikan KDEB akan terus menyumbang seiring dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Pimpinan Parti Keadilan Rakyat.," katanya dalam satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan kedudukannya.

Rusli juga menjelaskan bahawa kenyataan yang menyatakan beliau adalah penasihat KDEB ialah fitnah dan tidak berasas.

"Namun setelah desas-desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saya juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar, saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 25 Jun 2008, 3 petang kepada Presiden KDEB," katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh Rusli:

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebuah entiti perniagaan yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai sebuah entiti perniagaan KDEB bertanggungjawab penuh kepada pemegang saham dan menguruskan urusan perniagaan sebaik mungkin demi tanggungjawab terhadap pemegang saham.

Kewujudan jawatan sebagai penasihat kepada Presiden mana-mana syarikat bukan satu yang asing dan begitu jugalah kepada Presiden KDEB.

Sejak September 2004, sebaik sahaja selepas dilantik menerajui KDEB, cabaran Dato’ Karim Munisar selaku presiden KDEB cukup besar. Sasaran Presiden baru pada ketika itu ialah menaikkan daya saing dan produktiviti KDEB dan entiti dibawahnya yang sememang dalam keadaan tidak memberansangkan pada ketika itu.

Akaun syarikat dan pelaburan syarikat perlu disusun untuk itu telah dilantik penasihat kewangan kepada Presiden KDEB untuk menyusun semula perancangan strategik berkaitan kewangan.

Selain itu demi mendepani perbagai masalah berkaitan undang – undang maka penasihat undang undang korporat kepada Presiden KDEB juga telah dilantik. Ternyata tindakan dan pemilihan penasihat yang betul telah membantu Presiden KDEB memacu syarikat sehingga KDEB dan entiti di bawahnya khususnya.

Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah berjaya menjadi entiti perniagaan yang berdaya saing dan disegani semula.

Dunia perniagaan perlu bergerak seiring dan berubah segera sebagai respon terhadap persekitaran untuk mengekalkan daya saing. Seiring dengan perubahan dan meneliti impak PRU 12 maka beberapa perubahan perlu dilakukan.

Seperti KDEB perlu memainkan peranan besar dalam membantu memenuhi tanggungjawab terhadap pemegang saham utama iaitu kerajaan negeri yang telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor.

Maka sudah tentu Presiden KDEB memerlukan satu penasihat khas untuk meneliti ke arah merialisasikan perkara ini.

Pada April 2008 saya telah dinamakan sebagai Penasihat Khas kepada Presiden KDEB. Maka kenyataan yang menyatakan saya sebagai Penasihat KDEB ialah fitnah dan tidak berasas.

Saya merupakan kakitangan KDEB yang bertanggungjawab terus kepada Presiden KDEB. Saya tidak punya kuasa eksekutif dan bukan ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat dibawah KDEB.

Selain saya seorang penasihat ekonomi juga telah dinamakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada KDEB.

Bidang tugasan saya ialah untuk mengukuhkan dan membina hubungan dan jaringan kerja baik antara pemegang saham, pengursan sumber, pelabur juga sektor korporat dan awam.

Saya juga diberi amanah untuk memerhatikan dan menasihati Presiden KDEB perubahan strategik khususnya untuk Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad.

Dengan pengalaman dan hubungan baik saya dengan perbagai pihak di dalam dan luar negara khususnya Timur Tengah saya juga diamanahkan untuk menasihatkan Presiden KDEB mengenai peluang pelaburan baru dan mempertingkatkan keuntungan pelaburan sedia ada.

Lantikan saya dalam KDEB ini adalah tanpa pengetahuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Kemasukan saya demi mempertingkatkan keuntungan syarikat dan memastikan KDEB akan terus menyumbang seiring dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Pimpinan Parti Keadilan Rakyat.

Namun setelah desas desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saya juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 25 Jun 2008, 3 petang kepada Presiden KDEB.

27 Jun 2008

Surat Jemputan


MASKARA KEMBALI SETELAH KAMI BEREHAT SELAMA SEBULAN.

JANGAN LUPA...

5 JULAI 2008,
8.30 MLM,
RUMAH PENA,
KL

Jerman jumpa Sepanyol di final

Pemain Arsenal Cesc Fabregas merupakan tonggak kemenangan ini selepas beliau dimasukkan menggantikan David Villa yang cedera. David Villa mungkin tidak dapat diturunkan bagi menentang Jerman pada final nanti.


Sepanyol menunjukkan persembahan mantap dengan menewaskan Russia 3-0 dan memastikan tempat ke final Euro 2008 menentang Jerman pada hujung minggu nanti.

Pemain Arsenal Cesc Fabregas merupakan tonggak kemenangan ini selepas beliau dimasukkan menggantikan David Villa yang cedera. David Villa mungkin tidak dapat diturunkan bagi menentang Jerman pada final nanti.

Ketiga-tiga gol Sepanyol disumbangkan pada babak kedua oleh Xavi Hernandez pada minit ke-50, Daniel Guiza pada minit ke-73 dan David Silva pada minit ke-82.

Russia tidak sekali-kali mengancam gawang Sepanyol seperti terlihat dalam pertandingan melawan Belanda dan Andrei Arshavin tidak menunjukkan mutu persembahannya yang baik. Foto dan artikel sumber BBCIndonesia

26 Jun 2008

Surat Jemputan

Women and Islam

Kelab Seni Filem presents 3 short films about women and Islam.

Presented by Amir Muhammad
Monday 30 June, 8pm
FREE ADMISSION
Venue: HELP University College, Pusat Bandar Damansara, KL



‘Malaises’ / Uncomfortable

Eléonore Merlin & Anna Salzberg, France, 28 mins, 2007

Aisyah and Oubaïdah, are two Malay women who are seemingly very different from each other, except for their common identity as women as as Muslim. Aisyah is a young emancipated person who enjoys the hectic lifestyle of Kuala Lumpur, the capital city of Malaysia. Oubaidah, has single handedly raised seven children. She is a delegate of PAS and lives in Kelantan (*then) the only state of Malaysia steered by this political formation.

Both women provide their insights on work, sexuality and their relationships with men. We see in their answers, contradictions that echo and reflect off each other, often raising the burning questions of the challenges, battles for identity and place in a Muslim society in the midst of transition.

An Afternoon with The Hijjabed

Malaysia, Nadia Hamzah and Wan Muhammad Tamlikha, 8 mins/2005

A mockumentary revolving around five different Malaysian women who differ vastly in character, but share one common trait: all of them don the 'tudung' Moslem veil. As they sit over tea one fine afternoon, they ponder on consequences of wearing the veil.

Initially classmates for a production class in Multimedia University, Cyberjaya Malaysia, Wan Muhammad Tamlikha and Nadiah Hamzah started collaborating on creative independent projects since 2004. From music videos they slowly progressed into making films. 'An Afternoon with The Hijjabed' is their second combined effort under on.par pictures, their unofficial filmmaking collective.

Directors' statement: The mockumentary basically exaggerates each of the characters' personalities, bringing them up to manic levels in order to convey certain messages across. It tries to be blatant and blunt about the truth concerning Hijjabed Moslem women, but at the end of it, the audience is left to make their own interpretations.

The Noble Struggle of Amina Wadud

Elli Safari, The Netherlands/ USA, 29 mins, 2007

On March 18, 2005, Amina Wadud shocked the Islamic world by leading a mixed-gender Friday prayer congregation in New York. THE NOBLE STRUGGLE OF AMINA WADUD is a fascinating and powerful portrait of this African-American Muslim woman who soon found herself the subject of much debate and Muslim juristic discourse. In defying 1400 years of Islamic tradition, her action caused global awareness of the struggle for women’s rights within Islam but also brought violence and death threats against her.

Filmmaker Safari follows this women’s rights activist and scholar around the world as she quietly but with utter conviction explains her analysis of Islam in the classroom, at conferences, in her home, and in the hair dresser’s shop. Wadud explains how Islam, with its promise of justice, appeals to the African American community. And she links the struggle for racial justice with the need for gender equality in Islam. Deeply engaging, this film offers rare insights into the powerful connections between Islam, women’s rights, and racial justice.

SURAT TERBUKA BUAT YB. DATUK DR. HASSAN ALI.

Malah dalam isu air ini juga dilaporkan ada pertemuan YB Datuk Dr. adakan dengan Tan Sri Rozali Ismail atau pihaknya tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Benarkah?


Shahrul Haziq Abd Rahman
Shah Alam, Selangor
eMail : airmataselangor[AT]gmail[DOT]com

25 Jun 2008

Kepada

YB Datuk Dr. Hassan Ali
PENGERUSI J/KUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM,
ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT
KERAJAAN NEGERI SELANGOR,
TINGKAT 2, BANGUNAN SSAAS,
40503 SHAH ALAM
eMail : HASANALI[AT]SELANGOR[DOT]GOV[DOT]MY

YB Datuk Dr ;

Salam buat YB Datuk Dr. diharap dalam lindungan Allah di pelihara semangat juang yang tinggi.

Sejak kebekangan ini ada banyak desas desus yang kedengaran berkaitan nama YB Datuk Dr Hassan Ali yang agak kurang enak didengari. Cerita ini mungkin timbul ekoran ketidaksenangan teman – teman BN terhadap sokongan rakyat terhadap kejayaan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan jayanya dan kegusaran mereka jika Kerajaan Pakatan Rakyat benar – benar berjaya dibentuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan yang PAKATAN yang lain.

Persoalan ini seolah terawang awang dikalangan penyokong PAKATAN dan rakyat Selangor dan ia amat bahaya jika dibiarkan dan mungkin menjadikanya fitnah yang tidak baik pada sosok YB Datuk Dr. dan masa depan PAKATAN juga. Mungkin YB Datuk Dr. tidak punya ruang dan alasan untuk menjawab khabar angin. Saya rasa kehadiran surat terbuka ini memberikan YB Datuk Dr. ruang untuk menjawab antara khabar angin yang bertiup itu.

Soalan pertama benarkah selepas keputusan 8 Mac 2008 diumumkan YB Datuk Dr. Hassan Ali bersungguh – sungguh untuk menempatkan diri sebagai MB Selangor? Kesungguhan ini sehinggakan YB Datuk Dr. turut mengadakan pertemuan dengan pemuka Umno untuk membincangkan jawatan MB juga beberapa kali naik turun Istana dalam cubaan mempengaruhi DYMM Sultan Selangor?

Ramai yang mengatakan YB Datuk Dr. Hassan Ali terlibat untuk menghantar maklumat beberapa perkara yang YB Datuk Dr. tidak puas hati kepada Ezam Md Nor. Jika tidak secara langsung ia dihantar secara tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. Malah selepas berita ini muncul dan beberapa pimpinan bertanya kepada YB Datuk Dr. dan oleh kerana rasa tertekan sekali lagi secara lansung atau tidak langsung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. memaklumkan kepada Ezam betapa YB Datuk Dr. tertekan dan kononya ini boleh dijadikan bukti bahawa PAKATAN berpecah kerana kononya tidak percaya kepada YB Datuk Dr. Benarkah?

Ada yang mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak bersama dengan dengan Kerajaan Selangor dalam cubaan menyelesaikan isu air. YB Datuk Dr. sering mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak mengetahui apa-apa tentang air Selangor dan diketepikan dalam hal menyelesaikan pemberian air percuma. Malah YB Datuk Dr. turut memaklumkan kepada beberapa pimpinan PAS bahawa betapa kerajaan negeri mengenepikan dan tidak menghormati PAS dalam banyak keputusan. Namun mengikut maklumat yang diperolehi, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat Kerajaan Negeri yang memainkan peranan penting menyelamatkan maruah PAKATAN dalam isu air telah sekurang kurangnya dua kali mengadakan pembentangan mengenai isu air ini kepada exco Kerajaan Negeri Selangor, malah berdasarkan maklumat kami ada perkara yang YB Datuk Dr. bangkitkan jelas kelihatan memihak kepada Puncak Niaga (Tan Sri Rozali Ismail).

Malah dalam isu air ini juga dilaporkan ada pertemuan YB Datuk Dr. adakan dengan Tan Sri Rozali Ismail atau pihaknya tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Benarkah?

Tidakkah YB Datuk Dr. tahu betapa Tan Sri Rozali ini ialah agen kapitalis BN, yang mengaut keuntungan dari dasar pengswastaan yang menzalimi rakyat. Dia merupakan kawan rapat malah ada yang mengakatan dia ialah proksi Senator Muhammad Muhd Taib. Dia juga ialah penipu besar yang telah memperdayakan peneroka Sungai Buaya yang sehingga kini kes tanah penduduk Sungai Buaya terbiar tanpa penyelesaian?

Harap YB Datuk Dr. dapat menjelaskan beberapa perkara yang dinyatakan di atas. Saya amat mengharapkan bahawa khabar – khabar angin ini merupakan khabar palsu dan tidak punya asas. Namun saya menulis surat ini memohon penjelasan apabila setelah saya sendiri siasat terdapat sedikit keraguan untuk menafikan kesemuanya terus.

Kemungkinan penafian sumpah atas nama Allah dan kenyataan YB Datuk Dr. bahawa YB Datuk Dr. juga berikrar untuk terus bersama dengan aspirasi PAKATAN dalam merialisasikan kerajaan PAKATAN yang benar mampu berkhidmat untuk rakyat Selangor dan mungkin PAKATAN peringkat pusat jika perancangan pengambil alihan diizinNya.

Akhirnya janganlah YB Datuk mengaanggap saya menyerang peribadi tetapi ini ialah cetusan kegusaran saya yang setiap hari dihentam persoalan dari kawan – kawan yang selama ini saya kempen habis habisan. Selepas ini saya juga ingin meminta penjelasan daripada YB Teresa Kok kerana timbul desas desus bahawa beliau ada ‘mendesak’ sebuah syarikat kenalanya untuk mendapat hak membekalkan meter air kepada rakyat Selangor jika siasatan lanjut saya mendapati ada keraguan untuk menafikan sepenuhnya khabar angin itu.

Sekian dan salam perjuangan.

Presiden PAS: Itu semua fitnah!

Oleh: Intan Abdullah Foto Wan Zahari Wan Salleh (Harakahdaily.net)

"Ia adalah suatu perkara yang menjadi kebiasaan antara pemimpin-pemimpin parti tanpa suatu agenda tertentu yang membabitkan keputusan dasar parti,"



KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Presiden PAS hari ini membidas kenyataan yang dimainkan sesetengah pihak berhubung isu kerjasama PAS dan Umno dengan penegasan bahawa ianya merupakan fitnah semata-mata.

Dalam satu sidang media di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa beliau berkata, akibat tindakan pihak media tersebut menyebabkan "PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakantimbul kecurigaan dan kebimbangan umum khususnya ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat.

"PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi," ujarnya.

Jelasnya dengan tegas bahawa tiada sebarang rundingan kerjasama dibuat parti itu dengan Umno-BN.

Malah, beliau turut menafikan desas-desus sesetengah pihak yang mendakwa berlaku pertemuan antara pihaknya dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di London baru-baru ini yang kononnya memberi peluang kepada perbincangan mengenai kerjasama kedua-dua parti itu berlaku.

"Ia merupakan suatu dakwaan yang tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan berunsur fitnah kerana tujuan saya ke sana adalah untuk menghadiri seminar mewakili parlimen Malaysia," katanya tegas.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang enggan mengadakan kerjasama dengan Umno-BN tetapi tidak menolak bertemu dengan mana-mana pemimpin parti itu, Nasharudin turut menyokong pandangan tersebut.

"Ia adalah suatu perkara yang menjadi kebiasaan antara pemimpin-pemimpin parti tanpa suatu agenda tertentu yang membabitkan keputusan dasar parti," jelasnya.

PAS juga ujarnya sedang meneliti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit yang telah mencetuskan kekecohan serta memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak menafikan ia mungkin suatu strategi untuk mewujudkan kontroversi pada Pakatan Rakyat terutamanya di kalangan penyokong bagi mengalih perhatian rakyat dengan kelemahan kerajaan yang sedia ada," katanya lagi.

Tambahnya, kemenangan yang diperolehi daripada Pilihan Raya Umum ke-12 adalah merupakan harapan seluruh rakyat untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.

Dalam kenyataan tersebut juga, Ustaz Hadi mengalu-alukan sokongan semua pihak bagi merealisasikan usaha Pakatan Rakyat menyelamatkan negara daripada terus dihimpit oleh kesempitan hidup akibat daripada polisi kepimpinan negara yang tempang dan tidak bertanggung jawab.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Bendahari, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Protes Sejuta Turun

>>> klik pada imej untuk besarkan <<<

Jalil Hariry, Black dan Editorial RK mengajak sdr:

Ayuh kita bersama-sama mendesak kerajaan BN supaya turunkan harga minyak!

Maka dengan itu, ayuh kita ke padang bersebelahan A&W PJ (depan Amcorp Mall) pada 6 Julai 2008 (Ahad) untuk menyertai perhimpunan aman serta konsert dan pidato selama 24 jam bermula jam 10 pagi.

Jangan komplen lagi pasal harga minyak. Sekarang masa untuk bertindak. Perang diwajibkan untuk kita pertahankan hak! Bak kata Karl Marx:

WORKERS ALL OF LANDS, UNITE!

p/s: pakai baju merah dan bawa lilin.


Jerman mara ke final Euro 2008

Pemain Turki Ugur Boral menyumbangkan gol pertama Turki pada minit ke 22, namun Bastian Schweinsteiger menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke 26.

Pasukan bolasepak Jerman mara ke final Euro 2008 hujung minggu ini Vienna, Austria, setelah berjaya menewaskan Turki dengan jaringan 3-2. da

Philipp Lahm menghancurkan harapan Turki dengan menjaringkan gol pada minit ke-90 dan masuk ke penjuru kiri atas gawang.

Gol Lahm adalah gol kedua yang dijaringkan dalam lima minit terakhir setelah sebelumnya Semih Senturk menjaringkan gol buat Turki pada minit ke-86.

Pemain Turki Ugur Boral menyumbangkan gol pertama Turki pada minit ke 22, namun Bastian Schweinsteiger menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke 26.

Di final, Jerman akan menghadapi pemenang perlawanan antara Sepanyol dan Rusia, yang dijangka akan berlangsung pagi ini (waktu Malaysia). BBCIndonesia.

25 Jun 2008

Mengubah Wadah, Memperkemas Fikrah, Berjuang Terus… Insyaallah

Oleh: Zukri Aksah

Ustaz Suhaimi membawa sekali borang keahlian PAS, saya telah mengisi dan membayar yurannya sekali, cuma tarikhnya belum diisi. Satu majlis penyerahan borang berserta ceramah umum akan dibuat.


Hari ini lebih kurang jam 2 petang baru saya berkesempatan masuk ke pejabat saya. Sebelah pagi selepas selesai meneman isteri membereskan urusannya, saya berhenti minum sebentar di kedai dan selepas itu terus memandu ke Jalan Beserah, ke Akademi Arrasyidin, tempat di mana saya berjanji untuk bertemu dengan Ustaz Haji Nasruddin Haji Hassan At Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Suhaimi Md Saat, Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.

Janjinya jam 11 pagi, saya sampai agak awal, kurang lebih 10.35 pagi, memikirkan tiada apa lagi yang nak dibuat, saya terus naik ke pejabat akademi, memberitahu staff di situ tentang perjumpaan tersebut dan mengambil peluang berehat serta menunggu di ruang tamu.

Hampir tepat jam 11 pagi, Ustaz Nasruddin muncul, sementara menunggu kehadiran Ustaz Suhaimi, Ustaz Nasruddin pun memula bicara. Secara ringkas Ustaz Nasruddin menerangkan situasi semasa dalam PAS, tidak sukar untuk saya hadhamkan cerita beliau kerana selama sembilan tahun di dalam PKR dulu saya memang sangat rapat dengan PAS, terutama dengan kepimpinan bahagian Indera Mahkota. Tiada masalah untuk saya memahami struktur demokrafik dalaman PAS.

Dalam rancak berbicara itu, Ustaz Suhaimi pun sampai, jadi makin rancaklah sesi kami. Sedikit sebanyak perbualan juga menyentuh soal semasa terutama berkait dengan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, juga cerita-cerita Ezam dan sudah tentulah Anwar Ibrahim. Sesuai dengan nama perjumpaan tertutup, maka sudah pastilah bukan semua perlu dibuka si sini bukan!:-)

Turut diperjelaskan oleh Ustaz Nasruddin adalah tentang asas dalam PAS iaitu fikrah, akidah dan siyasah. Yang kelakarnya kerana saya berbicara dengan dua orang ustaz, mereka ber”ana” dan “anta” sedangkan saya (oleh kerana lama menetap di Pahang) lebih selesa untuk ber”kawan” dan “awak” (tetapi dalam kes ini saya membahasakan mereka dengan panggilan “ustaz” bukan “awak”).

Sesetengah orang mungkin merasa kekok untuk berada dalam situasi sebegini, apalagi bila sesekali saya dipanggil Akhi Zukri. Tetapi saya selalu yakin bahawa bukan semua yang berada dalam kepimpinan Hamas, kepimpinan Revolusi Islam Iran dan organisasi yang seumpamanya adalah Ustaz atau Mu’alim, jadi saya juga mahu menjadi “yang bukan Ustaz, yang bukan Mu’alim” yang kelak boleh berdiri di deretan kepimpinan PAS, insyaallah! Yang penting bagi saya, jangan saya ketinggalan dalam melanggan saham perjuangan ini.

Awal lagi saya sudah memberitahu Ustaz Nasruddin yang saya sudah makan sebelum ke pejabat beliau (makan pagi nasi lemak berlauk ikan “aya” bersama isteri), tetapi sunnah meraikan tetamu tetap beliau laksanakan, tanpa saya sedar beliau telah memesan roti canai dan teh ais dari restoran di tingkat bawah. Maka makanlah saya sekali lagi sambil meneruskan perbualan.

Ustaz Suhaimi membawa sekali borang keahlian PAS, saya telah mengisi dan membayar yurannya sekali, cuma tarikhnya belum diisi. Rupanya Ustaz Nasruddin telah terlebih dahulu berbincang dengan Jawatankuasa Harian, Dewan Pemuda PAS Pahang berkait dengan soal ini. Satu majlis penyerahan borang berserta ceramah umum akan dibuat. Tarikh yang dicadang ialah di sekitar akhir Julai ini, iaitu sekembalinya Ustaz Nasruddin dari mengerjakan umrah. Salah seorang pemimpin PAS Pusat akan dijemput untuk turut hadir berceramah dan menerima borang tersebut bagi pihak parti. Saya sangat berbesar hati dan terharu dengan perancangan mereka ini untuk diri saya, siapalah saya, seorang manusia kecil yang belum cukup pengalaman menempuh mehnah perjuangan, moga Allah memberkati mereka dan membesarkan jiwa saya.

Sedar tak sedar, asyik sungguh berbalas idea dan melontar bicara, jam sudahpun melewati satu tengahari, saya terpaksa meminta permisi daripada mereka.

Dalam kereta memandu ke pejabat saya di tengah bandar Kuantan, saya tersenyum sendiri. Akhir Julai ini rasmilah saya menjadi ahli PAS, Allah telah menunjukkan jalan saya di sini selepas hampir setahun saya berada di luar parti politik, setelah banyak berbincang dan meminta pendapat daripada sahabat-sahabat sama ada yang masih berada di dalam PKR, aktivis-aktivis GERAK, sahabat-sahabat di dalam Umno, juga sudah tentu sahabat-sahabat saya di dalam PAS. Menunggu ke tarikh tersebut, saya mohon sungguh-sungguh agar diri saya diperteguhkan. Kepada sahabat-sahabat di dalam PAS, terimalah saya sebagai rakan, saudara dan keluarga anda.

Berjuang terus!!!

Surat Jemputan: Tayangan Percuma Keluarga 99 (1987)

KELUARGA 99 (1987)
Pengarah - AR Badul
Pelakon - Salleh Yaacob, Puteri Salbiah, Os, Din Glamour, Romzy

Tarikh: 28 Jun 2008 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
MASUK PERCUMA!!!!

Rundingan PAS-UMNO: Dakyah UMNO untuk hancurkan Islam dan Pakatan

Oleh: Ahli PAS Seumur Hidup

PAS pernah bergabung dengan UMNO tetapi sekadar menjadi parti menumpang dalam UMNO. PAS bukan mudah lupa. Alhamdulillah selama beberapa dekad ini sebelum adanya parti SEMANGAT 46 atau KEADILAN RAKYAT dengan kuasa ALLAH bertahan sehingga sekarang.


Pelbagai artikel menyalahkan PAS mengenai isu pergabungan. Antara sedar atau tidak, adakah pergabungan ini betul-betul wujud atau propaganda daripada BN bagi meleraikan ikatan PARTI RAKYAT yg mula mendapat kepercayaan rakyat.

Apabila UMNO tidak relevan dan menjadi parti dalam kedaan tenat makan muncul parti serpihan seperti SEMANGAT 46 dan PARTI KEADILAN. Kenapa soal pergabungan menjadi isu kepada PAS. Tidakkah parti UMNO atau KEADILAN RAKYAT sedar atas kewudan PAS melebhi jangka hayat parti UMNO.

Maka PAS menjadi parti penentu kepada kepada KEADILAN RAKYAT mahupun UMNO untuk terus memimpin menjadi kerajaan yg memerintah MALAYSIA. Tidak ada isu atau kata bahasa kasarnya, PAS tidak ada masa akan bergabung dengan UMNO pada masa kini.(wallahualam utk masa hadapan).

PAS pernah bergabung dengan UMNO tetapi sekadar menjadi parti menumpang dalam UMNO. PAS bukan mudah lupa. Alhamdulillah selama beberapa dekad ini sebelum adanya parti SEMANGAT 46 atau KEADILAN RAKYAT dengan kuasa ALLAH bertahan sehingga sekarang.

UMNO memainkan pelbagai isu yang mana boleh mendatangkan kemarahan terutama kepada org MELAYU krn org MELAYU nie cepat panas dan cepat sejuk setelah dirasuah (contoh harga minyak naik bagi subsidi road tax, semasa pilihan raya).

Maka MELAYU akan terus layu dan akan terbakar bila isu perkauaman dimainkan. Org MELAYU kalu marah tak usul periksa itulah sifat MELAYU. Maka dengan kelemahan ini UMNO mengambil peluang membuat DAKYAH agar org MELAYU yang buta politik ini mengaggap PAS sebangai parti politik pelacur!

Org MELAYU tiada pemikiran politik. Org lain yg buat rundingan (X 46), PAS yg bau TAIK. Org MELAYU kena sedar mereka sekarang merempat di bumi sendiri. Org MELAYU menjadi kaum standard 3 dibelakang KAUM CINA DAN INDIA. Inikah kemewahan yg dibawa dan dijaja oleh UMNO.

Org MELAYU memang senang digoreng kadang-kadang sampai hangus oleh bangsa sendiri iaitu MELAYU MUDAH LUPA DAN HAPRAK. Maka ujudnya PAS sebagai parti politik yg menentang segala kemungkaran, segala kerakusan dan pembaziran yg dibuat oleh UMNO dan BN.

Adakah itu menjadi kesalahan jika kemungkaran, kerakusan dan pembaziran yg menyebabkan rakyat MALAYSIA tertindas, termiskin teraniaya dan sebagainya. UNGKAPAN HIDUP MELAYU oleh UMNO sebenarnya adalah UNGKAPAN PERKAUMAN.kerana UMNO telah tewas pada pilihan raya yg lalu tetapi diselamatkan oleh parti KOMPENENnya.

adakah ORG UMNO TAHU. Bagi PAS mereka ingin melaksanakan undang undang ISLAM yg SEBENARYA MENGIKUT AL QURAN DAN SUNNAH. Tetapi kerajaan yg ada lebih takut mengenakan sekatan melalui undang undang sivil yg telah diamalkan daripada zaman penjajah lagi dan segala buku rujukan undang undang tersebut dibuat oleh KAFIR BRITISH LAKNATULLAH.

Bagaimana MALAYSIA menggelarkan NEGARA ISLAM sedangkan apa undang undang ISLAM yg TELAH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA kecuali yg menjadi KEBANGGAN UMNO IAITU ISLAM HADARI. Maka undang undang SIVIL ini membantutkan usaha PAS menjadikan ISLAM sebagai SISTEM PERUNDANGAN ISLAN di KELANTAN.

Apakan daya PAS untuk melaksanakan HUKUM HUDUD sedangkan mereka bukan MEMERINTAH MALAYSIA. Adakah menjadi kesalahan menjalankan HUKUM ALLAH.maka lahirlah MAHA FIRAUN yg baru MAHATHIR dan NAMROD baru PAK LAH HADARI.

PERJUANGAN BANGSA TIDAK RELEVEN DAN TERLALU RADIKAL UTK DILAKSANAKAN kerana kita hidup BERBILANG KAUM. SYIRIK hukumnya kalau kite mengagungkan bangsa kerana untuk masuk syurga atau neraka ditentukan oleh APAKAH UGAMA KAMU IAITU ISLAM YG SATU.

Maka tidak mustahil org berbangsa Cina atau India akan terpegun dengan kesucian dan kebenaran agama ISLAM. DIMANA kedudukan MUALAF di MALAYSIA setelah MEREKA memasuki ISLAM. DI MANAKAH JAKIM bg memberi bimbingan yg sempurna kepada mereka.

ITULAH MASALAH DI MALAYSIA BILA AGAMA DAN POLITIK DIASINGKAN. DI MALAYSIA POLITIK ADALAH POLITIK, AGAMA ADALAH AGAMA BAGAIMANA KITA INGIN MEMILIH PEMIMPIN KALAU PEMIMPIN TAK TAHU HUKUM HAKAM YG MANA HALAL DAN YANG MANA HARAM.

Lihat begitulah senario di MALAYSIA.rakyat menjadi mangsa disebabkan PEMIMPIN yg KUFUR.maka ujudnya PAS sebagai satu parti POLITIK yg membawa NUR daripada ALLAH memperjuangkan dan berdakwah untuk mengembangkan ISLAM.

Pada satu masa PAS ditakuti oleh kaum lain seperti cina dan india disebabkan perbezaan FAHAMAN. adakah kita sedar yg menyebarkan FITNAH terhadap PAS adalah daripada org MELAYU kita sendiri.mereka menyatakan ISLAM yg dibawa oleh PAS adalah EKSTREM terhadap agama dan menyatakan musuh mereka adalah org cina dan india disebabkan perbezaan agama.

ADAKAH kita pernah LIHAT, BACA, atau MELAYARI YOUTUBE mengenai bagaimana pakar HADIS MALAYSIA IAITU DR MASHITAH meburukkan HUKUM ALLAH iaitu HUKUM HUDUD. bagaimana cara penyampaian BELIAU MENGENAI HUKUM HUDUD dengan gerak badan atau BODY LANGUAGE menunjukkan bagaimana pesalah mencuri akan dipotong tangan. dan YG PALING PANAS WANITA BOLEH MELACUR JIKA DARURAT. begitulah TERDESAKNYA UMNO UTK MELARANGKAN HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.

DAN BARUANYA, PAKAR HADIS YG TAHU HUKUM HAKAM MENGENAI ISLAM MENYESATKAN PEMIKIRAN MEMESONGKAN HATI MEREKA TENTANG HUKUM ALLAH.

Lihatlah dengan fatwa DARIPADA DR MASHITAH, MAKA LAHIRLAH SOFIA YG MENGIKUT APA YG DIFATWAKAN. DARURAT SOFIA MEMBOLEHKAN DIA MENJADI PELACUR DARIPADA GOLONGAN CERDIK PANDAI.

Nah, lihat dunia SEGALA KEMUNGKARAN yg dibuat OLEH UMNO DAN BN. PAS Insyaallh tidak seperti EZAM. atau seperti TENGKU RAZALIEGH atau seperti RAIS YATIM atau seperti TAQIYUDDIN atau seperti MAHATHIR kerana mereka berjuang untuk kepentingan PARTI DAN INDIVIDU.

Mari kita fikir sejenak BAGAIMANA AGAKNYA ORG CINA DAN INDIA TERBUKA HATI MEREKA OLEH ALLAH MEMELUK ISLAM. PADA KAD PENGENALAN DIRI MEREKA YG BERTUKAR HANYALAH AGAMA BUKAN BANGSA. BAGAIMANA HAK MEREKA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.KERANA UMNO MEMBERIKAN SEPENUHNYA KUASA KEPADA ORG MELAYU. HIDUP MELAYU.

MAKA PADA SATU KETIKA NANTI APA ADA PADA MELAYU. CUBA KITA PIKIR. Itulah silapnya UMNO.terlalu agungkan bangsa.ketuanan bangsa. sehingga bangsa lain dah meluat melihat telatah pemimpin UMNO. Perjuangkan MELAYU tapi KALAU MAU DUIT KOPI CHONG DENGAN MUTHU SAMY juga diorang cari.

Lihat sahaja di KELANTAN bagaimana kaum cina dan india dapat menerima KEPIMPINAN PAS YG DITERAJUI OLEH TUAN GURU NIK AZIZ B. NIK MAT. adakah mereka takut mendekati PEMIMPIN daripada PAS.

KETUANAN MELAYU adalah cerita DONGENG daripada PENGLIPURLARA UMNO yg konon TANPA UMNO MELAYU AKAN MUNDUR.TAPI ADAKAH MEREKA SEDAR DENGAN PEMIMPIN UMNO YG KORUP MEMBUATKAN ORG MELAYU JAUH KETINGGALAN DARIPADA BANGSA LAIN. Jalan cerita yg dibuat oleh UMNO mudah dibaca. jalan penyelesaian MASALAH yg DITIMBULKAN oleh UMNO membawa KEPADA PENINDASAN KEPADA RAKYAT.

Lihat sahaja semua terjadi selepas pilahanraya.SETELAH BILLION RINGGIT DILABUR UTK PIHANRAYA MERASUAH SANA SINI, maka cara penyelesaian yg mudah NAIKAN HARGA YG TAK SEPATUTNYA DINAIKAN SEBAGAI SEBUAH NEGARA TERBAIK HASIL PETOLEUM DI DUNIA. Bagaimana penyelesaian UMNO -- MUDAH.MEREKA INI TAK MERASA BEBAN KENAIKAN PETOLEUM SEBAB RAKYAT YG BAYAR UTK MERAKA.NAK PERGI OVER SEA NAIK FLIGHT RAKYAT BAYAR.

PASANG AIR-CORN KAT RUMAH 20 BIJI BIL TNB RAKYAT BAYAR. LALU JER LEBUH RAYA UTARA SELATAN RAKYAT TOLONG BAYAR, TALIFON PEREMPUAN SIMPANAN DAN PEMBUNUH UPAHAN RAKYAT TOLONG BAYAR.

BURUK CAKAP PEMIMPIN UMNO GOYANG TELOR JER. tue baru sikit. bagaimanana DENGAN ELAUAN.DATANG MESYUARAT UMNO, RAKYAT TOLONG BAYAR. BUAT PESTA LIAR ADA BUIH, RAKYAT BAYAR, ANAK MASUK UNIVERSITI LUAR NEGARA, DAPAT SUBSIDI ish...ish dah KAYA PUN, RAKYAT BAYAR. Adakah PENYOKONG UMNO PEDULI!


Najib: Polis ambil kenyataan Rosmah

Oleh: Muda Mohd Noor (Malaysiakini)

Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan bahawa isterinya Rosmah Mansor terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamarudin.

Najib juga berkata, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan bersumpah penulis sensasi itu.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Najib berkata akuan Raja Petra itu satu pembohongan semata-mata.

Najib juga menyifatkannya sebagai satu tindakan terdesak untuk mencemarkan imej politik beliau.

Sebelum ini, beliau mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra).

"Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.

"Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen.

surat jemputan: BENGKEL PENULIS SIRI Ke-2


"Writing for Democracy"

Tarikh: 4 - 6 Julai 2008
Tempat: Rumah Penulis, Bukit Sentosa, Rawang Selangor.

JADUAL PROGRAM

04 Julai 2008 (Jumaat)

3 pm – 5 pm - Pendaftaran, Suai Kenal dan Pengenalan kepada Bengkel
5 pm – 7 pm - Pengenalan Kepada Bengkel / Kepentingan Kewartawanan
1. Khalid Jaafar – Pengarah Eksekutif IKD
2. Helme Hanafi – Editor

7 pm – 8 pm - Makan Malam
8 pm –10 pm - Pembentukan Kumpulan & Sesi Bacaan
Oleh: 1. Khalid Jaafar
2. Al-Mustaqeem M Radhi
10 pm – 11 pm - Minum Malam

05 Julai 2008 (Sabtu)
8 am – 11 pm - Jenis-jenis Penulisan Kewartawanan dan Etika
Oleh: Fathi Aris Omar – Editor Malaysiakini
11 am – 12 pm - Wawancara dan Proses Menangani Bahan Berita
Oleh: Wan Hamidi Hamid – Editor Politik, www.malaysianinsider.com
12 pm – 2 pm – Makan Tengahari / Rehat
2 pm – 4 pm - Sambungan Wawancara
4 pm – 4.30 pm - Minum Petang
4.30 pm – 6 pm - Analisis Berita
7 pm – 8 pm - Makan Malam
8 pm – 11 pm - Tayangan video:
Moderator: Al-Mustaqeem M. Radhi

05 Julai 2008 (Ahad)

8 am – 12 am - Latihan
Oleh: 1. Khalid Jaafar
2. Al-Mustaqeem M Radhi

12 pm – 2 pm - Makan Tengahari / Rehat
2 pm – 5 pm - Penilaian dan Diskusi
5 pm - Penutup

Rundingan PAS-UMNO: PAS khianat pada majoriti pengundinya, jika adakan rundingan

Oleh: Abu Nasrullah (Malaysiakini)

Saya tidak setuju sama sekali hujah akhdzu bi ahaffu al-dharurain (memilih yang lebih ringan antara dua mudarat) yang akan digunakan oleh pimpinan untuk menghalalkan perkahwinan PAS dengan Umno.

Khabar tentang perundingan sulit antara pimpinan Umno dengan pimpinan PAS tertentu (bukan pimpinan utama) yang sedang dijalankan membuatkan saya merasa terpanggil untuk memberi komentar.

Terlebih dahulu ingin dijelaskan di sini bahawa saya menulis atas kapasiti sebagai seorang ahli PAS seumur hidup yang menyertai parti ini sejak 1993. Ketika ini, saya memegang jawatan di peringkat kawasan.

Saya mendapat tahu daripada seorang pimimpin PAS di peringkat pusat - yang mahu identitinya dirahsiakan - bahawa sekarang beberapa pimpinan PAS antaranya bekas naib presiden Mustapha Ali (pesuruhjaya PAS Terengganu dan pengarah pilihanraya), Dr Haron Taib (bekas ketua Dewan Ulama, kalah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden) dan Dr Haron Din (timbalan mursyidul am) sedang berunding dengan pimpinan Umno daripada kumpulan Najib Razak supaya PAS menyertai gabungan Barisan Nasional.

Hujah yang dikemukakan untuk mengabsahkan penggabungan ini: demi ketuanan Melayu.

Saya tidak nampak tentang apa yang dikatakan ketuanan Melayu tercabar selepas pilihanraya Mac. Bagi saya, ia hanyalah perang saraf yang dimainkan secara halus oleh Umno untuk meraih keuntungan politik. Dari segi jumlah ahli parlimen Melayu pun, jumlahnya bertambah berbanding penggal 2004.

Justeru, di manakah relevannya isu ketuanan Melayu di sini?

Saya berasa khuatir kalau-kalau pimpinan PAS akan terpengaruh dengan hujah terbabit dan saya terfikir kenapa selepas pilihanraya barulah hujah berkenaan timbul, sedangkan sebelum pilihanraya ketuanan Melayu tidak pernah ditimbulkan terutamanya dalam siri kempen pilihanraya.

Yang kedengaran hanyalah "ketuanan menantu"!

PAS berkempen dengan slogan "PAS untuk semua" yang mendatangkan hasil sehinggakan buat pertama kalinya calon parti berjaya meraih undi yang banyak daripada pengundi bukan Melayu. Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Lo' Lo' Ghazali dan Dr Dzulkifli Ahmad serta beberapa orang calon parti lagi tentunya terkejut bagaimana mereka boleh mencapai kemenangan dengan majoriti yang besar di kawasan campuran.

Adakah pimpinan PAS mahu belot kepada pengundi bukan Melayu dengan menyertai BN atas nama Melayu? Bagaimanakah pula dengan nasib Kelab Penyokong PAS yang tumbuh mencambah selepas pilihanraya apabila PAS menyertai BN?

PAS juga akan mengkhianati majoriti pengundinya yang memilih PAS bukan kerana sukakan parti tetapi sebaliknya bencikan BN yang semakin menyusahkan rakyat. Mereka mengundi sebarang parti selain BN tempoh hari kerana bencikan BN.

Saya tidak setuju sama sekali hujah akhdzu bi ahaffu al-dharurain (memilih yang lebih ringan antara dua mudarat) yang akan digunakan oleh pimpinan untuk menghalalkan perkahwinan PAS dengan Umno.

Jika kita lihat, selama ini Umnolah yang bermati-matian menolak pelaksanaan Islam dalam negara, adakah dengan hanya janji manis Najib untuk memberi laluan kepada PAS melaksanakan Islam membuatkan kepimpinan PAS terpesona untuk berpeluk dengan orang yang rasuah dan dikaitkan dengan kes Altantuya Shaariibuu?

Adakah pimpinan PAS sudah lupa bagaimana dahulunya - kalau tidak silap saya pada 1977 - PAS boleh ditendang keluar daripada BN seperti anjing kurap?

Menoleh sedikit lagi ke belakang, PAS dipujuk menyertai kerajaan campuran dan seterusnya BN setelah Umno berada dalam keadaan lemah akibat kemenangan tipis pada tahun 1969 dan ia sama seperti sekarang ketika Umno (baca: Najib) berada dalam keadaan mengalami kekalahan teruk dan perpecahan dalaman yang teruk.

Ertinya PAS akan cuba diperkudakan oleh Umno sekali lagi pada tahun ini ketika ia berada dalam keadaan yang lemah sama seperti tahun 1970. Apabila Umno kembali kuat, PAS akan sekali lagi ditendang keluar daripada BN.

Adakah pimpinan PAS tidak mahu merenung kepada hadis Nabi yang menyatakan tentang golongan beriman tidak akan dipatuk ular sebanyak dua kali dalam lubang yang sama?

Jika mahu dibuat perbandingan menggunakan hujah akhdzu bi ahaffu al-dharurain, saya secara peribadi lebih percayakan Anwar akan mampu memartabatkan Islam apabila menjadi perdana menteri berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi. Najib dalam hal ini jauh sekali!

Saya lebih cenderung kepada strategi menguasai kerajaan pusat terlebih dahulu, barulah kita mempunyai ruang yang besar untuk melaksanakan Islam. Dengan penguasaan media arus perdana, rakyat akan lebih mudah diperjelaskan tentang kebaikan pelaksanaan sistem Islam yang syumul sebelum ia dapat dilaksanakan.

Bagi saya, Najib, seorang suruhan yang setia kepada Dr Mahathir Mohamad amat bimbang dengan penghijrahan ahli parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat kerana ia akan membawa kepada pendakwaan dijalankan ke atas mereka atas perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa selama ini.

PAS cuma akan berperanan sebagai punching bag kepada Najib dan Mahathir untuk menggagalkan rancangan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan Pusat. Tindakan PAS itu juga hanya akan mengakibatkan rakyat terus tertekan bawah BN.

Saya menyokong sepenuhnya sebarang usaha untuk menguasai Putrajaya melalui Pakatan Rakyat demi memperbetulkan segala kepincangan dalam dasar pemerintahan BN sekarang yang semakin menindas rakyat dan merugikan negara akibat gejala rasuah yang berleluasa.

Dianggarkan bahawa Malaysia telah mengalami kerugian beratus-ratus bilion ringgit akibat daripada bahana rasuah.

Akhirnya saya sekadar ingin memberi amaran dan peringatan keras kepada pimpinan PAS bahawa sekiranya mereka merealisasikan penggabungan PAS dengan Umno dalam BN, mereka akan menyaksikan ahli PAS akan keluar parti secara en bloc!

Bahkan terdapat ahli parlimen PAS sendiri dan pimpinan pusat PAS yang akan turut serta keluar daripada parti. Sebuah parti baru seumpama Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia atau Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) akan menjadi wadah baru mereka.

Yang kekal tinggal di dalam PAS hanyalah golongan "garis keras" yang selama ini terlalu mementingkan retorik Islam untuk membentuk persepsi umum bahawa mereka memperjuangkan Islam daripada mengolah substance Islam secara strategik.

Mereka ini boleh disamakan dengan Ezam Mohd Noor untuk merosakkan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati majoriti rakyat semata-mata untuk melunaskan 'dendam peribadi' mereka terhadap pihak tertentu dalam Pakatan selama ini

Tiada rundingan kerjasama antara PAS-UMNO

Oleh: Mahfuz Omar

Tetapi, jika kita sengaja membiarkan ketidakpuasan hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong pakatan di bawah, mungkin mereka akan berubah sikap terhadap pakatan ini.

TIDAK semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam sms.

Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jejek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.

PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno ‘beraqidah’ Islam Hadhari. Jika Umno itu ‘ahli Kitab’ ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri.

Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain.

Ada pihak yang berpandangan supaya PAS tidak harus ‘menjual mahal’ dalam konteks kepentingan politik nasional, tetapi isu yang berbangkit sekarang bukannya kepentingan negara, sebaliknya adalah kepentingan survival politik Umno itu sendiri.

Kerjasama ini adalah talian hayat yang amat diharapkan oleh Umno dan sudah tentu mereka sanggup bergolok-gadai untuk memenuhi keperluan PAS demi talian hayat ini.

PAS tidak akan menjual maruahnya dengan harga yang murah kepada Umno, sebaliknya akan terus mempertahankan prinsip demi kepentingan dan kebajikan rakyat yang sudah lama dipijak-pijak oleh Umno/BN apatah lagi kini dengan kenaikan harga minyak, kerajaan Umno/BN tergamak membawa satu usul dalam perlimen bagi menghalalkan tindakan untuk menindas rakyat.

Maka ternyatalah 129 ahli-ahli perlimen BN menyokong usul untuk menindas rakyat.

PAS akan terus memikul amanah dan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat, dan akan terus memberikan pembelaan kepada rakyat yang ditindas oleh kerajaan BN.

Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah parti yang paling terbuka di negara ini sehingga menjadi parti yang paling banyak menjalin kerjasama politik. Keterbukaan Islam yang didukung oleh PAS diterjemahkan melalui siri-siri kerjasama sama bukan sahaja dengan orang Melayu, bahkan semua kaum.

PAS pernah duduk semeja dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya dalam National Conference pada 1953, kemudian menyertai National Convention yang turut diserati oleh Umno dan MCA mulai September tahun yang sama.

PAS juga berpakat dengan parti-parti kiri ketika memperjuangkan kemerdekaan, sebelum bekerjasama dengan Dato’ Onn dalam pilihan raya 1959. Kerana kerjasama PAS Dato’ Onn menang di Terengganu.

PAS juga mempunyai hubungan yang baik dengan Sosialis Front pada 1959 dan 1964 walaupun pakatan itu dianggotai oleh pendukung sosialis seperti Parti Rakyat, Parti Buruh dan National Convention Party.

Selepas krisis politik 1969, PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan yang ketika itu sudah disertai oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak, selain PPP dan Gerakan.

Pada 1986, PAS bersama tiga parti lain menubuhkan Harakah Keadilan rakyat (HAK), di samping hubungan dengan masyarakat Cina melalui CCC.

Kemudian PAS menyertai pula Angkatan Perpaduan Ummah (1988-1996) dan Barisan Alternatif (1999-2008) sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya ini. Inilah keterbukaan PAS!

Dengan Umno sendiri, PAS sudah dua kali berpengalaman. Pada 1953, atas usaha keras bapa Perdana Menteri, Ustaz Haji Ahmad Badawi, PAS meninggalkan Dato’ Onn dan National Conference untuk menyertai National Convention yang ditaja oleh Umno-MCA.

Apabila berunding tentang pilihan raya pertama, cadangan PAS untuk membela kepentingan orang Melayu dengan menolak jus soli dalam hak mengundi serta menambahkan wakil ekonomi Melayu dalam Dewan Undangan Persekutuan telah ditolak oleh Umno.

Umno bersikap demikian kerana menjaga kepentingan MCA.

PAS tidak dapat menerima kerjasama yang membunuh bangsa sendiri, lalu keluar daripada National Convention sebelum 1953 berakhir.

Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, PAS memandang kepentingan perpaduan nasional dan survival politik orang Melayu. Walaupun Muktamar Khas PAS meluluskan dengan majoriti mudah – sebagai tanda berat hati PAS – Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dibentuk pada 1973.

Kemudian PAS bersama-sama parti lain menubuhkan Barisan Nasional pada 1974. PAS yang mencadangkan nama Perikatan ditukar kepada BN dan simbol dacing itupun dicadang oleh Dato’ Mohd Asri bagi menggantikan Kapal Layar.

Tun Ghafar Baba melukiskan simbol dacing itu. Tetapi Umno mengkhianati PAS dengan memainkan peranan untuk melagakan pimpinan PAS di Kelantan, kemudian didaruratkan Kelantan.

Akibat darurat itu, PAS kehilangan Kelantan yang dikuasainya sejak 1959. PAS terpaksa menentang usul mendaruratkan Kelantan kerana percaya ada tujuan politik sulit di sebalik undang-undang darurat itu.

Tetapi PAS tidak mengkhianati BN dengan keluar dari pakatan itu seperti yang dilakukan oleh PBS pada 1990 dahulu. Sebaliknya, Umno yang mencadangkan supaya PAS disingkirkan pada Disember 1977 dan akhirnya PAS tidak lagi sebulu dengan Umno.

Sejak itu, PAS sentiasa ditindas dalam berbagai-bagai isu seperti Pembunuhan Memali, Ops Lalang, Ops Kenari dan lain-lain. Namun, PAS masih bersedia duduk semeja dengan Umno ketika membantah isu nuklear dan isu Palestin kerana kepentingan kemanusiaan.

Hari ini apabila Umno sudah tersepit, mereka mencari PAS semula seperti mana Tun Razak lakukan dahulu. Mereka sanggup tawarkan apa sahaja jika PAS bersedia. Tidak cukup dengan itu, dek cemburu oleh kejayaan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mereka melancarkan perang saraf kononnya PAS sedang berunding dengan Umno.

Mereka mahu PAS renggang dengan rakan Pakatan Rakyat dan terus menggoda PAS supaya terima sahaja tawaran mereka.

PAS sedar tawaran ini bukannya untuk menjayakan matlamat politik PAS, tetapi memberikan nyawa baru kepada Umno yang sudah tidak diyakini lagi oleh rakan-rakan BN mereka. Bila adalah wartawan mengatakan PAS adalah ‘real kingmaker’, Umno merasakan PAS pasti terjerat.



"Kalau kita percayakan khabar angin ini, maka kita seolah-olah tidak siuman sebenarnya, bahkan Umno sendiripun tidak siuman jika terus mewar-warkan berita palsu ini. Bukan PAS namanya jika kita meninggalkan harapan besar rakyat, kerana mengejarkan pangkat dan wang ringgit yang ditaburkan"
PAS tidak akan mengambil sikap demikian walaupun ada pandangan pemerhati politik picisan yang melihat bahawa PAS perlu memanfaatkan peluang ini jika mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang diperjuangkannya.

Pemerhati-pemerhati politik ini berpandangan bahawa PAS masih sukar ‘bernafas’ dalam Pakatan Rakyat yang ada DAP ini. Mereka membangkitkan keadaan di Selangor yang lebih ‘mesra kandang babi’ daripada ‘mesra masjid’.

Inilah peluang PAS untuk memaksa Umno melaksanakan Islam, kata mereka. Ada kebenarannya.

Tetapi kepimpinan PAS melihat bahawa tawaran kerjasama dengan Umno ini tidak akan membawa PAS ke matlamatnya, sebaliknnya menjadi alat untuk memulihkan semula Umno yang sudah parah itu.

Pada saya, walaupun banyak perkara yang perlu dirunding dan disepakati oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri, tetapi semua harus faham umur Kerajaan Pakatan Rakyat baru mencapai 100 hari dan amat memerlukan kesabaran komitmen semua pihak.

PAS tetap bersabar dengan karenah rakan-rakan yang baru belajar memerintah dan yakin rakan-rakan Pakatan Rakyat tidak memandang sebelah mata kepada PAS.

Kesemua pihak dalam Pakatan Rakyat mestilah boleh menerima dan memberi yang penting semua parti mesti setia sebagai rakan pakatan.

Ketiga-tiga parti mesti melihat bahawa setiap antara mereka ada wibawanya yang harus dihormati, dengan itu sahaja pakatan ini boleh dipertahankan.

Jika ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat adil sesama senndiri, maka saraf Umno untuk memecahkan pakatan ini akan menjadi seperti menjual buah yang tidak laku dan akhirnya busuk begitu sahaja.

Tetapi, jika kita sengaja membiarkan ketidakpuasan hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong pakatan di bawah, mungkin mereka akan berubah sikap terhadap pakatan ini. Sebab itu mungkin ada ahli dan penyokong-penyokong bersikap positif dengan desas-desus kerjasama ini.

PAS sudah beberapa kali belajar daripada ‘eksploitasi politik’ Umno ini dan adalah mustahil PAS dipatuk pada lubang yang sama sekali lagi.

Pimpinan tertinggi PAS sudah bertegas bahawa tidak akan ada rundingan dan kerjasama politik PAS-Umno selagi Umno dengan wajah yang sedia ada. Mursyidul Am PAS sudah bertegas dalam soal ini.

Pada masa ini ahli-ahli PAS atau ahli serta penyokong Pakatan Rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah palsu ini. Ia adalah serangan minda untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan masa depan Umno.

Pimpinan PAS amat sedar tentang siuman atau tidak untuk menerima kerjasama ini.

Kalau kita percayakan khabar angin ini, maka kita seolah-olah tidak siuman sebenarnya, bahkan Umno sendiripun tidak siuman jika terus mewar-warkan berita palsu ini.

Bukan PAS namanya jika kita meninggalkan harapan besar rakyat, kerana mengejarkan pangkat dan wang ringgit yang ditaburkan.

Lebih tidak siuman jika kagum dengan dunia sehingga melupakan perjuangan panjangnya. Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat yang dibinanya dan ‘memuziumkan’ Umno bersama kebobrokannya.

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat - KLPos

24 Jun 2008

Bagaimana UMNO membodohkan kita? [3/3]

Oleh: Fathi Aris Omar

Pembangkang tidak boleh lagi menyumbat maklumat kepada rakyat kerana ia sejenis permainan membodohkan bangsa sendiri. Kaedah pendidikan jenis suapan (spoon-feeding), hafalan dan banjiran maklumat seperti di sekolah dan kampus sudah cukup merosakkan.

Persoalan seterusnya, bagaimana menumbuhkan minat serta kemahuan untuk berfikir? Kita tahu kesan lanjut jika ada kemahuan ini. Ia dapat diukur daripada pengucapan (rumusan) persoalan tertentu, beberapa analisa yang tersusun-jalin (walau tidak mesti lengkap) dan proses pencarian akliah yang serius, sama ada pembacaan, pertanyaan atau berdiskusi.

Pembangkang tidak boleh lagi menyumbat maklumat kepada rakyat kerana ia sejenis permainan membodohkan bangsa sendiri. Kaedah pendidikan jenis suapan (spoon-feeding), hafalan dan banjiran maklumat seperti di sekolah dan kampus sudah cukup merosakkan. Permainan ini sejenis alat kawalan atau saluran taklukan ke atas kita semua.

Permainan ini tidak boleh sama sekali diteruskan selepas tamat pengajian rasmi, khasnya di kalangan aktivis, profesional atau penulis – mereka nanti gagal berperanan sebagai anasir berfikir yang boleh diharapkan untuk mereformasikan masyarakat dan menolak kemajuan idea bangsa lebih kedepan. Mereka harus diasah berfikir sendiri – dengan yakin.

Dalam renungan John Stuart Mill: “[As] a thinker it is his great duty his first duty to follow his intellect to whatever conclusions it may lead. Truth gains more even by errors of one who, with due study and preparation, thinks for himself, than by the true opinions of those who only hold them because they do not suffer themselves to think.”

Namun, penghujahan Mill berikutnya semacam ada ‘pertentangan’ di negara ini, khasnya di kalangan aktivis pembangkang, pemimpin siswa dan juga penggerak Reformasi.

Kenapa krisis politik sehebat tempoh 1998-2003, kontroversi dan pengalaman bergaul dengan aktivis lama (banyak membaca, berpengalaman atau aktif berfikir) gagal merangsang aktivis muda agar berfikir lebih rancak dan berdikari (terasa ada jurang antara mereka dengan anak muda)? Kalau begitu, di mana bermula kemahuan untuk berfikir?

Mill menulis: “Where there is a tacit convention that principles are not to be disputed; where the discussion of the greatest questions which can occupy humanity is considered closed, we cannot hope to find that generally high scale of mental activity which has made some periods of history so remarkable.

“Never when controversy avoided the subjects which are large and important enough to kindle enthusiasm, was the mind of a people stirred up from its foundations, and the impulse given which raised even persons of the most ordinary intellect to something of the dignity of thinking beings.”

Jika kita bersetuju bahawa projek pembodohan Dr Mahathir telah mematikan semangat mahu berfikir dengan yakin, kenapa kita sendiri gagal merangsang minat berfikir – melalui aktivisme, tulisan dan ucapan kita? Bagaimana menumbuhkan minat serta kemahuan untuk berfikir? Kerancakan berfikir – melayan rasa ingin tahu seperti di Zaman Pencerahan – bermula dari mana, sebenarnya? – ehsan Malaysiakini.com, 25 Ogos 2003 (teks ini daripada penulis, tanpa suntingan editor)

Rujukan:

Hishamuddin Rais (2003) ‘Penjara sebagai universiti dan tadika’ dalam Siasah, Julai, hal. 60
Khalid Jaafar (2003) ‘Nyanyian angsa’ dalam Siasah, Ogos, hal. 64
Mill, John Stuart (1972) Utilitarianism, On liberty, and Considerations on representative government, London: JM Dent & Sons. Bab ‘Of the liberty of thought and discussion’ hal. 94-95
Outram, Dorinda (2000) The Enlightenment, Cambridge: Cambridge University Press. Lihat bab ‘Science and the Enlightenment’ hal. 50-51
Syed Hussein Alatas (1991) Intelektual masyarakat membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka [atau teks asal (1977) Intellectuals in developing societies, London: Frank Cass] hal. 13 dan 20-21